Wednesday, February 06, 2008

sehelai kertas, sebatang pensil, pintu pagar sekolah dan seorang pengawal keselamatan yang haprak

gua pernah mempunyai pengalaman mengundi. bukan semasa di universiti, kerana gua tahu pilihanraya di kampus sudah diatur. bukan di BolehLand ya kawan, pilihanraya kampus yang sudah diatur juga wujud di Jordan. Itu cerita lain.


gua ada pengalaman mengundi, dalam pilihanraya di BolehLand. Pada tahun 2004. Mengundi di Jelebu. Pusat pengundiannya ialah di sekolah rendah gua dahulu, yang mengabadikan nama gua pada salah satu kelas tahun satunya (jangan tak percaya) kerana menghargai ukuran intelektual gua 23 tahun yang lepas. mengundi di sekolah rendah itu, ia haprak.


gua pergi seawal 0830 pagi. hari yang sama gua bekerja tapi gua tetap luangkan masa untuk pulang ke Jelebu. Untuk mengundi. Ada "pondok panas" milik Puteri yang waktu itu masih lagi kuning hingusnya, terkinja-kinja melihat seorang pengundi berpotensi, dan muda seperti gua datang untuk mengundi, lantas mereka menghulurkan sekeping kad yang kalau waktu itu gua tiba-tiba menjadi buta, gua sudah dapat meneka apakah isinya "lambang dacing berwarna putih dengan background biru".


tempat mereka hanya sekitar 25 meter daripada pintu pagar sekolah. betul-betul berdepan dengan mural yang gua lukis pada tahun 1989. sedangkan 2 hari sebelum itu gua sudah membaca di akhbar, milik kerajaan, pondok panas hanya boleh didirikan paling dekat 500 meter daripada pusat pengundian. memang gua lihat ada pondok panas 500 meter dari pintu pagar itu, jauh terpencil dengan di dalamnya sekumpulan warga emas berkopiah sedang bersantai di samping beberapa orang makcik yang bertudung labuh. lu boleh tahu siapa yang bertanding di kampung gua. satu lawan satu.


gua jeling adik-adik puteri yang hingusnya masih kuning yang menyertai kumpulan tersebut hanya untuk berkenalan dengan jantan-jantan Melayu sehitam kulit Khairy Jamaluddin dan mendapat sepasang kurung merah jambu percuma jahitan Za'aba Tailor di pekan Kuala Klawang, yang mendapat kontrak kerana dia sendiri timbalan ketua pemuda Umno cawangan. Persetankan mereka yang ketika gua pertama kali mengikut atuk dan wan gua berkempen di pilihanraya kecil Tambatan, di Johor Baharu, mereka itu masih lagi tidak berbaju di depan rumahnya. mereka hanya menurut arahan. burung kakak tua.


gua masuk melepasi pintu pagar,seorang anggota polis dan seorang pengawal keselamatan bernama Borhan. pengawal keselamatan yang juga ayah kepada rakan sekelas gua di sekolah itu dahulu, menegur gua. mungkin sudah tidak mengecam anak kecil yang kini sudah berjanggut dan bermisai dengan rambut paras bahunya dan dulu adalah pelajar terbaik di sekolah itu sejak darjah satu hingga darjah enam.


"undi dacing ya" kata Borhan pada gua.


kawan-kawan, pujukan itu gua dengar setelah gua melepasi pintu pagar sekolah, ketika gua memasuki barisan bersama beberapa warga emas dan juga dua orang lelaki Cina yang masih dengan pakaian kebunnya. gua masuk dalam, gua daftar nama, gua bagi IC gua pada mamat yang semak daftar pengundi, gua ambik kertas, gua pergi dalam kotak, ambik pensil dan gua tulis pada petak kertas undi "Borhan celaka kempen gua kat pintu pagar sekolah"


gua pasti seorang dua tukang kira undi sama ada dari pihak kerajaan atau pembangkang dapat mengerling membaca dengan pantas apa yang gua tulis pada kertas undi yang mereka akan senaraikan rosak itu. gua terus balik KL, hantar surat pada Malaysiakini yang terus tersiar pada sebelah petangnya. Gua berjanji pada diri sendiri, gua tidak akan mengundi sampai bila bila. Borhan telah merosakkan semangat gua untuk mempraktikkan demokrasi.

9 comments:

Jorji said...

brader..

Tahun ni aku sah seorang penggundi berdaftar dan aku tak nak lepaskan peluang menggundi di kawsan kampung aku di BK.

2004 aku bawa mak aku dan tumpangkan 2 makcik lagi ke pusat membuang undi.dalam perjalanan,aku tanya mak aku dan makcik2 tu,nak undi apa?

"Undi dacing la...dacing ni elok..duit welpair (welfare) pun dah naik.." -kata makcik yg duduk belakang.

Mak aku kata, "2 minggu lepas ada dah orang datang rumah, bagitau kat mak,supaya jgn dengar cakap anak2 makcik bila diorang balik nanti".heh.

Kampung aku 100% undi dacing!
Terima kasih dacing sebab naikkan duit welpair sebulan sebelum pilihanraya 2004.

Anonymous said...

bro,

aku pun first time mengundi nih.. di kuantan. rugi ah kau tak mengundi, last effort pon x kesah..

err, tp, tp... org2 yg celaka mmg ramai dan celaka..

Anonymous said...

wei, borhan tu punye pasal, lu dah tak nak undi..pondanla...esok nanti pengkhianat yg menang kerana 1 undi..kan dah nyesal lu....


sokonglah apa partipun asal jgn bn...

Anonymous said...

Borhan yg menang!

Macam yg gua pernah tulis sebelum ni. intellect tak semestinya wise!

Yusmir Yusop said...

Borhan undi dacing pun kerja jaga je pun.Tak sedar.

Bro,gua 1st time mengundi.Apa tips?Aku ingat nak letak antrax.Haha.

Anonymous said...

gua pergi mengundi sekadar untuk mendapatkan pengalaman. jangan x merasa. kalau pun gua mengundi dengan betul hari tu, BN tetap menang. jadik selepas ini mengundi bagi gua memang x membawa sebarang perubahan. jangan pergi mengundi.

seperti di Batu Kikir juga, kat Jelebu pun kalau lu letak Anwar Ibrahim lawan songkok Dato' Rais Yatim pun dia belum tentu boleh menang.

dan satu lagi, Borhan masih kekal menjadi pengawal keselamatan kt sekolah tu, dan gua yakin kalau gua mengundi sekali lagi tahun ni, Borhan akan menyebabkan satu lagi undi rosak di situ.

Anonymous said...

pengalaman mengundi saya di UM. kena paksa. pastu saya tick kat senarai nama calon yang namanya best...hahahha...tak kenal pun siapa...UNDI ROSAK juga.

pilihanraya kali ini saya akan mengundi.

yang mana satu pilihan saya? saya nak buat undi rosak juga.

Anonymous said...

gua macam mahu menjalankan satu kempen siber pulak. kempen buat undi rosak :)

silversarina said...

salam,

Bila dapat tahu parlimen dibubarkan, akak macam rasa tak nak mengundi kali ni sebab calon yang dikatakan akan bertanding pada akak tak kena dengan parti yang akak akan undi kalau akak pergi mengundi,mana mungkin akak undi calon yang akak tahu tak amanah..entahlah, harap bukan dia yang bertanding, baru lega akak , nak juga tunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar.nak rosakkkna undi rasanya tak, sebab kalau undi memang akak akan mengundi , kalau tak akak tak payah pergi membuang undi.

Selamat mengundi ye !!!janganlah merajuk :)