Thursday, November 20, 2008

Datuk Shah Rukh Khan sangat sibuk, sila dial sebentar lagi!

Macam nak pecah perut gua tengok perangai Datuk seekor ni. Sapa tu mamat yang buat buku Malaysian Records tu, hang tolong masukkan nama Shah Rukh Khan sikit. Dia sudah bikin record, Datuk yang paling sibuk sekali.

Daripada laporan akhbar, apa yang gua faham, kerani kat Pejabat Yang Di Pertua Negeri Melaka dah lenguh jari mendial nombor Shah Rukh Khan, tapi dia manjang sibuk.

Sampai satu peringkat, kerani perempuan ini, yang memang peminat filem Hindustan sejak era Hema Malini dan Rekha, telah diherdik oleh PA kepada Shah Rukh Khan sendiri. Ini kerana PA itu dan Shah Rukh Khan sendiri tidak faham mengapa kah kerani ini terlalu kerap menelefon dan meminta Shah Rukh Khan datang ke Malaysia.

Datuk tu hapa? Melaka tu hapa? Yang di Pertua Negeri tu manisan ke?

Ini lah yang selalu Mama Juwie tulis dalam majalah Mangga dulu, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Gua tahu hidung Shah Rukh Khan mancung, yang tak mancung kat sini sudah tentu hidung Khalil Yaakob dan Rosmah Mansor, dua orang peminat ”kipas-susah-mati” Shah Rukh Khan di BolehLand.

Gua rasa kerani itu perlu mencuba sekali lagi dan menambah beberapa ayat penyedap. Bagitahu sikit pada Shah Rukh Khan tu, oi mangkuk, ini gelaran Datuk bukan semua orang dapat tau, ada yang sanggup mati nak dapat, takkan lu tak mahu tender balak, tender kantin sekolah, penjara, pink-form untuk saham ECM-Libra atau pun tender bersih longkang Putrajaya.

Kalau lu tak mahu gua boleh offer pada Nasir Bilal Khan, duh!

9 comments:

n a s e h a said...

haha
bila datuk shah rukh khan nak dtg malaysia ni
=P

Layla Haq said...

Kenapa nasir Bilal Khan?

Sebab dia ada 'Khan' ke?

Farid Abu Talib said...

kahkahkah. woit. satu lagi projek baresan nasional. kahkahkah.

Anonymous said...

Bayan,
Gua rasa Nasir Bilal Khan lagi bagus daripada Shah Rukh Khan

seha,
lu cuba e mail dia skit, pingat dah banyak kali kasik kilat tu

Anonymous said...

farid,
itu banner sudah siap gantung kat Melaka, tapi Datuk x sampai2 lagi.

Jorji said...

"Aku kata diam!"

dialog nasir bilal khan dalam Perempuan,isteri dan... yg TIDAK melayakkan dia mendapat DATUK.

"Kuch kuch hotta hei malacca"

dialog DAtuk Shah Rukh Khan.

Anonymous said...

kau igt aku ni siapa haa??kau kenal aku siapa haa??tu dialog lg power beb nasir bilal khan punya la trade mark tu ekekekek...

Antusabun said...

alaahhh..melaka bukan hebat pun. dia tu lagi hebat

Firewabbit said...

hahahah ... entry ni mmg best. tergelak aku...

celaka.