Wednesday, June 25, 2008

Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional

Gua memang cukup benci dengan papan tanda yang sebegini. Bukan kerana gua memang benci dengan Barisan Nasional atau pun UMNO, tidak. Gua masih mengasihi mak gua yang jadi ahli UMNO di Jelebu yang yurannya dibayar oleh Rais Yatim juga mertua gua yang sememangnya penyokong tegar UMNO di Muar. Tapi cukup setakat itu sahaja. Selebihnya tidak akan mendapat walau setitis pun kasih sayang gua.

Papan tanda ni, idea yang datang entah daripada kontraktor haram mana, telah muncul lewat 1990-an. Idea bodoh ini tidak pernah wujud ketika gua meletakkan bendera Barisan Nasional di belakang basikal gua masa pilihanraya 1982 dan 1986 dulu. Kewujudan bangunan UMNO di Jelebu, sama ada di pekan Kuala Klawang atau pun di Simpang Pertang yang akhirnya menjadi tempat kilang sarung tangan, tidak pula pernah diletakkan papan tanda seperti ini semasa projek berjalan. Itu dulu.

Cuma lewat 1990-an, kumpulan perompak harta rakyat ini sudah mempunyai cara menguasai minda rakyat melalui teori yang sering dimainkan oleh para diktator di seluruh dunia. Kalau lu pergi ke Syria semasa era Hafiz Al Assad, lu akan melihat gambar si presiden pada jarak sekitar 50-100 meter. Ketika kali pertama ke sana jugak gua dah rasa macam ada orang ikut gua. Rupanya itu adalah permainan minda disebabkan kewujudan terlalu banyak gambar Assad. Teori yang sama juga banyak digunakan di Iraq, Libya, Mesir, Soviet Union dan Uganda.

Buat jambatan tegak papan tanda ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”, buat balairaya tegak jugak sekali ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Buat jamban pun masih jugak nak pacak ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”. Gua rasa belanja untuk tulis ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional” tu kalau dikumpul di seluruh negara sudah cukup untuk menampung masalah kemiskinan di Sabah. Atau paling kurang membayar komisen seorang jurubahasa ketika jual beli kapal selam di Paris.

Cuma yang buat gua hairan, mengapa setiap kali satu-satu projek itu gagal, menyungkam, terbengkalai, tak mendapat hasil, tidak bermutu, tidak berkualiti, roboh menyembah bumi macam kebanyakan siling-siling bangunan, juga seperti atap-atap makmal komputer, tak ada pulak tertulis ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional”?

Cuba tampal papan tanda besar ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional” di depan kilang Perwaja Steel di Kemaman, laluan monorail ajaib di Putrajaya, atau bangunan unik tanpa dinding sebelah Puduraya, bukankah lebih cantik. Sekurang-kurangnya pelancong asing yang datang ke sini tidak perlu lah nak bertanya pada mana-mana anak muda Melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris ”What The F**k is this building, my dear?” atau pun ”Where the hell this monorail stop, baby?”

Dan, cogankata ”Satu Lagi Projek Kerajaan Barisan Nasional” juga perlu diletakkan pada plat-plat kereta nasional, khususnya Proton.

Masa kita nak beli kereta dulu, perkara yang paling utama, bagi mana-mana pembeli rasional, ialah bajet dan kualiti. Ada bajet lebih, baru boleh tengok kualiti. Kalau lu takde bajet, lu boleh blah. Lu tidak boleh melompat ke kualiti. Lu tidak boleh berbincang tentang kualiti.

Ini kerana kualiti ada pada satu takuk yang lain. Namun ada juga pembeli berani mati, yang mengetepikan bajet, terus melompat kepada kualiti, sebelum membuat keputusan membeli kereta. Macam gua lah.

Bukan sebab gua benci kerajaan yang buat projek kereta nasional sekaligus menyebabkan kereta import jadik mahal. Sebelum ada kereta ”orang kafir” pun gua dah pernah beli kereta ”orang Islam”. 2 biji gua beli. Sayang betul gua dengan kereta ”orang Islam” tu. Tapi apabila masalah demi masalah datang, kepuasan pun kurang, sumpahan semakin meningkat, kos selenggara juga tinggi, ”taste” pun dah mencanak jugak, maka gua tahu kualiti itu penting.

Ia bukan sekadar kereta untuk ke tempat kerja ketika hujan, tapi juga untuk membawa isteri bersalin ke hospital pada jam 4.30 pagi, membawa keluarga pulang ke kampung dengan 2 orang anak termasuk lampin pakai buang dan beg susu atau pun untuk memandu melebihi had laju di lebuhraya bertol milik para kroni. Berdosakah gua kerana memilih sesuatu yang lebih baik?

Oleh kerana itu, menaikkan nilai faedah bagi bayaran bulanan kepada pemilik kereta import bukanlah satu penyelesaian kepada kenaikan harga minyak. Ia langsung tiada sebarang kaitan. Jangan jadi bodoh. Ia hanya menunjukkan lu telah tersilap langkah. Semakin banyak tindakan yang lu buat, semakin jelas kebodohan pada muka lu terserlah.

Atas alasan apa? Apa kaitannya dengan harga minyak? Atau pun nilai cukai jalan? Fiat gua sebelum kenaikan harga minyak, hanya perlu diisi tangki penuh sebanyak 3-4 kali sebulan dengan nilai RM80 sekali isi. Tanpa melibatkan perjalanan balik ke kampung lah. Tapi selepas minyak naik, satu tangki penuh ialah RM135. Lu nampak berapa banyak gua tambah untuk satu tangki?

Dan sekarang, kerana kebodohan seorang Perdana Menteri, juga menantunya yang tamak, gua terpaksa pulak menambah bayaran bulanan kereta, yang entah apa alasannya. Walaupun, jika lah mahu dikaitkan dengan kenaikan harga minyak agar seluruh rakyat membeli kereta yang tidak berkualiti itu, Fiat gua masih lagi dalam kategori kereta jimat penggunaan minyak jika dibanding dengan Kancil 660. Apa alasannya?

”Satu Lagi Projek Bodoh Kerajaan Barisan Nasional”

6 comments:

Kurie said...

Banyak sangat, tapi satu yang aku amat perasan kat tempat aku bila time nak pilihanraya...bayangkan kat tanah kosong pon ada jugak papan tanda alah nih terpacak...padahal tanah tu semak dan segala jenis biawak, gajah, naga dah berkurun dok dalam tuh....

Ustaz Akhil ada buat lawak tentang nih...berguling2 aku dengar dia buat lawak...

Ulasan ni kalau keluar kat akhbar meloya kan best...

adios.......

pengkao said...

korupsi secara terang-terangan.
membarisan nasionalkan duit rakyat.

Anonymous said...

Syukur Alhamdulillah ada gak 2 -3 kerat young punks (Turks) macam lu yg perasan tentang papan2tanda bodoh lagi meloyakan yg ada merata tu. Idak kalu 9 Mac lagi harga minyak dah naik dan ramai tongong2 yg menyokong dan memukul dada kerana gumbira dengan keputusan si Imam Besar adaHad-adaHari ni.

Faktanya ialah mak lu, mak gua, mak mentua lu and kedua2 mentua gua memang dah kena physcho dari dulu lagi. Maybe for the last 50 years. Dari zaman Tun dah kena dan masuk zaman Imam Besar adaHad-adaHari pun terus jugak kena. Ingatkan dapat pemimpin yg berasal-usul orang warak maka Maysia akn jadi bertambah sejahtera tetapi...errmmm alahai.

So agak kasar saranan seorang kawan ni tetapi katanya kalau nak harap penjana segala projek2 bodoh aka Bab* Negara ni berhenti buat kerja2 yg meloyakan e.g. pacak papantanda bodoh merata ialah bilamana golongan super-otai yg telah kena physcho sekian lama meninggalkan dunia yg fana ni.

Buat projek, banyak terbengkalai. Tak reti jaga ekonomi, jadikan harga minyak dan subsidi sebagai alasan. Si super2-otai hangguk2 je kepala kat umah bila dengor masa ngadap tv. Bila kita nak explain, dia org tak boleh nak paham. Cannot compute. So how? Ini semua berkat physcho 50 tahun Pertubuhan KEBANGSATAN Melayu Bersatu aka UMNO.

Sabor je ler....

TOOLBOX said...

Kalau tak silap gua ianya adalah arahan dpd Kementerian Kewangan pada zaman MahaFiraun dulu.

Pada awalnya larangan penggunaan warna hijau pada papan tanda milik KERAjaan (ingat tak isu logo petronas) melarat kpd meletakkan lambang dacing bukan saja pada guni baja tetapi menjadi kewajipan bagi setiap kontraktor yg dpt projek KERAjaan membuat papan tanda berhubungkait projek berkenaan bersama slogan Satu Lagi Projek Kera dan Babi... err maksud gua Kerajaan Barisan Nasional.

Lu fikir lah, yg dpt tender buat papan iklan dpd PBT pun puak2 dorang jugak. So kalau takde projek buat papan iklan cam mana nak business. Semua pun nak makan. Bukan hanya jurubahasa kapalselam saja tau!

Lu jgn terperanjat kalau in future dorang guna papan iklan elektronik pulak.

Anonymous said...

hhahahhaha jangan sampai cikgu rahman baca atrikel ni..

Anonymous said...

kurie,
wa cuba hantar kat Kosmo!, tapi salah alamat. HAHA

pengkau,
bukan duit aje, tanah, jamban, pokok durian habis seme.

wak,
satu billboard besar lagi kena letak. Kat bangunan Dayabumi.

bro,
tak payah tunggu dah. lu pegi tengok kat KL malam2 ada wayang muka F**k Lah kat bangunan DBKL. Rasa macam kat Soviet plak.