Wednesday, November 26, 2008

Blues Orang Jelebu

Image credit : www.henneken.org.uk


Satu hari, gua bangun tidur dan berada di hadapan jalan ini. Tiada sebarang petunjuk arah mana yang perlu gua redah.

Ke kanan itu sedikit singkat dan gua seperti sudah boleh meramal penghujungnya. Tapi di kiri itu sedikit jauh tanpa penghujung.

Tiada ramalan, walau kelihatan cerah. Dan mungkin pernah muncul dalam mimpi gua selama ini.

Friday, November 21, 2008

Mari Menjual Agama

(gambar hiasan yang tiada kena mengena langsung dengan gua)

Jalan paling mudah untuk menunjukkan kamu adalah golongan yang baik-baik, ialah dengan mengambil sedikit agama, seperti mencelup tangan ke dalam sebaldi air, renjiskan sedikit ke muka.

Air-air yang terpercik ke muka itu, dilihat manusia sebagai kesan baru lepas berwuduk. Contohnya lah.

Apabila kamu dipenjara, atas apa jua kesalahan atau pun tuduhan, pastikan sesudah bebas nanti, kamu celup tangan ke dalam sebaldi air, dan kemudian renjiskan sedikit ke muka.

Air-air yang terpercik ke muka itu, dilihat manusia sebagai kesan baru lepas berwuduk. Agaknya lah.

Dan ada juga yang melihat janggut itu hanya eksklusif untuk agamawan sahaja. Contohnya di asrama dulu, hanya budak-budak surau sahaja yang dilihat berjanggut. Kerana kata mereka berjanggut itu sunnah Nabi.

Tapi ramai juga penjahat-penjahat di asrama yang menyapu minyak “bon” setiap hari, untuk menghidupkan sunnah, tapi tak jalan jugak. Itu cerita lain.

Lagi satu, jangan lupa sebut sedikit pasal bagaimana kamu begitu insaf ketika di dalam penjara. Bagaimana kamu mendekatkan diri dengan Tuhan dan yang lebih baik lagi jika kamu ada cita-cita untuk mendalami agama.

Dengan menyambung pengajian, sebagai contoh.

Sambil kamu menjatuhkan hukum siapakah yang suci dan siapakah yang tidak suci.

Thursday, November 20, 2008

Datuk Shah Rukh Khan sangat sibuk, sila dial sebentar lagi!

Macam nak pecah perut gua tengok perangai Datuk seekor ni. Sapa tu mamat yang buat buku Malaysian Records tu, hang tolong masukkan nama Shah Rukh Khan sikit. Dia sudah bikin record, Datuk yang paling sibuk sekali.

Daripada laporan akhbar, apa yang gua faham, kerani kat Pejabat Yang Di Pertua Negeri Melaka dah lenguh jari mendial nombor Shah Rukh Khan, tapi dia manjang sibuk.

Sampai satu peringkat, kerani perempuan ini, yang memang peminat filem Hindustan sejak era Hema Malini dan Rekha, telah diherdik oleh PA kepada Shah Rukh Khan sendiri. Ini kerana PA itu dan Shah Rukh Khan sendiri tidak faham mengapa kah kerani ini terlalu kerap menelefon dan meminta Shah Rukh Khan datang ke Malaysia.

Datuk tu hapa? Melaka tu hapa? Yang di Pertua Negeri tu manisan ke?

Ini lah yang selalu Mama Juwie tulis dalam majalah Mangga dulu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Gua tahu hidung Shah Rukh Khan mancung, yang tak mancung kat sini sudah tentu hidung Khalil Yaakob dan Rosmah Mansor, dua orang peminat ”kipas-susah-mati” Shah Rukh Khan di BolehLand.

Gua rasa kerani itu perlu mencuba sekali lagi dan menambah beberapa ayat penyedap. Bagitahu sikit pada Shah Rukh Khan tu, oi mangkuk, ini gelaran Datuk bukan semua orang dapat tau, ada yang sanggup mati nak dapat, takkan lu tak mahu tender balak, tender kantin sekolah, penjara, pink-form untuk saham ECM-Libra atau pun tender bersih longkang Putrajaya.

Kalau lu tak mahu gua boleh offer pada Nasir Bilal Khan, duh!

Wednesday, November 19, 2008

Seminggu Seorang Diri di Pejabat Memang Membosankan

Masalah nya di sini ialah, NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia itu, kononnya, dan mahu dilihat sangat liberal, serta mahu dilihat sangat NGO, memekak ke atas satu perkara yang bukan milik mereka.

Jika pun JAKIM kemudian mengeluarkan fatwanya, maka ia ternyata khusus untuk mereka yang bersunat sahaja. Yang tidak bersunat, sama ada lu lari sebab takut Tok Mudim atau pun memang lu tidak perlu bersunat, fatwa itu bukan milik lu. Habis cerita.

Dan JAKIM pulak, kelihatan seperti terlalu mempunyai banyak masa lapang, terlalu mempunyai banyak ruang untuk membuat kajian, ruang untuk mengeluarkan fatwa, ruang untuk meneliti pelbagai perkara yang memerlukan panduan, maka sesuatu yang sudah terang, jelas dan nyata perlu pulak mereka bangkitkan, semula, maka gua sukacita juga ingin memberikan mereka sedikit cadangan.

Lelaki menyerupai perempuan, dan sebaliknya. Hubungan sejenis, juga dengan haiwan dan yang seumpama dengannya, jelas sekali tidak perlu difatwakan lagi. Dan jika sememangnya mereka tetap tegar mahu berfatwa, maka perlulah juga sekali lagi Encik JAKIM menyebut secara rasmi, bahawa rasuah itu haram, menahan orang tanpa bicara itu haram, memberikan penghormatan pada tugu negara itu haram, dadah dan arak itu haram serta macam-macam benda haram lain yang mungkin orang sudah lupa.

Gua ada ramai sangat kawan di dalam JAKIM dan gua tahu mereka tidak mudah terasa. Ini cuma cadangan. Kalau 2 bulan lepas gua pergi interview JAKIM, mungkin sekarang gua sedang berada di sebelah lu orang semua, membaca kritikan ke atas JAKIM, seperti sekarang.

Cerita Yoga. Ryan Giggs, kawan baik gua pernah berdepan masalah hamstrings. Tapi sekarang dah okay. Sebab Giggsy praktis yoga. Level yang macamana, dia tak beritahu gua pulak. Nanti lah gua tanyakan.

Islam tak pernah melarang, umatnya praktis sukan, atau senaman, selagi berada di atas garisannya lah. Kalau tidak, masakan wujudnya peribahasa ”akal yang sihat daripada badan yang sihat”. Itu bukan orang Melayu yang cipta.

Gua pun cakaplah, selagi yoga itu tidak bersekutu dengan sebarang mantera, chanting, zikir, meditasi dan yang seumpama dengan menyekutukan Tuhan, maka apa salahnya kita bersenam.

Lagi best, seorang wanita Sikh ini turut berkongsi pandangan. Katanya, dia menyertai satu kelas yoga. Perempuan KL, hari ini. Tapi kemudian sampai ke satu peringkat di mana dia terpaksa bermeditasi dengan menyebut mantera yang memuji dewa-dewi Hindu. Dia menarik diri, dengan alasan mengapa perlu dia memuji dan menyeru pertolongan daripada Tuhan agama lain sedang dia juga punyai Tuhan sendiri.

Itu seorang wanita Sikh. Punya cerita, yang sekaligus boleh menjadi jawapan kepada mereka yang berfikir, orang faham agama Islam boleh lah tahu mantera itu semua syirik, abis yang perempuan KL ini hari bukan tahu sangat pun. Itu tadi, jawapan daripada seorang wanita Sikh.

Kembali kepada JAKIM. Kalau ada yang membaca blog Abdullah Jones, pasti ada yang bersetuju. Mengapa tidak JAKIM kaji, teliti dan keluarkan fatwa pula tentang seni-seni silat? Yang setahu gua, siap ada harimau, gajah, ular, boleh terbang, hilang ghaib, jin dan macam-macam makhluk lagi. Walaupun bukan semua, tapi paling tidak mesti ada bersekutu dengan benda-benda itu semua. Kecuali silat olahraga.

Adakah kerana ia milik orang Melayu? Ketuanan Melayu? Atau pun mahu menjaga air muka orang Melayu?

Kalau itu jawapannya, Zulkifli Nordin pernah cakap, gua Islam dulu kemudian baru peguam. Maka JAKIM boleh bercakap juga, gua Islam dulu, kemudian baru JAKIM. Atau Malaysia, kerana bukan semua yang di dalam JAKIM itu Melayu. Nah! Lihat betapa universal nya Islam.

Lebih malang lagi, JAKIM acapkali, menyentuh sesuatu yang sudah dielitkan oleh masyarakat. Maksudnya, bertindak ketika masa yang tidak sesuai. Mungkin JAKIM lewat mengetahui kewujudan budaya pengkid, dan bercambahnya amalan Yoga di dalam masyarakat. Maklumlah, JAKIM kurang pegawai. Terpaksalah memohon bantuan wartawan TV3, Melodi atau pun majalah Mastika.

Yoga telah menjadi lifestyle. Perempuan KL, yang tidak join kelas yoga, memang tidak cool. Tidak KL. Apatah lagi yang tidak tahu langsung tentang yoga. Ia telah menjadi kemestian untuk elitis KL. Yang kebanyakannya pula adalah pendokong NGO hak asasi manusia. Itu lah malang berganda buat JAKIM. Tidak kena masa.

Seorang kawan gua, membuat tesis sarjana berkaitan yoga dan praktis nya yang bertentangan dengan Islam, pada tahun 2003. Dari UKM Bangi. Sangat jelas, dalam kajiannya, terdapat amalan yoga yang mengarah kepada syirik.

Itu tahun 2003. JAKIM telah ketinggalan 5 tahun.

Tuesday, November 18, 2008

Ramai Yang Suka Pergi Training Kerana Makanannya Yang Enak

Hujung-hujung tahun nie, selain daripada cuti sekolah dan mak bapak yang pening kepala untuk anak-anak punya holidays, gua tengok company gua pun sibuk jugak. Sibuk hantar staff pergi training. Sibuk hantar staff pergi workshop. Hotel, dan makanan yang sedap-sedap. Itu cerita lain.

Semalam, gua pegi satu workshop yang berkaitan censorship dan media guidelines. Workshop khusus untuk buat lu orang yang menonton di rumah melopong sebab apabila nak mencarut sahaja lu tengok Jim Carey jadik orang bisu. Atau bila lu dah ready nak tengok Kate Winslet dalam Little Children, lu hanya akan mengeluh melihat stroller disimbah air hujan. Itu cerita lain.

Gua pelik dengan JAKIM, sebenarnya. Dan mereka yang beriya-iya sangat menentang JAKIM sekarang. Dua isu yang termasuk dalam perbincangan semalam ialah pengkid (bukan punk kid) dan yoga. Gua bukak penerangan gua dengan line yang simple;

”When JAKIM come up with this so-called fatwa, all we have to know is that they’re going to draw a line, which is strictly for Muslim. Full stop, Punktlich, Khalas, End.”

Itu cerita di situ. Yang selepasnya agak panjang jugak. Termasuk lah lunch penuh gilang gemilang di Palace of the Golden Horses.

Abis tu yang lain nak pegi menyibuk apasal? Fatwa itu hanya untuk orang yang mengucap dua kalimah syahadah. Oh ya! Ada juga yang menyebut tentang hak asasi manusia, penindasan gender, yang sekaligus mengheret bekas NC tidak berleher dari University Malaya, dan sebagainya.

Lain kali, kalau lu mahu cerita tentang hak asasi manusia, lu jugak mesti cerita sikit tentang hak asasi binatang. Kalau ia melibatkan sampai peringkat hubungan lelaki dan lelaki, atau pun wanita dan wanita. Jadi gua mengakhiri penerangan dengan line yang lebih simple;

”But speaking about homosexuality, I’m not standing here to say that I am against homosexuality but one thing you guys should know is and please nail it hard to yer mind, Papa Bear is always and forever after Mama Bear while Mama Bear is always waiting Papa Bear to screw her up. That’s what I called the Rights of being a Bear.”

Okay, sudah hampir jam 6 petang. Esok kita cerita pasal JAKIM pulak. Dan Yoga.

Sunday, November 16, 2008

Eh ini Stoke City dulu main kat Emirates diorang kalah berapa biji?

Ada macam-macam benda yang berlaku dalam dunia, yang kalau lu tidak sempat melihatnya, ia bagai satu kekurangan. Contohnya, malam keruntuhan Tembok Berlin, komet Halley, 11 September, United Malays National Organization dibubarkan dan sebagainya.

Dalam bolasepak pun, meriah dengan pelbagai kejadian, yang melengkapkan hidup seorang peminat bolasepak. Majoritinya jaringan goal. Seperti gol Josimar vs Ireland Utara di Mexico, Maradona dengan Hand of God juga di Mexico, freekick Roberto Carlos vs France, Eric Cantona kung fu kick, Night in Barcelona 1999 dan macam-macam lagi.

Hidup juga tidak lengkap, jika tadi lu tak melihat bagaimana dua freekick Cristiano Ronaldo vs Stoke City. Ya, kedua-duanya menghasilkan goal. Seperti juga freekick yang membuatkan David James berdiri tegak macam pengawal Buckingham Palace, musim lepas.

Tapi, melihat gol Ronaldo itu, tidak lah segembira melihat team-yang-khabarnya-minggu-lepas-sudah-bersedia-bersaing-merebut-kejuaraan-kembali-sesudah-menang-tipis-ke atas-MU itu, menyungkur di kandang sendiri. Buat kali yang ke berapa, gua pun tak kira. Bukan ambik ‘pot’ sangat ye.

Cuba lu congak, kata lah memang hebat sangat. Menang dengan Devils, Blues dengan The Reds kat Emirates, tiga game dapat 9 point. Main away kalu x kalah, seri aje yang Gunners boleh blah. Pastu, menyungkur depan Stoke, Villa, Hull, Latics, Baggies dan Fullham. X guna jugak kan? 9 point mana cukup mahu jadik champion.

Heh, Arsenal. Menang sekali, riuh setahun.

Wednesday, November 12, 2008

Sejak Bila Pulak Abby Abadi dan Norman Hakim Bertukar Jadi Kelab Bolasepak?

Gua sedang berdepan masalah yang sangat besar. Lebih besar daripada kekecewaan Najib Razak kerana tidak dapat membentangkan bajet bodoh sombongnya di Parlimen baru-baru ini.

Oleh kerana kekerapan ’fokus’ kepada channel 613 dan 615, akibat kewujudan Pocoyo dan Hannah Montana, dan kemudian lupa untuk kembali kepada standby mode ketika wayang tamat setiap malam, gua kehilangan beberapa channel penting.

Mak gua, yang kini katanya sudah jadi penyokong setia Abby Abadi, juga wife gua, tidak berapa kisah dengan kehilangan misteri itu. Mereka membenci Norman Hakim. Macam gua dengan Liverfool dan Arsenal. Juga Chelski. Everton, Thierry Henry, Drogba, Gerro, Lampard dan Terry serta ramai lagi lah. Lupa, Khalid Jamlus pun.

”takde Ria tak jadi hal, asalkan 103 masih dapat lagi. Nanti payah nak tengok Melodi”

Itu statement mak gua, bukan Najib Razak.

Masalahnya sekarang, gua kehilangan channel 812 dan 813.

”Takde Ria tak jadik hal, tapi takkan gua nak tengok bola kat kedai mamak. Itu pantang larang tu”

Itu statement gua, bukan Anwar Ibrahim.

Monday, November 10, 2008

Jihad Mereka Bukan Satu Pilihan

Di mana kamu semasa peristiwa itu berlaku? Sedang bersandar kekenyangan selepas satu set hidangan Big Mac? Makan sate yang tidak sedap langsung di Awan Besar? Atau sedang menaip teks-teks cinta kepada kekasih hati?

Gua rasa masih ramai lagi yang keliru, kerana belum terdedah sepenuhnya. Atau bimbang dilihat radikal. Bimbang dilihat ekstremis. Tidak mahu dilabel sebagai penyokong teroris lantas dengan pantas mengakui bahawa kita tidak mengolah persetujuan bersama mereka.

Namun apa yang perlu kita ketahui, tujuan mereka bukan untuk memaksa kita bersetuju. Bukan untuk memaksa kita menyokong atau pun sekadar mengangguk kepala perlahan sambil mata melihat kiri dan kanan. Mereka hanya mahukan satu kefahaman.

Ketika itu gua masih lagi bekerja. Di depan skrin. Memperincikan buah butir berita. Ke dalam bahasa ibunda. Sudah jadi tegar dengan insiden dan letupan. Sudah jadi mangli dengan darah dan kematian. Di kaca tv lah. Ia hanya dilihat satu yang normal. Kebiasaan lantas melahirkan rasa faham.

Namun yang gua hairan, masih lagi ramai yang tidak mengerti. Tidak faham dan lebih perit lagi mengutuk dan menghina. Betul itu kejam. Betul itu ganas dan betul itu bukanlah atas landasan ajaran Islam yang suci. Tapi apa pilihannya?

Ketika kanak-kanak Palestine itu ditembak, ambil Muhammad Al-Durrah sebagai contoh, bukankah tentera zionis itu juga punyai pilihan? Ketika Shabra dan Shatila itu berdepan pemusnahan, bukankah Ariel Sharon juga punyai pilihan? Ketika pembantaian manusia berlaku di Iraq, bukankah soldadu Yankee itu juga punyai pilihan? Presiden nya lah. Tapi mereka tetap memilih pertumpuhan darah. Dan ia pasti melibatkan mereka yang tidak langsung punyai kepentingan. Tidak punyai kaitan. Orang yang tidak berdosa. Bahasa lain yang lebih mudah.

Amrozi, Mukhlas, Imam Samudera, Yahya Eyyash, Hanadi Jaradat atau pun Abu Ali Mustafa, hanyalah sebahagian daripada nama mereka yang telah diberikan pilihan. Tetapi mereka kemudian terfikir, bahawa hanya satu pilihan sahaja yang mampu mereka laksanakan. Walaupun ia sekali lagi melibatkan mereka yang tidak langsung punyai kepentingan. Tidak punyai kaitan. Orang yang tidak berdosa. Bahasa lain yang lebih mudah.

Ketika menulis tafsirnya, sewaktu di penjara. Sayyid Qutb mengulas mengenai perkataan jihad. Maknanya bukan lagi sekadar ”peperangan”. Salurannya luas. Pilihannya banyak. Sama ada lu bersetuju atau pun lu faham.

Sunday, November 09, 2008

Rilek Lah Beb!

Pagi Sabtu, gua lewat sikit bangun Subuh. Terus kepala hotak gua terfikir, jangan yang tak best jadik sudah. Mesti suwey sikit malam kang ni.

Masuk dapur pulak gua tengok jadual kat peti sejuk belum update. Result dengan Celtics belum tulis lagi. Terus jugak gua fikir, ini mesti something. Biasa gua tulis terus lepas game.

Tiba-tiba gua perasan gua tidur malam tadi gua pakai jersey merah. Mana boleh malam sebelum game gua pakai jersey. Ini sudah langgar pantang.

Itu lah sebabnya gua rasa diorang malas main best-best tadi.

Thursday, November 06, 2008

Ada Apa Dengan Obama - Edisi Lepas Lunch

Gua sedikit hairan, yang ramai sangat syok apabila Obama jadik Presiden nie jadah ke hapa? Tapi tolong jangan apply frasa yang sama apabila The Devils menang Champions League dan EPL bulan May tahun depan okay!

Apa yang sibuk sangat? Dalam radio habis bikin cerita Obama. Dalam TV satu talkshow sudah fokus cerita Obama. Itu gua tak kisah, tapi apasal over reacted? Panelis nya gembira macam Malaysia sudah menang Pestabola Merdeka.

Gua sangat yakin, Amerika akan terus kekal sebagai kuasa imperialis. Tentera US tidak akan berundur segera dari Afghanistan dan Iraq. Serta yang lebih gua pasti, Palestine akan terus terjajah dan Israel akan terus menjarah.

Adakah kamu lupa bagaimana Obama berkata bahawa dasar luar Amerika tidak akan berubah? Adakah kamu lupa Obama terpaksa menyembah AIPAC ketika permulaan pertengahan dan penghujung kempennya? Juga pengedaran DVD di seluruh Amerika mengenai kebimbangan jika negara itu diterajui oleh seorang lelaki yang mahu berdialog dengan musuh-musuh seperti Iran, Cuba dan Venezuela?

Kegembiraan manusia di BolehLand seperti Obama akan memayungi projek-projek koridor. Bahkan manusia-manusia lahanat yang selama ini tidak pernah mendengar cakap rakyat, kali ini bersuara memberi nasihat. Kepada Obama. Aduhai!

Seperti yang selalu disebut orang, Coca Cola dan Pepsi mungkin ada rasa yang berbeza. Itu memang gua yakin, sebab gua ’penagih’ Coca Cola. Tapi kedua-duanya adalah dari satu kampung yang sama.

Sedikit teruja boleh, sebab kulit berwarna sudah lama tertindas dan mampu bangun cuma jangan terlalu mengharap. Palestine sudah dijajah sejak 1948 dan sejak itu juga puluhan pemimpin dunia telah datang dan pergi. Zionis akan tetap zionis, dan imperialism akan kekal imperialism.

Ada Apa Dengan Obama - Edisi Sebelum Lunch

Dalam Hitz.Fm pagi tadi, gua dengar sorang minah bernama Alicia telefon join game “yes no um ahh” tu.

Soalan : adakah lu happy Obama menang ?

Jawapan : saya sangat happy, sangat suka sama dia, itu Obama memang banyak best. (punya lah panjang jawapan)

Soalan : agak2 lu sapa yang akan jadi Presiden pulak lepas Obama nanti?

Jawapan : McCain.

Terus gua rasa sakit perut nak berak. Apa punya bangang lah!

Tuesday, November 04, 2008

Filem Pendek Mungkin Tidak Baik Untuk Kesihatan

Gua bayangkan, jika acara menonton filem pendek malam Sabtu lepas, diadakan di dalam dewan yang tertutup, mungkin malam itu hidup gua jugak jadik macam filem pendek.
Tapi muka-muka di atas tetap 'bergumbira' dapat bertemu tuan punya Man Laksa, filem favourite diorang. Dan yang lebih penting, dari dalam kereta sampailah balik ke rumah sampai lah bangun tido esoknya, muka-muka di atas sibuk dengan permainan baru;
yea yeah yea yeah humcha!
makan tahun ni gua nak tunggu diorang dapat modal baru.