Wednesday, November 19, 2008

Seminggu Seorang Diri di Pejabat Memang Membosankan

Masalah nya di sini ialah, NGO yang memperjuangkan hak asasi manusia itu, kononnya, dan mahu dilihat sangat liberal, serta mahu dilihat sangat NGO, memekak ke atas satu perkara yang bukan milik mereka.

Jika pun JAKIM kemudian mengeluarkan fatwanya, maka ia ternyata khusus untuk mereka yang bersunat sahaja. Yang tidak bersunat, sama ada lu lari sebab takut Tok Mudim atau pun memang lu tidak perlu bersunat, fatwa itu bukan milik lu. Habis cerita.

Dan JAKIM pulak, kelihatan seperti terlalu mempunyai banyak masa lapang, terlalu mempunyai banyak ruang untuk membuat kajian, ruang untuk mengeluarkan fatwa, ruang untuk meneliti pelbagai perkara yang memerlukan panduan, maka sesuatu yang sudah terang, jelas dan nyata perlu pulak mereka bangkitkan, semula, maka gua sukacita juga ingin memberikan mereka sedikit cadangan.

Lelaki menyerupai perempuan, dan sebaliknya. Hubungan sejenis, juga dengan haiwan dan yang seumpama dengannya, jelas sekali tidak perlu difatwakan lagi. Dan jika sememangnya mereka tetap tegar mahu berfatwa, maka perlulah juga sekali lagi Encik JAKIM menyebut secara rasmi, bahawa rasuah itu haram, menahan orang tanpa bicara itu haram, memberikan penghormatan pada tugu negara itu haram, dadah dan arak itu haram serta macam-macam benda haram lain yang mungkin orang sudah lupa.

Gua ada ramai sangat kawan di dalam JAKIM dan gua tahu mereka tidak mudah terasa. Ini cuma cadangan. Kalau 2 bulan lepas gua pergi interview JAKIM, mungkin sekarang gua sedang berada di sebelah lu orang semua, membaca kritikan ke atas JAKIM, seperti sekarang.

Cerita Yoga. Ryan Giggs, kawan baik gua pernah berdepan masalah hamstrings. Tapi sekarang dah okay. Sebab Giggsy praktis yoga. Level yang macamana, dia tak beritahu gua pulak. Nanti lah gua tanyakan.

Islam tak pernah melarang, umatnya praktis sukan, atau senaman, selagi berada di atas garisannya lah. Kalau tidak, masakan wujudnya peribahasa ”akal yang sihat daripada badan yang sihat”. Itu bukan orang Melayu yang cipta.

Gua pun cakaplah, selagi yoga itu tidak bersekutu dengan sebarang mantera, chanting, zikir, meditasi dan yang seumpama dengan menyekutukan Tuhan, maka apa salahnya kita bersenam.

Lagi best, seorang wanita Sikh ini turut berkongsi pandangan. Katanya, dia menyertai satu kelas yoga. Perempuan KL, hari ini. Tapi kemudian sampai ke satu peringkat di mana dia terpaksa bermeditasi dengan menyebut mantera yang memuji dewa-dewi Hindu. Dia menarik diri, dengan alasan mengapa perlu dia memuji dan menyeru pertolongan daripada Tuhan agama lain sedang dia juga punyai Tuhan sendiri.

Itu seorang wanita Sikh. Punya cerita, yang sekaligus boleh menjadi jawapan kepada mereka yang berfikir, orang faham agama Islam boleh lah tahu mantera itu semua syirik, abis yang perempuan KL ini hari bukan tahu sangat pun. Itu tadi, jawapan daripada seorang wanita Sikh.

Kembali kepada JAKIM. Kalau ada yang membaca blog Abdullah Jones, pasti ada yang bersetuju. Mengapa tidak JAKIM kaji, teliti dan keluarkan fatwa pula tentang seni-seni silat? Yang setahu gua, siap ada harimau, gajah, ular, boleh terbang, hilang ghaib, jin dan macam-macam makhluk lagi. Walaupun bukan semua, tapi paling tidak mesti ada bersekutu dengan benda-benda itu semua. Kecuali silat olahraga.

Adakah kerana ia milik orang Melayu? Ketuanan Melayu? Atau pun mahu menjaga air muka orang Melayu?

Kalau itu jawapannya, Zulkifli Nordin pernah cakap, gua Islam dulu kemudian baru peguam. Maka JAKIM boleh bercakap juga, gua Islam dulu, kemudian baru JAKIM. Atau Malaysia, kerana bukan semua yang di dalam JAKIM itu Melayu. Nah! Lihat betapa universal nya Islam.

Lebih malang lagi, JAKIM acapkali, menyentuh sesuatu yang sudah dielitkan oleh masyarakat. Maksudnya, bertindak ketika masa yang tidak sesuai. Mungkin JAKIM lewat mengetahui kewujudan budaya pengkid, dan bercambahnya amalan Yoga di dalam masyarakat. Maklumlah, JAKIM kurang pegawai. Terpaksalah memohon bantuan wartawan TV3, Melodi atau pun majalah Mastika.

Yoga telah menjadi lifestyle. Perempuan KL, yang tidak join kelas yoga, memang tidak cool. Tidak KL. Apatah lagi yang tidak tahu langsung tentang yoga. Ia telah menjadi kemestian untuk elitis KL. Yang kebanyakannya pula adalah pendokong NGO hak asasi manusia. Itu lah malang berganda buat JAKIM. Tidak kena masa.

Seorang kawan gua, membuat tesis sarjana berkaitan yoga dan praktis nya yang bertentangan dengan Islam, pada tahun 2003. Dari UKM Bangi. Sangat jelas, dalam kajiannya, terdapat amalan yoga yang mengarah kepada syirik.

Itu tahun 2003. JAKIM telah ketinggalan 5 tahun.

6 comments:

mama said...

JAKIM ...?
rasanya JAKIM memerlukan anak muda seperti awak la untuk membuka mata mereka yg tertutup dan terus tertutup di putrajaya tu heheh.

Anonymous said...

hidup baba...weh baba lu ade niat di hati kecil lu nak keja dgn JAKIM ke??harharhar xsangka plak gua tu mcm..tp bgus jgk la kalu lu keja kat JAKIM nati senang la kengkawan kita dpt keja sama dgn lu jd boss ekekeke...

TOOLBOX said...

Baba nak kojo kek Jakim? heh.. gua raso dio lobeh sanggup motong gotah yo kek Jelobu daipado bersekongkol dongan lobai2 pandai ugamo kek jakim tu :)

Anonymous said...

hobenz,
itu konspirasi memuaskan hati mak gua aje. test market.

bro,
pandai lu baca nafsu gua. tapi wa takda kebun getah lah pulak.

hafiz said...

bro. masyarakat kita masih berada di takuk feqah yang lama sedangkan zaman dan masa terus berubah. lebih2 lagi untuk lembaga2 agama yang ada. mereka memalukan dan hipokrit!

Anonymous said...

jgn marah mereka..kadang2 mereka masa blja dulu dapat maqbul jer