Tuesday, July 24, 2007

Bila Gua baca suratkhabar si jendul ini berkata-kata lagi sekali

Hari ini kita membaca lagi. Satu maklumat baru yang diberikan oleh mamat berdahi jendul. Kisah Pestabola Merdeka. Kejohanan penuh nostalgia yang satu ketika dulu pernah mengundang nama-nama besar Asia, Eropah hinggalah ke Amerika Latin. Kejohanan ini akan diadakan semula. FAM bersungguh-sungguh mahu menganjurkannya. Bajet sudah di tangan, rejam aje lah.

Tapi bukan itu yang menarik. Sebab ia sudah tidak menarik lagi. Mamat dahi jendul sudah puas bermandi duit rakyat yang sia-sia sahaja diperuntukkan bagi pembangunan bolasepak. Semua itu tipu. Mana ada pembangunan bolasepak negara oleh FAM. Mereka hanya mampu mengangkat taraf pemain Malaysia ke tahap superstar. Boleh menyimpan rambut panjang, bercinta dengan artis, bergambar dalam kolam renang untuk majalah Mangga, memandu kereta 2nd hand Honda Civic "mayat" yang sudah boleh dihukum lupus dan yang paling terbaru gua dengar beberapa pemain Malaysia sudah menjadi rebutan syarikat pengeluar syampu untuk menjadi model iklan teknik rebonding.

Paling menarik bila mamat dahi jendul bersuara hari ini ialah mengenai Pestabola Merdeka. Pasukan yang bakal beraksi memang sungguh gah. Enam pasukan sudah sah bakal beraksi. Katanya lagi dua pasukan benua Afrika juga berminat tapi tiket flight belum confirm - masuk waiting list lah tu. Wah! Ini sudah seperti kejohanan jemputan Piala Dua Benua. Sehingga ke Afrika orang tahu FAM bakal menganjurkan kejohanan berprestij dengan hadiah USD10k. Tapi nama dua negara Afrika itu yang buat gua sakit perut nak terberak awal-awal pagi ni. Lesotho dan Zimbabwe.

Lesotho kini berada di ranking ke 143. Mereka 11 tiang di depan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu. Jadi jangan memandang rendah dengan nama. Nanti elok orang Afrika tak tahu, heboh pulak sampai ke Darfur. Berlumba-lumba team Afrika datang sini nak lawan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu, maklumlah nak naikkan ranking. Pening pulak kepala Musa Hasan dengan kebanjiran sindiket Black Football.

Team berikutnya Zimbabwe. Tiada yang paling pantas sampai ke fikiran gua apabila mendengar Zimbabwe kecuali 3 perkara - Robert Mugabe, Harare dan Bruce Grobbelaar. Team ini sekarang di ranking ke-96. Satu tiang di depan Jordan dan entah berapa tiang meninggalkan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu. Ini pun masalah jugak. Memang x boleh blah kalau diorang datang. Kecuali mereka hantar Highlanders FC, team remajanya kalau boleh, sebab gua check first team mereka pun boleh tahan jugak. Nanti Black Football lagi sekali, matilah FAM kena kutuk.

Jadi, apakah rasionalnya mamat dahi jendul menjemput dua team dari Afrika yang kalau ikut ranking memang team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu tidak boleh makan punya? Lupa gua nak cakap. Dalam senarai enam team yang sudah confirm tiket mereka, bukan waiting list lagi, visa semua dah dapat, ialah Myanmar, Thailand, Singapore, Indonesia, Bangladesh dan team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu. Nampaknya di situ kita dah nampak siapa yang akan "dikambinghitamkan" oleh team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu - brader-brader Bangla yang berharap selepas habis kejohanan flight serta passport mereka akan dicuri, oleh brader-brader Bangla juga sekaligus membolehkan mereka kekal lebih lama di BolehLand. Dengan kata lain untuk mencari kerja yang lebih lumayan, seperti mencuci Fiat Punto gua di stesen Shell Kinrara setiap hari Ahad.

Berbalik kepada soalan peperiksaan tadi, apakah rasionalnya mamat dahi jendul menjemput dua team dari Afrika yang kalau ikut ranking memang team "Bolehsahan" (baca: Belasahan) Asia yang terkenal itu tidak boleh makan punya? Brother and Sister, Pestabola Merdeka ialah kejohanan jemputan. Lu jemput orang datang, hapa lu nak suruh orang tu naik rakit ke? Jauh beb Afrika tu. Mereka datang naik flight. Kan gua dah cakap tadi, tiket diorang waiting list. Rakit mana guna tiket. Lepas tu pulak lu kena "payung" diorang punya hotel, makan, minum dan pengangkutan darat sepanjang kejohanan. Itu belum masuk sewa padang latihan lagi, bus persiaran yang bawa diorang pegi Petaling Street n Dataran Merdeka lagi serta cenderahati RM25 gambar Petronas Twin Tower yang kemudiannya dimasukkan dalam borang claim bernilai RM52 (bukan salah taip atau cetak).

Baiklah, mana mahal, tiket flight dalam ASEAN, yang pasti murah dengan Air Asia atau pun tiket flight dari Harare dan Maseru yang belum lagi Air Asia boleh beroperasi? Kalau return tiketnya RM3500 seorang, gua akan up dalam sebutharga atau borang claim RM5300 (bukan salah taip atau cetak). Lu darabkan dengan 22 orang satu pasukan. Lu tambah dengan sewa hotel lagi yang juga di "up" kan serta belanja belanji yang gua sebutkan tadi.

Bila lagi gua nak buat duit bro? Gua dah tekad x mau sambung kontrak nie. Punktlich.

2 comments:

Anonymous said...

dah dah. lu jangan marah dgn FAM sgt...memang diorg beruk dan monyet yg pandai buat duit...yg hampehnya duit kite pulak tu...

syukur bola kita melingkup. kalau ok skit, abihlah....ntah2 sekor2 player gaji 2,3 juta..buat apa..pakai duit kita juga..FA negeri mana reti buat duit ..bayar player semua pakai duit FAM..duit kita lah tu..


gua tahu kenapa panggil myanmar,bangladesh..sebab nak penuhkan stadium...kalau panggil argentina pun buleh penuh, tapi skuad wanita argentina pun malu nak dtg..

yg african tu dijemput, supaya nampaklah internationalnya..nak panggil morocco, cameron. ivory coast...mesti diorg tak mau dtg..

harap2 ranking msia cecahlah 200..barulah aku bangga skit..

LuciusMaximus said...

jendul tu memang bendul, tak boleh nak buat apa dah...