Friday, June 13, 2008

Daging Kambing & Nasi Itu Sedikit Tersentak Ketika Menyelusuri Abdomen Gua

Apa yang istimewanya tentang hari Jumaat di Sri Petaling? Sebab ada makcik jual nasi beriani yang sedap dan deretan gerai-gerai makanan termasuk satu gerai menjual minyak memperkasakan “senjata” orang lelaki.

Ketiadaan makcik nasi beriani dan juga deretan gerai-gerai makanan termasuk satu gerai menjual minyak memperkasakan “senjata” orang lelaki ini kerap kali menyebabkan suasana yang agak kucar kacir. Contohnya minggu lepas ketika jemaah Tabligh bersidang dan kesemua tempat berniaga dijadikan lot parking.

Tetapi minggu ini, khutbah Jumaat juga menjadi satu lagi keistimewaan. Ramai yang menumpang solat seminggu sekali di masjid yang khutbahnya tanpa teks, serta sesekali muncul khatib yang berbahasa Arab ini, memberikan lebih tumpuan ketika masing-masing terlentuk akibat penangan pelbagai jenis makanan sebelum solat. Ini kerana secara tiba-tiba khatib telah menyebut beberapa frasa yang sungguh berbisa pada ketika ini.

“Ubahlah gaya hidup kita sidang Jumaat yang dirahmati Allah, kita sebenarnya terlalu mengikut budaya hidup kaum bukan Islam. Pada ketika kita berdepan dengan kesukaran dalam kehidupan, punca rezeki yang begitu sempit, ekonomi yang dilanda pelbagai masalah, demonstrasi atau pun mengumpat orang atasan bukanlah satu penyelesaian. Kita perlu kembali menilai segala kesilapan yang telah kita lakukan. Kesemua itu berpunca daripada diri kita sendiri…”

Gua yang sedang melayan jiwa kerana penangan nasi beriani lauk kambing satu set RM7 siap dengan air ni tiba-tiba tersentak. Bagaimana pula ya dengan Pakcik Ali Kunan di kampung gua yang setiap waktu ke masjid mengadukan nasibnya kepada Allah Taala selepas mengerah tulang empat kerat menoreh getah setiap lepas subuh dan kemudian ke kebun pisangnya selepas Asar serta sesekali turun ke sungai mencari siput untuk dijual ke pasar tani? Dia juga khabarnya tidak pernah mengubah gaya hidupnya sejak gua pandai bercakap hinggalah gua pandai menyampuk orang-orang tua berborak di kedai kopi. Orang tua tu menepuk dahi bila bercerita pasal harga barang yang naik akibat kenaikan harga minyak.

Atau lihat sahaja kepada kumpulan manusia bermotosikal setiap pagi di mana-mana lampu isyarat di Kuala Lumpur. Anak mereka di dalam bakul untuk dihantar ke sekolah dan isteri yang tercinta membonceng di belakang keluar bersama untuk mencari rezeki. Jika dilihat pada plat motor, gua percaya sudah lebih 4 tahun mereka tidak mengubah gaya hidup. Mereka akan berjimat sehingga motor pun mereka dah lama tak basuh untuk mengurangkan pembaziran air. Ya! Mungkin mereka punyai kereta dan benci untuk bersesak-sesak dengan kereta, tetapi gua yakin hari ini mereka sangat bersyukur kerana punyai satu alternatif untuk ke tempat kerja.

Jadi, untuk menyelitkan frasa-frasa berbisa seperti tadi di dalam khutbah Jumaat gua rasa bukan satu tindakan yang bijak. Ada benarnya apa yang disampaikan, tapi gua rasa ia lebih tepat jika dibacakan di negara-negara yang bergolak rakyatnya kerana merebut sumber hasil bumi seperti di Ivory Coast, Nigeria, Sudan atau pun Congo. Bukan Kampung Congo. Itu cerita lain.

Tuan-tuan sidang Jumaat yang dirahmati Allah Taala sekalian, kita bercakap tentang sebuah negara yang kaya dengan hasil buminya tetapi rakyatnya menderita ketika para pemimpin pula mendesak rakyat mengubah gaya hidup saat mereka sendiri tidak pernah membayar tunai kepada mana-mana pekerja pam minyak untuk petrol yang menggerakkan kereta mereka DAN bini-bini mereka masih lagi tersengih-sengih dengan rambut setebal 5 inci sambil menyelit di kalangan tetamu dalam satu perasmian sebuah restoran di kota London. Faham?

12 comments:

Rembo said...

viva la bro!!

Kurie said...

orang baca khutbah tuh naik mercedes ker bmw?

adios....

manusia ganjil ikan yu said...

Confirm..

Nasi beriani tu sedap..
kalau RM7, mengigil sial sekarang nak bayar

Anonymous said...

rambo,
perodua viva

kurie,
musykil gua. mungkin berkereta mewah kot. tu pasal bunyi dia lain.

yu,
setakat gua jumpa dalam KL, kira tak nyesal lah bagi RM7.

Anonymous said...

bro.. tulisan lu memang best.. gua suka gile. gua terjumpa blog lu ni sbb lu ada tinggal komen kat blog tehrani..
tp bab khutbah tu, layer makna yg lu faham lain tu rasanya, lain dgn layer makna si khatib. gua rasa la.. sbb biasa jemaah tabligh ni bercakap soal "berubah dari segi amalan keseluruhan kita ni kpd gaya nabi dan para sahabat" bukan hal2 keduniaan je.. gua rasa la.. tp apa2 pun semua terserah individu nak tafsir mcmn sbb khutbah tu lu yg dengar kan.. haha
tp bab minyak ni gua hangin betul.. hampeh betul paklah (baca: f**k lah.. mcm yg lu tulis)
selamat maju jaya

ALI the lion heart

Jorji said...

gua dengar2 jugak imam mesjid mutiara..dia takda sebut asal perubahan gaya hidup..phew! tapi lu tengok website mufti perlis..drmaza.com.my.. tajuk : agama bukan candu untuk mengkhayalkan manusia...baik punya!

TOOLBOX said...

Imam tu ter"perasan" dio tongah boghi "bayan" kot..

Gua takdo do nak nafikan kebagusan jomaah tabligh tapi tu lah tang beberapo pendokatan dorang tontang isu semaso dan jugak bab kebersihan buek gua raso sikit terkilan.

Nsaik beriani tu memang sodap, gua peronah try.

Tontang rogo minyak gua masih marah tapi cam lu jugak gua hanyo mampu marah yo, babi nasional boto!..

TOOLBOX said...

Sorry, gua baco blog Khir Toyo selopeh baco blog lu. Gua raso elok kito cadangkan kepado MB Selangor lantik dio (Khir Toyo) jago air. Daipado lpeh kalah sampai skrg tak abih layi menyalak pasal air. Org dah bagi free pun salah, lambek pun salah, copek pun salah. hilang akal apo!

"Pertamanya saya ucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Selangor atas kejayaan mereka melaksanakan pemberian air sebanyak 20 meter padu secara percuma. Tampak selepas mendapat desakan, kerajaan negeri berjaya melaksanakan skim tersebut."

Abang Long said...

Bak kata orang disebelah utara:

"Orang yang MEMBACA khutbah tidoq, makmum LENA".

Anonymous said...

wa rase la kan..sepatutnya slogan 'ubah gaya hidup' ni sesuai untuk pemimpin negara wa je..bukan pada rakyat jelata macam wa ni...wa mmg dah sengkek pe..mau suruh wa sengkek macam mana lagi ni wehh...

The.Libyaman said...

anon,
welkam!

jorji,
asri sekarang sampai peringkat x sayang mulut. alang-alang dia kata, baik wa sapu sampai ke agong hehehe

bro,
lepas nie wa tulis cerita khir toyo, lu pesan kat dia suh datang baca.

bang long,
hari jumaat yang bukak mata cuma tokey nasi beriani aje.

anon,
wa nak tunggu rosmah punya rambut nipis seinci baru wa tahu dia dah ubah gaya hidup

Tokeymuda said...

adapun sohabatku yang dikasihi ubah gaya hidup disini memang tidak ada kena mengena dengan dengan urusan gaya hidup yang dikatakan oleh pemimpin2 Malayapura ini.Ubah gaya hidup yang dikatakan khatib itu sesungguhnya kejayaan manusia adalah dalam agama dengan cara nabi MUHD s.a.w. Itulah gaya hidup sebenar,bukan gaya Kadir.:)