Jika ada baki anda yang prihatin mengikuti perkembangan semasa di Jordan, hari ini akhbar melaporkan satu berita yang agak menyedihkan khusus bagi para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi. Abdali yang agung itu bakal menjadi sejarah...
Gambar terkini yang ada sekarang boleh menceritakan segala-galanya. Bumbung tinggi yang memayungi Abdali selama ini sudah tiada lagi. Projek baru bakal dilaksanakan. Abdali akan bertukar menjadi satu taman awam terbuka. Ia bertujuan mewujudkan lebih banyak suasana hijau di Amman dan juga mengurangkan kesesakan lalulintas sekitarnya. Bukan sekadar taman awam, Abdali juga bakal menempatkan sebuah perpustakaan moden dan juga beberapa kemudahan rekreasi.
Bagi para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi, ia mungkin sesuatu yang amat mengecewakan mereka. Manakan tidak, Abdali mempunyai sejuta palitan kenangan kepada mereka. Abdali tempat paling mudah untuk membuat temujanji. Abdali menjanjikan segala pergerakan yang mudah ke serata Amman. Abdali mempunyai perkhidmatan bus yang berkualiti dari Irbid ke Amman menggunakan Hijazi. Dari Abdali juga kita boleh ke Aqaba dengan selesa menaiki JETT malahan ke Damascus, Istanbul, Kaherah, Baghdad dan kalau anda perhatikan betul-betul, tiket sehingga ke Sofia juga turut dijual di Abdali.
Bagi para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi, mereka juga pasti kecewa kerana Abdali juga adalah tempat berhimpunnya para peniaga bundle tegar (baca: sangat berkualiti) pada setiap petang Jumaat. Bagi mereka yang mahu ke Airport dengan hanya berbekalkan JD1.000, Abdali mempunyai segalanya. Kotak kuning di sebelah kiri gambar itu adalah kawasan perhentian bus Airport dan tempat menjual tiketnya. Barisan yang pertama di sebelah kanan gambar ialah khusus untuk bus yang menuju ke Irbid selain Hijazi. Barisan yang kedua kalau tidak silap gua ialah bus sekitar Amman, mungkin ke Sweileh dan yang pastinya barisan yang terakhir di sebelah kiri gambar berdekatan tempat menunggu yang berwarna hijau ialah barisan bus ke Ramtha kerana gua pernah menggunakannya sekali ketika menuju ke Damascus.
Aduhai Abdali, yang sentiasa sesak dengan manusia petang dan pagi. Lokasi sangat strategik dengan Masjid Biru dan Gereja Koptik yang terletak hanya 100 meter serta "service" a.k.a sarpis 100 fills yang akan membawa anda turun ke Balad a.k.a downtown atau naik ke atas ke Duwwar Dakhili a.k.a Bulatan Kementerian Dalam Negeri. Juga memori si penjual sandwich telur rebus dan keju pada awal pagi betul-betul di tebing sebelah Honda CRV (pic), yang juga pernah gua ollie secara kemas...satu malam satu waktu dulu ketika kembali dari Aqaba.
Tapi sekurang-kurangnya ia masih boleh melegakan para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi walaupun sedikit, kerana Abdali tidak digantikan dengan kondominium-kondominium mewah atau pun bangunan pencakar langit yang hanya akan mampu dilihat sahaja oleh golongan marhaen yang selama ini menjadikan Abdali selaku nadi penggerak kehidupan seharian mereka. Cuma yang pasti jika kita para pencinta nilai-nilai estetika zaman romantis revolusi kembali semula ke Amman selepas ini, kita tidak akan lagi bertemu di Abdali untuk bersama mengimbas memorinya. Punktlich.
2 comments:
aku tgk kat google earth abdali ada lagi...mujamma zarga kat mafraq pun utuh lagi..
ermm..ermm..abih pindah ke mana bas2 tu..ada mujamak baru ker..amman central?
ke dah nak buat LRT, metro anfaq..
gua paling2 rindu pun dulu masa membundle di abdali..tu jer..dgn kadu, bobo dan aidi..selain tu, gua iktikaf kat masjid umar..
apa lagi probahan2 di joden?
mafraq?
err..
adnan bakhit mana pegi sekarang?
Ada satu lagi kenangan yang gua tak dapat lupa... di abdali ada budak arab baling kepala gua dengan objek keras... lepas tu denga selamba dia bagi alasan.. "anta kuriy" -prefiero morir de pie que vivir siempre arrodillado-
Post a Comment