Monday, July 30, 2007

Fuuuhhhhhhh lega!

Pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya menyebut;
4 orang terbunuh manakala 25 yang lain tercedera kebanyakannya ialah pelancong asing dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bus pelancongan di Wilayah Gujerat, India. Mangsa yang terbunuh dan tercedera ialah 10 orang pelancong Australia dan 19 warga Tibet. Fuuuhhhhhhh lega!

Gua tahu ramai yang ada perasaan macam haprak sebegitu. Lu dengar berita terkini yang memang tiada segmen, jadi lu orang tak tahu sama ada ia berita dalam atau luar negara. Pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya terus membacakan berita tanpa mukaddimah. Bila dengar ia berlaku di luar negara, lu dengan penuh gaya hensem akan mendengus lega.

Nasib baik bukan kat Malaysia.

Mati kau bangsat.

Atau bila ia berlaku di Amerika Syarikat atau Britain atau Israel sumpahannya akan lebih dahsyat.

Mati kau celaka Yahudi, Amerika haram jadah, Britain anjing imperialis Yankee padan muka kau.

Tetapi bagaimana jika pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya menyebut;
4 orang terbunuh manakala 25 yang lain tercedera kebanyakannya ialah kumpulan pelancong dari Melaka dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bus di Pulau Langkawi.

Pada peringkat ini lu akan menahan nafas untuk menantikan butiran sepenuhnya. Bangsa apakah yang mati seramai 4 orang itu?
4 mangsa yang terbunuh ialah.....Wong See Keow dan isterinya Wong Swee Lan dari Alor Gajah serta 2 orang pelajar Sek. Ren Jenis Kebangsaan Tamil Lendu, P.Satniatham dan R.Muthusamy kedua-duanya berusia 10 tahun.

Fuuuhhhhhhh lega!

Nasib baik bukan Melayu

Ah! Lantak lah Cina dengan India yang mati.

Padan muka kau!

Lu jangan nak tipu tentang perasaan itu. Lama dulu gua pun pernah merasai perasaan yang sama. Sebelum belajar menjadi manusia yang darahnya berwarna merah dan najisnya berwarna kuning yang kadangkala bercampur cebisan lada. Sebelum belajar yang manusia itu sewaktu disenyawakan dalam rahim ibu hanyalah dari pancutan air mani yang gua pasti memang berwarna putih, tidak hitam walaupun lu berasal dari Nigeria atau pun kuning walaupun lu berasal dari errr...Mongolia.

Tapi nak buat macamana. Berbalik kepada persoalan kemalangan tadi. Itu adalah perasaan wajib bagi orang lain kecuali gua. Sebab bila gua tulis dan bersuara ramai yang diam sebentar tadi dan mengangguk di dalam hatinya "Eh betul jugak kan?"

Gua dah buat ujikajinya di dalam ofis ini sewaktu pembaca berita dengan penuh gaya hensem dan tahan perut kontrol macho suaranya selesai menyebut;
4 orang terbunuh manakala 25 yang lain tercedera kebanyakannya ialah pelancong asing dalam satu kemalangan jalanraya melibatkan sebuah bus pelancongan di Wilayah Gujerat, India. Mangsa yang terbunuh dan tercedera ialah 10 orang pelancong Australia dan 19 warga Tibet.

Fuuuhhhhhhh lega!

Ramai yang menghela nafas lega. Persepsi biasa seorang Melayu Islam Hadhari berpelajaran mendapat suntikan BCG semasa darjah enam boleh berbahasa Melayu dengan agak baik pernah solat atau sentiasa tidak meninggalkan solat (dan dalam solatnya pernah terbaca atau mendengar imam membaca ayat 13 surah Al Hujurat tapi sepatah haram dia tak paham) dan makan nasi dengan tangan kanan.

Fuuuhhhhhhh lega!

Ramai jugak racist dalam opis gua nie.Punktlich.

8 comments:

Anonymous said...

manalak leganya..sapa2 yg mati pun gua sedih..

ingat dulu amik muqaranah adyan Dr Ali Khafi yg blaja kat vatican tu tanya budak2 arab,

kalau ada banjir besar di guatemala, ramai yg mati apa perasaan kamu...

kekawan arab tu cakap, syukur alhamdulilllah..berkurang org kafir yg memusuhi islam didunia ni..

peh...geleng kelapa Dr tu..yerlah..arab mafraq manalah berjiran dgn org kafir..

agak2 lu org kafir guatemala, venezuela, chile, surinam..diorg tu musuhiorg islam ker?

silap2 tak tahu pun islam ni stu agama...

Anonymous said...

issue basi la!!! baru nak sedar ke???

Anonymous said...

dude, aku setuju! nasib baik aku jumpa page ni.. lagi satu, kalau berita tu cakap,

seorang anak dibunuh oleh bapa sendiri, bla bla bla

terus je kita kata, 'takkan la melayu sanggup buat macam tu..'

this world is retarded. lagi teruk bila mak bpak cakap camtu depan anak-anak.. tapi apa boleh buat?!

LuciusMaximus said...

islam atau tidak..setiap manusia itu hamba Allah dan saudara kita semua sebagai anak Adam :)

Ari said...

Takde perasaan. Tak kenal.

Kalau kenal, tak lega.

Tapi masa Lady Diana mati, wa sedih, nak kata kenal tidak, sebab dia baik kot. Ntah laa...

Anonymous said...

ini pun bule jd topik..lu bankrap idea ker

Anonymous said...

alamak..bila mau update..

Amin Iskandar said...

Bro...

Kita kena pastikan UMNO dan BN tidak lagi berkuasa untuk memastikan Rasicm tidak lagi berlaku di Malaysia....

He he