Monday, November 10, 2008

Jihad Mereka Bukan Satu Pilihan

Di mana kamu semasa peristiwa itu berlaku? Sedang bersandar kekenyangan selepas satu set hidangan Big Mac? Makan sate yang tidak sedap langsung di Awan Besar? Atau sedang menaip teks-teks cinta kepada kekasih hati?

Gua rasa masih ramai lagi yang keliru, kerana belum terdedah sepenuhnya. Atau bimbang dilihat radikal. Bimbang dilihat ekstremis. Tidak mahu dilabel sebagai penyokong teroris lantas dengan pantas mengakui bahawa kita tidak mengolah persetujuan bersama mereka.

Namun apa yang perlu kita ketahui, tujuan mereka bukan untuk memaksa kita bersetuju. Bukan untuk memaksa kita menyokong atau pun sekadar mengangguk kepala perlahan sambil mata melihat kiri dan kanan. Mereka hanya mahukan satu kefahaman.

Ketika itu gua masih lagi bekerja. Di depan skrin. Memperincikan buah butir berita. Ke dalam bahasa ibunda. Sudah jadi tegar dengan insiden dan letupan. Sudah jadi mangli dengan darah dan kematian. Di kaca tv lah. Ia hanya dilihat satu yang normal. Kebiasaan lantas melahirkan rasa faham.

Namun yang gua hairan, masih lagi ramai yang tidak mengerti. Tidak faham dan lebih perit lagi mengutuk dan menghina. Betul itu kejam. Betul itu ganas dan betul itu bukanlah atas landasan ajaran Islam yang suci. Tapi apa pilihannya?

Ketika kanak-kanak Palestine itu ditembak, ambil Muhammad Al-Durrah sebagai contoh, bukankah tentera zionis itu juga punyai pilihan? Ketika Shabra dan Shatila itu berdepan pemusnahan, bukankah Ariel Sharon juga punyai pilihan? Ketika pembantaian manusia berlaku di Iraq, bukankah soldadu Yankee itu juga punyai pilihan? Presiden nya lah. Tapi mereka tetap memilih pertumpuhan darah. Dan ia pasti melibatkan mereka yang tidak langsung punyai kepentingan. Tidak punyai kaitan. Orang yang tidak berdosa. Bahasa lain yang lebih mudah.

Amrozi, Mukhlas, Imam Samudera, Yahya Eyyash, Hanadi Jaradat atau pun Abu Ali Mustafa, hanyalah sebahagian daripada nama mereka yang telah diberikan pilihan. Tetapi mereka kemudian terfikir, bahawa hanya satu pilihan sahaja yang mampu mereka laksanakan. Walaupun ia sekali lagi melibatkan mereka yang tidak langsung punyai kepentingan. Tidak punyai kaitan. Orang yang tidak berdosa. Bahasa lain yang lebih mudah.

Ketika menulis tafsirnya, sewaktu di penjara. Sayyid Qutb mengulas mengenai perkataan jihad. Maknanya bukan lagi sekadar ”peperangan”. Salurannya luas. Pilihannya banyak. Sama ada lu bersetuju atau pun lu faham.

8 comments:

Anonymous said...

fight fire with fire eh?...

manusia ganjil ikan yu said...

senario sekarang

bila kita bercakap pasal jihad, kita dilabel extremis.

dakyah mereka dah berjaya menyusup ke jiwa2 Melayu yang masing2 nama ada bin dan binti

zan said...

Kalau Baba boleh terangkan samada hukum membunuh orang yang tak berdosa (contoh pengebom berani mati, perancang bom) tu apa disisi Islam. Kebanyakkan dari kita rasanya masih tak jelas tentang perkara ini (termasuk lah wa).

Yang wa tau kalau ikut kata nabi, orang tua, wanita, kanak2, rumah, pokok tak boleh disentuh..kasi sikit kuliah baba..

Unknown said...

Al Furqaan:52.

Maka janganlah kamu mengikuti orang-orang kafir, dan berjihadlah terhadap mereka dengan Al Quran dengan jihad yang besar.


bukan tukar semua senjata bawak Al-quran pergi perang, tapi adaptasikan Al-Quran dalam hidup, Allahkan Al-Alim....maka jana PENDIDIKAN dan EKONOMI umat Islam dahulu......

selagi tidak dibangkitkan umat yang benar2 berilmu dan kukuh ekonominya selagi itu kita tidak akan menang dalam peperangan fizikal.

hafiz said...

adakah lepas ni terroris bali akan mengebom hospital pulak. ya. jihad fisabilillah!

sepatutnya marhum bertiga itu pergi terus ke bumi palestin untuk syahid disana. bukannya mengebom manusia yang sedang merayakan kehidupan.

Jorji said...

gua masih tak dapat nak ambik mana yang benar itu sebenar..salah atau tidak mereka? ulama2 masih tidak sependapat.

The.Libyaman said...

heh, gua tak tahu nak cakap cemana lagi. bukan untuk meletakkan siapa mereka itu, cuma faham dengan tindakan itu. betul, haram mengambil nyawa mereka yang tidak berdosa, tapi adakah kepala setiap rakyat Palestine, Iraq dan umat Islam yang ditinda itu diperiksa dahulu sama ada mereka berdosa atau pun tidak? Juga gua melihat firman tentang "balasan kejahatan itu dengan kejahatan yang sama", atau juga seperti yang dipegang oleh mereka bertiga "mereka datang dan kamu perangi mereka". rasanya gua kena jadik salafi jihadi seperti mereka baru boleh menerangkan dengan lanjut. tidak boleh mengelak untuk mengatakan mereka tidak harus mengambil tindakan seperti itu, tapi apakah kemampuan yang mereka miliki? untuk memaksa ke Palestine mungkin tidak rasional kerana kejahatan 'musuh' itu bukan sekadar di Palestine. Gua tidak mahu dilihat teroris dan radikal. Sedekah aje Al Fatihah untuk mereka. Rest my case.

Anonymous said...

Rasulullah SAW dan ahlul-baitnya (solawat!)hanya memerhatikan dan menghadapi bermacam-macam kemungkaran di depan mata mereka dengan bijak dan penuh hikmah tanpa bertindak radikal membunuh insan-insan yang tidak bersalah.

Mari kita sama-sama mencarigali jika ada bukti menyatakan demikian itu benar-benar pernah terjadi.

Barangkali ada bukti menyatakan Imam Ali A.S. pernah menebas kepala saudara-mara atau sahabat-sahabatnya yang munafiq/musyrik/kafir ketika mereka itu berurusan di pasar atau kalabul-malami?

Atau mari carigali bukti apakah Rasulullah SAW sendiri benar-benar pernah memiliki pedang untuk memerangi umatnya sendiri (tidak kira mereka ini mukmin, musyrikin atau munafiqeen, apatah lagi kafireen)?