Friday, November 21, 2008

Mari Menjual Agama

(gambar hiasan yang tiada kena mengena langsung dengan gua)

Jalan paling mudah untuk menunjukkan kamu adalah golongan yang baik-baik, ialah dengan mengambil sedikit agama, seperti mencelup tangan ke dalam sebaldi air, renjiskan sedikit ke muka.

Air-air yang terpercik ke muka itu, dilihat manusia sebagai kesan baru lepas berwuduk. Contohnya lah.

Apabila kamu dipenjara, atas apa jua kesalahan atau pun tuduhan, pastikan sesudah bebas nanti, kamu celup tangan ke dalam sebaldi air, dan kemudian renjiskan sedikit ke muka.

Air-air yang terpercik ke muka itu, dilihat manusia sebagai kesan baru lepas berwuduk. Agaknya lah.

Dan ada juga yang melihat janggut itu hanya eksklusif untuk agamawan sahaja. Contohnya di asrama dulu, hanya budak-budak surau sahaja yang dilihat berjanggut. Kerana kata mereka berjanggut itu sunnah Nabi.

Tapi ramai juga penjahat-penjahat di asrama yang menyapu minyak “bon” setiap hari, untuk menghidupkan sunnah, tapi tak jalan jugak. Itu cerita lain.

Lagi satu, jangan lupa sebut sedikit pasal bagaimana kamu begitu insaf ketika di dalam penjara. Bagaimana kamu mendekatkan diri dengan Tuhan dan yang lebih baik lagi jika kamu ada cita-cita untuk mendalami agama.

Dengan menyambung pengajian, sebagai contoh.

Sambil kamu menjatuhkan hukum siapakah yang suci dan siapakah yang tidak suci.

11 comments:

TOOLBOX said...

Sekilo berapa charge? Shahrir kena pantau & rujuk dgn Jakim nak tentukan harga siling

Unknown said...

yang pakai seban kat sebelah mamat lepas dari kes tu pun ade janggut jugak....heh

sidra kamar aisa said...

ado yang tejobak karang ni..ahaks

Kurie said...

Abang,
Saya selalu heran, bila pak-pak kaduk takde dalam negera ajer mesti katak akan panggil hujan kan?

Hujan asid agaknya, tu pasal kalau guna payung pon tak jalan kan?..

adios...

Anonymous said...

eh ini macam citer doktor gigi arituh jer.. hehehe..

Rembo said...

menjual agama. gua sangat setuju phrase ini.

minyak bon kat dagu?
classic brader. classic!

The.Libyaman said...

bro,
wa dengar dia sibuk harga lantai plak sekarang. gila kelakar.

pendekar,
hoho tapi dia siap pakej dengan serban

sidra,
jangan buek hal jang...

kurie,
kena lepak dalam rumah aje

epi,
kawan dia lah ni kot

rambo,
ada jual lagi ke minyak bon sekarang? rare sangat tu.

Jorji said...

gua guna tancho.

Antusabun said...

gomen ni ntah pejadah haram diaorang makan. asik nyusahkan orang je

Anonymous said...

j,
tancho pun stok rare jugak, tapi wangi lg dari bon

antu,
diorang makan sabun wa rasa.

Antusabun said...

Hebat komentar lu bro. Dalam maknanya. Teruskan usaha lu. Gua mulai minat penulisan lu..genre yang berlainan