Monday, July 30, 2007

Fuuuhhhhhhh lega!

Pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya menyebut;
4 orang terbunuh manakala 25 yang lain tercedera kebanyakannya ialah pelancong asing dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bus pelancongan di Wilayah Gujerat, India. Mangsa yang terbunuh dan tercedera ialah 10 orang pelancong Australia dan 19 warga Tibet. Fuuuhhhhhhh lega!

Gua tahu ramai yang ada perasaan macam haprak sebegitu. Lu dengar berita terkini yang memang tiada segmen, jadi lu orang tak tahu sama ada ia berita dalam atau luar negara. Pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya terus membacakan berita tanpa mukaddimah. Bila dengar ia berlaku di luar negara, lu dengan penuh gaya hensem akan mendengus lega.

Nasib baik bukan kat Malaysia.

Mati kau bangsat.

Atau bila ia berlaku di Amerika Syarikat atau Britain atau Israel sumpahannya akan lebih dahsyat.

Mati kau celaka Yahudi, Amerika haram jadah, Britain anjing imperialis Yankee padan muka kau.

Tetapi bagaimana jika pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya menyebut;
4 orang terbunuh manakala 25 yang lain tercedera kebanyakannya ialah kumpulan pelancong dari Melaka dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bus di Pulau Langkawi.

Pada peringkat ini lu akan menahan nafas untuk menantikan butiran sepenuhnya. Bangsa apakah yang mati seramai 4 orang itu?
4 mangsa yang terbunuh ialah.....Wong See Keow dan isterinya Wong Swee Lan dari Alor Gajah serta 2 orang pelajar Sek. Ren Jenis Kebangsaan Tamil Lendu, P.Satniatham dan R.Muthusamy kedua-duanya berusia 10 tahun.

Fuuuhhhhhhh lega!

Nasib baik bukan Melayu

Ah! Lantak lah Cina dengan India yang mati.

Padan muka kau!

Lu jangan nak tipu tentang perasaan itu. Lama dulu gua pun pernah merasai perasaan yang sama. Sebelum belajar menjadi manusia yang darahnya berwarna merah dan najisnya berwarna kuning yang kadangkala bercampur cebisan lada. Sebelum belajar yang manusia itu sewaktu disenyawakan dalam rahim ibu hanyalah dari pancutan air mani yang gua pasti memang berwarna putih, tidak hitam walaupun lu berasal dari Nigeria atau pun kuning walaupun lu berasal dari errr...Mongolia.

Tapi nak buat macamana. Berbalik kepada persoalan kemalangan tadi. Itu adalah perasaan wajib bagi orang lain kecuali gua. Sebab bila gua tulis dan bersuara ramai yang diam sebentar tadi dan mengangguk di dalam hatinya "Eh betul jugak kan?"

Gua dah buat ujikajinya di dalam ofis ini sewaktu pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya selesai menyebut;
4 orang terbunuh manakala 25 yang lain tercedera kebanyakannya ialah pelancong asing dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bus pelancongan di Wilayah Gujerat, India. Mangsa yang terbunuh dan tercedera ialah 10 orang pelancong Australia dan 19 warga Tibet.

Fuuuhhhhhhh lega!

Ramai yang menghela nafas lega. Persepsi biasa seorang Melayu Islam Hadhari berpelajaran mendapat suntikan BCG semasa darjah enam boleh berbahasa Melayu dengan agak baik pernah solat atau sentiasa tidak meninggalkan solat (dan dalam solatnya pernah terbaca atau mendengar imam membaca ayat 13 surah Al Hujurat tapi sepatah haram dia tak paham) dan makan nasi dengan tangan kanan.

Fuuuhhhhhhh lega!

Ramai jugak racist dalam opis gua nie.Punktlich.

Sunday, July 29, 2007

Cerita Budak Champion

Masih lagi berterusan nak mengutuk bolasepakayu Malaysia
Iraq sudah jadik champion Asian Cup untuk kali pertama dalam sejarah mereka


Padang bola gua kena bom lah
Dekat tengah padang ada lubang besar kesan kena bom
Celaka punya Amerika
Okay lah geng kita pegi Amman,traning kat sana
Cepat cari bus kita sewa
Atau lu mau pegi Amman naik sarpis pun okay
dari Baghdad ke Amman, mungkin sekarang kena bayar JD10...RM60 lebih kurang
kat Amman carik ler mana-mana padang kelab yang kosong
Maaf kawan...jangan harap ada rumput.
Faisali dah Wehdat punya training ground pun tak berumput

Satu hari lu dapat berapa beb?
Mungkin cukup untuk gua beli sandwich dan minum koktel
Janji perut gua kenyang
Janji gua boleh main bola
Gua memang suka main bola
Lagi pun main untuk negara beb
Tak bayar pun gua sanggup
Ada duit banyak pun padang bola gua kena bom
Rumah gua kena bom
Awek gua dah mati kena bom
Rumah gua dah lama ranap kena bom

Lu tinggal Amman kat mana beb?
Kitorang lepak Hotel al Baghdadi
Kat mana tu beb?
Alamak bro, hotel murah aje kat Balad Amman
Senang banyak coaster tiap-tiap pagi nak pegi training
Kedai sandwich pun dekat
Kitorang tak makan kat McD itu Amerika punya beb
Kitorang takde kete sendiri
Civic mayat tahun 95 pun kitorang x mampu beli beb

So apa kesudahan lu beb?
Gua dah jadik champion beb
Lepas nie balik Amman semula lah
Dua tiga hari lepas tu baru pikir nak balik Baghdad ke tidak
Mana yang main kelab mcm Younes Mahmoud dia boleh lepak lah
Tak payah balik Baghdad pun takpe rumah kat Doha ada
Macam gua sendiri mau ingat lah beb
Ada duit banyak pun padang bola gua dah kena bom
Rumah gua kena bom
Awek gua dah mati kena bom
Rumah gua dah lama ranap kena bom
Sebenarnya gua dah takde keluarga lagi beb
Gua cuma ada medal Asian Cup aje muahahahahahahaha

Thursday, July 26, 2007

Khorrib Beit Muntakhabna al Watani!

Yallah Ya Syabab Yallah Ya Walad
Mubarah Niha'iyyah Satakun Arabian Khalis
Mubarah bein Halif Amerika wa Aduo Amerika
Mubarah bein Wahabiyyah wa Syi'iyyah
Mubarah bein Ansar Fahd wa Ansar Saddam

Yallah Ya Syabab Yallah Ya Walad
Mubarah Niha'iyyah Satakun Khalijian Khalis
Mubarah bein An-Nift al Mazij wa An-Nift al Kham
Mubarah bein Ben Laden wa Muqtada Sadr
Mubarah bein Abna' Abdallah wa Abna' al Maliki

Yallah Ya Syabab Yallah Ya Walad
Mubarah Niha'iyyah Satakun Islamiyyan Khalis
Mubarah bein Makkah wa Baghdad
Mubarah bein Riyadh wa Basra
Mubarah bein Akhuy Muhtallin wa Muhtal

Marhaban bikum ila Mubarah Niha'iyyah Ka'su Asia

Wednesday, July 25, 2007

Kawan-kawanku yang tercinta, Abdali bakal menjadi sejarah...


Jika ada baki anda yang prihatin mengikuti perkembangan semasa di Jordan, hari ini akhbar melaporkan satu berita yang agak menyedihkan khusus bagi para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi. Abdali yang agung itu bakal menjadi sejarah...


Gambar terkini yang ada sekarang boleh menceritakan segala-galanya. Bumbung tinggi yang memayungi Abdali selama ini sudah tiada lagi. Projek baru bakal dilaksanakan. Abdali akan bertukar menjadi satu taman awam terbuka. Ia bertujuan mewujudkan lebih banyak suasana hijau di Amman dan juga mengurangkan kesesakan lalulintas sekitarnya. Bukan sekadar taman awam, Abdali juga bakal menempatkan sebuah perpustakaan moden dan juga beberapa kemudahan rekreasi.


Bagi para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi, ia mungkin sesuatu yang amat mengecewakan mereka. Manakan tidak, Abdali mempunyai sejuta palitan kenangan kepada mereka. Abdali tempat paling mudah untuk membuat temujanji. Abdali menjanjikan segala pergerakan yang mudah ke serata Amman. Abdali mempunyai perkhidmatan bus yang berkualiti dari Irbid ke Amman menggunakan Hijazi. Dari Abdali juga kita boleh ke Aqaba dengan selesa menaiki JETT malahan ke Damascus, Istanbul, Kaherah, Baghdad dan kalau anda perhatikan betul-betul, tiket sehingga ke Sofia juga turut dijual di Abdali.


Bagi para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi, mereka juga pasti kecewa kerana Abdali juga adalah tempat berhimpunnya para peniaga bundle tegar (baca: sangat berkualiti) pada setiap petang Jumaat. Bagi mereka yang mahu ke Airport dengan hanya berbekalkan JD1.000, Abdali mempunyai segalanya. Kotak kuning di sebelah kiri gambar itu adalah kawasan perhentian bus Airport dan tempat menjual tiketnya. Barisan yang pertama di sebelah kanan gambar ialah khusus untuk bus yang menuju ke Irbid selain Hijazi. Barisan yang kedua kalau tidak silap gua ialah bus sekitar Amman, mungkin ke Sweileh dan yang pastinya barisan yang terakhir di sebelah kiri gambar berdekatan tempat menunggu yang berwarna hijau ialah barisan bus ke Ramtha kerana gua pernah menggunakannya sekali ketika menuju ke Damascus.


Aduhai Abdali, yang sentiasa sesak dengan manusia petang dan pagi. Lokasi sangat strategik dengan Masjid Biru dan Gereja Koptik yang terletak hanya 100 meter serta "service" a.k.a sarpis 100 fills yang akan membawa anda turun ke Balad a.k.a downtown atau naik ke atas ke Duwwar Dakhili a.k.a Bulatan Kementerian Dalam Negeri. Juga memori si penjual sandwich telur rebus dan keju pada awal pagi betul-betul di tebing sebelah Honda CRV (pic), yang juga pernah gua ollie secara kemas...satu malam satu waktu dulu ketika kembali dari Aqaba.


Tapi sekurang-kurangnya ia masih boleh melegakan para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi walaupun sedikit, kerana Abdali tidak digantikan dengan kondominium-kondominium mewah atau pun bangunan pencakar langit yang hanya akan mampu dilihat sahaja oleh golongan marhaen yang selama ini menjadikan Abdali selaku nadi penggerak kehidupan seharian mereka. Cuma yang pasti jika kita para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi kembali semula ke Amman selepas ini, kita tidak akan lagi bertemu di Abdali untuk bersama mengimbas memorinya. Punktlich.

Tuesday, July 24, 2007

Bila Gua baca suratkhabar si jendul ini berkata-kata lagi sekali

Hari ini kita membaca lagi. Satu maklumat baru yang diberikan oleh mamat berdahi jendul. Kisah Pestabola Merdeka. Kejohanan penuh nostalgia yang satu ketika dulu pernah mengundang nama-nama besar Asia, Eropah hinggalah ke Amerika Latin. Kejohanan ini akan diadakan semula. FAM bersungguh-sungguh mahu menganjurkannya. Bajet sudah di tangan, rejam aje lah.

Tapi bukan itu yang menarik. Sebab ia sudah tidak menarik lagi. Mamat dahi jendul sudah puas bermandi duit rakyat yang sia-sia sahaja diperuntukkan bagi pembangunan bolasepak. Semua itu tipu. Mana ada pembangunan bolasepak negara oleh FAM. Mereka hanya mampu mengangkat taraf pemain Malaysia ke tahap superstar. Boleh menyimpan rambut panjang, bercinta dengan artis, bergambar dalam kolam renang untuk majalah Mangga, memandu kereta 2nd hand Honda Civic "mayat" yang sudah boleh dihukum lupus dan yang paling terbaru gua dengar beberapa pemain Malaysia sudah menjadi rebutan syarikat pengeluar syampu untuk menjadi model iklan teknik rebonding.

Paling menarik bila mamat dahi jendul bersuara hari ini ialah mengenai Pestabola Merdeka. Pasukan yang bakal beraksi memang sungguh gah. Enam pasukan sudah sah bakal beraksi. Katanya lagi dua pasukan benua Afrika juga berminat tapi tiket flight belum confirm - masuk waiting list lah tu. Wah! Ini sudah seperti kejohanan jemputan Piala Dua Benua. Sehingga ke Afrika orang tahu FAM bakal menganjurkan kejohanan berprestij dengan hadiah USD10k. Tapi nama dua negara Afrika itu yang buat gua sakit perut nak terberak awal-awal pagi ni. Lesotho dan Zimbabwe.

Lesotho kini berada di ranking ke 143. Mereka 11 tiang di depan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu. Jadi jangan memandang rendah dengan nama. Nanti elok orang Afrika tak tahu, heboh pulak sampai ke Darfur. Berlumba-lumba team Afrika datang sini nak lawan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu, maklumlah nak naikkan ranking. Pening pulak kepala Musa Hasan dengan kebanjiran sindiket Black Football.

Team berikutnya Zimbabwe. Tiada yang paling pantas sampai ke fikiran gua apabila mendengar Zimbabwe kecuali 3 perkara - Robert Mugabe, Harare dan Bruce Grobbelaar. Team ini sekarang di ranking ke-96. Satu tiang di depan Jordan dan entah berapa tiang meninggalkan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu. Ini pun masalah jugak. Memang x boleh blah kalau diorang datang. Kecuali mereka hantar Highlanders FC, team remajanya kalau boleh, sebab gua check first team mereka pun boleh tahan jugak. Nanti Black Football lagi sekali, matilah FAM kena kutuk.

Jadi, apakah rasionalnya mamat dahi jendul menjemput dua team dari Afrika yang kalau ikut ranking memang team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu tidak boleh makan punya? Lupa gua nak cakap. Dalam senarai enam team yang sudah confirm tiket mereka, bukan waiting list lagi, visa semua dah dapat, ialah Myanmar, Thailand, Singapore, Indonesia, Bangladesh dan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu. Nampaknya di situ kita dah nampak siapa yang akan "dikambinghitamkan" oleh team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu - brader-brader Bangla yang berharap selepas habis kejohanan flight serta passport mereka akan dicuri, oleh brader-brader Bangla juga sekaligus membolehkan mereka kekal lebih lama di BolehLand. Dengan kata lain untuk mencari kerja yang lebih lumayan, seperti mencuci Fiat Punto gua di stesen Shell Kinrara setiap hari Ahad.

Berbalik kepada soalan peperiksaan tadi, apakah rasionalnya mamat dahi jendul menjemput dua team dari Afrika yang kalau ikut ranking memang team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu tidak boleh makan punya? Brother and Sister, Pestabola Merdeka ialah kejohanan jemputan. Lu jemput orang datang, hapa lu nak suruh orang tu naik rakit ke? Jauh beb Afrika tu. Mereka datang naik flight. Kan gua dah cakap tadi, tiket diorang waiting list. Rakit mana guna tiket. Lepas tu pulak lu kena "payung" diorang punya hotel, makan, minum dan pengangkutan darat sepanjang kejohanan. Itu belum masuk sewa padang latihan lagi, bus persiaran yang bawa diorang pegi Petaling Street n Dataran Merdeka lagi serta cenderahati RM25 gambar Petronas Twin Tower yang kemudiannya dimasukkan dalam borang claim bernilai RM52 (bukan salah taip atau cetak).

Baiklah, mana mahal, tiket flight dalam ASEAN, yang pasti murah dengan Air Asia atau pun tiket flight dari Harare dan Maseru yang belum lagi Air Asia boleh beroperasi? Kalau return tiketnya RM3500 seorang, gua akan up dalam sebutharga atau borang claim RM5300 (bukan salah taip atau cetak). Lu darabkan dengan 22 orang satu pasukan. Lu tambah dengan sewa hotel lagi yang juga di "up" kan serta belanja belanji yang gua sebutkan tadi.

Bila lagi gua nak buat duit bro? Gua dah tekad x mau sambung kontrak nie. Punktlich.

Monday, July 23, 2007

Bila si dahi jendul berkata-kata

"Sekarang ini di Malaysia ramai yang ingin jadi hero dengan memperlecehkan kerja orang lain, biarlah kami jadi hero dengan membina pasukan Malaysia, sekarang ini di Malaysia ramai yang nak jadi hero, itu senang sahaja"

Kalau gua ada kat depan mamat nie masa dia tengah cakap, memang gua tendang dahi jendul dia nie. Lu ingat gua tak tahu apa yang lu mahu? Lu mahu elaun Setiausaha Agung FAM, kan? Lu mahu belasah dana untuk bolasepak yang banyak itu? Lu x buat kerja sebab lu lembap. Lu x pandai buat kerja sebab lu memang x tahu apa-apa pasal bolasepak. Gua sangat bengang dengan lu sebab gua adalah antara beratus-ratus orang yang menghantar resumenya ke FAM untuk mengisi jawatan itu pada 2004. Gua saja nak test market sebab gua tahu memang gua x layak cuma mak gua aje yang suruh gua hantar. Setakat nak hantar resume bukan kena bayar pun. Setakat beli setem ngan sampul surat aje. Resume gua print kat opis. Gambar wa suruh wife gua ambik kat rumah. Gua edit guna photoshop jadik macam gambar kedai. Tapi gua bengang sebab yang dapat ialah mamat nie. Kalau orang lain yang lebih layak gua memang tak frust sangat tapi si jendul nie yang dapat. Lainlah kalu Soh Chin Aun atau Santokh Singh yang dapat. Gua x bengang sangat.

Lepas semua orang kutuk, lepas ada anak raja yang letak jawatan, si jendul nie boleh nak menghina orang lain lagi. Memang dasar manusia tak sedar diri. FAM sudah menemui ajalnya. Maksud gua orang-orang politik di dalamnya. Buangkan aje ke laut manusia seperti Ibrahim Saad, Raja Ahmad Zainuddin serta Anifah Aman. Buangkan aje semua orang politik dalam badan-badan sukan di seluruh negara. Orang politik memang bodoh. Mereka x tahu apa-apa pasal sukan. Buangkan ke laut Shahidan Kassim yang gua pasti akan kalah 100 meter pecut dengan Siti Nurhaliza. Apa kelas Isa Samad jadi presiden persatuan tinju. Gilo hapo? memang gua tahu Isa Samad pernah nak bertinju dengan orang UMNO kat Jelebu sebab orang tu conteng batu besar di Jelebu dengan tulisan "Isa Samad boleh blah" masa dia nak buat lawatan ke sana. Tapi ini mengendalikan persatuan sukan. Dan gua rasa ketinggian Isa Samad juga tidak melebihi ketinggian tali gelanggang tinju. Mana mungkin. Buangkan segera seperti mana orang Negeri Sembilan membuangnya. Banyak lagi persatuan sukan yang menjadikan orang politik sebagai teraju. Equestrian dengan Jamaludin Jarjis, rugby dengan Syed Razlan dan macam-macam nama lain yang lu boleh jumpa di Parlimen bergebang perkara-perkara yang tidak berfaedah. Itu belum kira persatuan negeri lagi. Bolasepak kira confirm presidennya Menteri Besar. Bajet banyak. Boleh sapu.

Last week gua tengok Raja Ahmad dalam RTM1. Jangan x percaya gua sanggup menonton RTM hanya kerana nak tengok aksi bodohnya. Tak mahu mengalah jugak walaupun dah terang-terang semua panel mengutuk. Sekali tu selang dua atau tiga hari dia keluar pulak untuk satu program lain pasal Parlimen ke hapa entah yang gua pasti projek itu memerlukan komitmen panjang. Dah terang lagi nak bersuluh. Lu lah Raja Ahmad orang yang Zahid Hamidi cakap tidak diperlukan lagi di dalam FAM. Buat menyemak. Buat meningkatkan perbelanjaan. Lu tengok hari nie. MSN kata biasa latihan kat luar guna 300K tapi kali ini 450K. tambahan 150K tu gua tahu sebab apa. Raja Ahmad punya tiket pergi Old Trafford dan Maracana untuk lihat bangku stadium diorang diperbuat dari apa. Dia fikir ada taruk gam kot sampai bontot penonton semua melekat nak tengok team diorang beraksi. Sokong sampai rebah. Bodoh punya FAM.

Apabila gaji kakitangan kerajaan naik, harga barang pun naik dan si penjual idea pun turut menaikkan harganya!

Arrrggggggggghhhhhh! Last entri gua ialah pada 4th July. Hari kemerdekaan negara Uncle Sam. Cuma satu entri cabuk, busuk dan haprak. Kepala tengah bebal. Idea tengah jual mahal macam lah best sangat. Padahal sekadar "boleh-boleh" aje.
Hari ini gua kembali semula ke opis. Bateri dah charge semula. Full bar. Letih melayan Pak Arab yang kononnya banyak duit sangat tu, gua rasa baik gua keje semula. Badan pun x penat mana. Gua buka blog nie semula. Kosong. Sifar. Nil. Zilch.
Apa benda yang gua nak tulis nie? Banyak kali juga gua cuba pancing kawan-kawan di opis dengan tajuk tertentu. Bila dah dapat ia sampai pula ke penghujung yang beku. Gua mahu tulis pasal seluar jeans tapi si Arif pegi cerita pasal seluar slack pulak. Gua dah janji dengan Ibrahim yang gua nak tulis pasal seluar jeans londeh warna blue black yang dia selalu pakai di Jordan dulu. Tapi idea gua jual mahal sangat kali ini.
Gua lompat dari satu web ke satu web. Gua baca semula timbunan "suuurattkhaabarr laaamaaa" di opis ini. Nak cover semula sejarah yang gua tinggalkan sejak 2 minggu lepas. Suratkhabar dan berita tv adalah 2 benda yang gua sentiasa elakkan semasa bercuti. Biar gua nampak lebih bodoh lagi. Tapi semuanya adalah cerita haprak. Bolasepak Malaysia yang amat di minati oleh Mat Kanchung - gua dah bosan sebab banyak kali dah gua kutuk. Dalam "suuurattkhaabarr laaamaaa" pun gua dah pernah tulis. Ada yang keluar dan ada yang diorang x keluarkan. Mungkin sebab gua sudah terlalu lama bencikan "orang-orang politik" dalam sukan di Malaysia ini. Memang hampeh.
Cerita pasal politik. Lagi hampeh. Politik Malaysia? Hampeh. Baik gua baca buku pasal politik di Yaman. Walau negaranya mundur, tapi minda politiknya sejuta kali lebih baik dari di Malaysia. Atau gua kembali berangan menjadi sebahagian dari 81 orang yang berada di atas Granma bersama Che, Raul dan Fidel. Arrrggggggggghhhhhh!
Gua selak lagi "suuurattkhaabarr laaamaaa" dan gua jumpa cerita cikgu dera pelajar. Eh Kanchung! Ini kira dera ke? Lu jadik cikgu dulu,pernah dera budak ke? Gua dah tulis benda nie dalam entri entah bulan berapa entah, gua pun x ingat. Lembik dan manja. Kena rotan sikit nak mengadu. Kalau dulu gua mengadu, mesti Ustaz Ali Tajid dah bergelar banduan atau bekas banduan sekarang ini. Mesti dia x dapat bekalkan sayur-sayuran segar ke Tesco. Lembik. Tapi gua pun pesan ngan wife gua, hari pertama dia ke sekolah " awak jangan pukul anak orang kat sekolah. saya x berani nak pegi naik Kementerian tumbuk muka Menteri Pelajaran nanti. Dia boleh tendang sambil terbang tu"
Gua selak lagi "suuurattkhaabarr laaamaaa" . Cerita Palestine. Cerita Iraq. Cerita Pakistan. Cerita Afghanistan. Eh! Semua tu negara Islam ye? Cerita Turkey. Pun Islam jugak. Jangan lu x tahu, walaupun lu kata Turkey tu sekular, tapi 99% warga Turkey Islam. Istanbul tu ada lebih banyak masjid daripada seluruh semananjung Islam Hadhari. Bosan pulak gua nak tulis. Pilihanraya di Turkey. Parti pimpinan Erdogan sedang leading. Cerita lama. Macam dulu-dulu jugak. Gua bosan. Idea tentang negara Islam nie masih terlalu mahal. Oppss! Orang kata jangan bincangkan pasal negara Islam lagi.
Dah habis semua "suuurattkhaabarr laaamaaa" gua selak. Akhirnya, gua nampak gambar Dayang Nurfaizah. Tengah berbaring atas sofa kulit. Dengan dress hitam. Tangan pegang kepala. "Belum ada Mr Right" - apa punya tajuk daaaaa. Gua pun belum ada Mr Right lagi wei. Mr Right yang membawa idea. Mahal betul lah harga lu sekarang. Maaf lah Ibrahim. Nanti gua cerita pasal seluar jeans blue black lu yang londeh itu. Punktlich.

Wednesday, July 04, 2007

Kayveas bakal PM


gua tak tahu nak samakan dia nie macam siapa? mungkin lelaki ini terpengaruh dengan heronya yang baru-baru ini telah menyebabkan ramai merusuh di Klang. tapi yang penting sekarang inilah dia hero di hati gua serta ramai lagi kawan-kawan seperjuangan. kalau boleh gua mau buat t-shirt dengan imejnya seperti imej Che. bukan gua sahaja tapi ramai lagi Melayu Cina dan India di luar sana akan bersetuju dengan gua. Payah juga bila menjadi sebahagian dari statistik. Kayveas Hero Malaya!