Monday, June 30, 2008

Cikgu Roslan Yang Di Sayangi

“cikgu, saya mintak tolong betul ni. Jangan hampakan saya” Bijan (bukan nama sebenar) merayu kepada Cikgu Roslan.

“Kalau kamu betul-betul nak jawatan Ketua Pengawas tu, kamu buatlah cerita sikit pasal displin si Pudin tu” Cikgu Roslan cakap sambil kepalanya macam terlentuk. Mengantuk barangkali.

“nak buat cemana lagi? Dulu saya dah kenakan dia pasal tidur sekatil dengan adik angkat dia budak Form One tu. Orang tak percaya pun, lagi pun ramai bebudak Form Five yang tidur ngan budak Form One yang jambu-jambu, cikgu. Termasuk lah saya” Bijan dengan rileks nya menyengih.

“Kali ni kamu tuduh lah pulak dia hisap rokok ke, dia fly malam pegi tengok Euro kat kedai Tukiran ke, kasik orang tengok displin dia betul-betul teruk”. Kali ini Cikgu Roslan mensuggest pulak.

“saya tengah terdesak ni cikgu. Kepala blur nak pikir cemana nak kenakan dia lagi, mana nak defend awek saya lagi, cuak saya cikgu”

Memang patut pun Bijan cuak. Lembaga Displin sekolah dah nak meeting minggu depan. Nak pilih Ketua Pengawas baru. Nak ganti Fendi yang dah kena reject sebab selalu tidur dalam kelas. Bijan takut kalau Pudin plak yang kena pilih. Orang-orang Pudin pun dah ramai yang jadik pengawas. Diorang boleh mempengaruhi Lembaga Displin nanti.

Lagi Bijan cuak, minggu lepas awek dia si Rohaya Sabirin dah buat hal. Kena tangkap ngan warden masa ragging budak pompuan kat surau sekolah. Dia saspek budak tu ada fair ngan Bijan. Budak baru masuk, Form 3. Cun jugak lah. Muka Chinese look. Memang Bijan tengah nak usha pun. Tapi Rohaya Sabirin cepat dapat tahu. Bengkak bengkik budak tu kena pijak.

Nak jadik cerita, si Zamri, orang kuat Pudin plak tengah lepak makan biskut kat luar surau. Dia pun pengawas jugak. Mulut boleh tahan. Panjang lah jadiknya kes si Rohaya Sabirin ni. Kait lah jugak dengan Bijan sikit-sikit. Dia tambah cerita lagi, kata Bijan pernah bawak budak baru tu pegi makan KFC kat Tampin lah. Lagi lah mengamuk Rohaya Sabirin.

“Cemana cikgu? Diammm aje” Bijan dah risau tengok Cikgu Roslan. Selalunya tak cam gini. Sporting ngan Bijan. Boleh cover line. Boleh slow talk. Maklumlah, Cikgu Roslan bertunang dengan akak si Bijan. Bakal abang ipar.

“Camni lah, kamu carik sorang bebudak lembut ni, suruh jumpa saya esok. Ajar suruh mengaku yang Pudin tidur sekatil ngan dia dan Pudin jugak dah ehem ehem dia. Mesti jadik punya”

Fuuuuhhhh! Lega Bijan sekejap. Masih ada peluang lagi nie.

8 comments:

Anonymous said...

Bro luwat citer konspirasi kat sekolah..sepatutnya lu gambarkan cam filem tamil sebab wa tengak sekarang ni politik kat malaysia sebiji cam filem tamil heroin dia rosmah.. memang pecah pangong kat pawagam.. heh

Rembo said...

cool la baba!
sy sgt suka!

Anonymous said...

Memang bangang Cikgu Roslan ni! Tak ada akai ke atau akai memang singkat? Takpun kuat tido?!?! Ha!!! Ye la kot!!! Kuat TIDOR!! Cubalah excuse lain Cikgu... Cikgu ni lulusan rendah dan menengah kat Tampin je ke? Bangang!! Kalu setakat ehem ehem tu...sepuluh tahun lepas orang kampung boleh la terima Cikgu. Sekarang dah masuk zaman Cerdik IT dah Cikgu....

Kok ye pun cipta lah dongeng2 yg masuk dek akal Cikgu. Pudin ada skondol dgn Cikgu pompuan mana ke.... Pudin songlap duit kedai buku ke... Ini idak...balik2 Pudin ehem ehem dgn budak jambu... Balik2, ehem ehem.. Nyampah.. Apa Pudin tu tak reti main pompuan? Udah tu ambikler jambu yang pandai sikit. Ini jambu BODOH!!! Cikgu selit 2-3 hinggit sure kata nak punyer..udah jambu bodoh! Ntah2 sekolah rendah dulu pun tak habis...Iya dak jambu?

Tapi takper... Janji glamer...dapat jadi buah mulut orang..itu yg penting ek jambu? 2-3 hinggit pun kira masyukkk...... Cikgu Roslan ngan Pudin jangan lupa lak satu hari nanti kalau dah kantoi... ramai kang yg nak meludah kang...

Anonymous said...

tak sabar nak baca episod bijan dan cikgu roslan yg seterusnya.

Anonymous said...

wei bro lu citer ala2 mcm memory kat moncheh bro...walaupun lu citer x direct 2 point wa rasa lu mengungkit nostalgia lama bro..muhahaha..wa tau la lu byk rindu sama lu punya mudir alitaj ekekeek

Jorji said...

ekau citer kisah kau kek sekolah maahad ni tak jang?

huhu.

apapun..kita tunggu dan lihat,siapa yg kene..bijan ke cikgu roslan ke pudin ke..

mama said...

hahhahh
ingatkan cerita tu awak nk buat novel....
sambung la cepat. kalau buat novel lagi meletup.

Tebuan^Tanah said...

hmmm...err tak masuk ker citer budak zol@boyot@boyo yang tumbuk ustaz nuri kat kantin maahad?..pasal ustaz nuri suh budak zul@boyo@boyot nih gi semayang n tanggal golang eh..n jgn lupo masukkan sekali kisah loloi@azahari miskun yang gomar panggil budak senawi 1 urut badan tiap2 tiap malam..gerenti best gilerrhehehehhe