Wednesday, December 12, 2007

Antara Hindraf & Demonstrasi

Ada 2 perkara yang mengganggu minda gua dalam tempoh 2 minggu ini. Mungkin juga sebahagian rakyat BolehLand yang lain. Hindraf dan demonstrasi. Kadangkala setiap kali mengambil Utusan, Berita dan The Star dalam peti suratkhabar di pejabat gua akan memasang harapan dahulu supaya tidak bertemu dengan 2 perkataan tersebut. Tapi gagal dan terus gagal.

Gua dan lu terpaksa membaca berita mengenai 2 perkara tersebut, setiap hari. Dan kalau lu menonton televisyen ia juga akan muncul. Sebab itu gua akan mengelak setengah jam yang pertama berita jam 8 malam. Tapi akhbar tidak boleh, sebab kalau tidak membaca akhbar, gua akan kekeringan ilmu dan perkataan. Ia adalah 2 aset paling penting jika lu mahu merapu secara langsung di depan televisyen sambil mendengar berita dalam bahasa yang paling sukar di atas muka bumi ini.

Hindraf itu OK. Bila gua cakap macam tu, satu pejabat tersenyum. Kesemuanya senyuman seorang Muslim. Tapi bagi gua berlaku sedikit kekeliruan. Agenda mereka. Hindraf tidak lagi bergerak atas landasan bangsa India di Malaysia. Mereka lebih kepada agama. Sebab itulah ia sukar diterima. Jika mereka ikhlas mahu menuntut hak yang mereka laungkan, maka ia juga harus melibatkan seluruh kaum India. Termasuk India Muslim. Tapi Hindraf masih OK lagi. Kerana mereka telah dinafikan hak untuk menyuarakan pandangan atau pun pendapat. Kalau lu mengatakan mereka menggugat perpaduan atau harmoni kaum di BolehLand, itu bermakna lu sudah termakan dengan propaganda UMNO, yang sejak dahulu lagi sering menggunakan isu perkauman sebagai satu senjata menakutkan rakyat. Sedangkan badan paling bersifat perkauman, bapak segala racism dan penaja kepada segala usaha menggugat keharmonian kaum di BolehLand ini ialah United Malay National Organization. Yang logonya ada keris itu.

Hindraf menjadi tidak OK apabila mereka terpilih masa yang tidak tepat, dan kerana berada dalam keadaan yang sangat bersemangat juga menyebabkan mereka mengeluarkan beberapa kenyataan yang tidak disenangi oleh ramai pihak khususnya yang berada dalam kerajaan. Ini kerana kenyataan seumpama itu boleh menjadi ancaman kepada kedudukan mereka dan bukan kepada keselamatan negara. Mereka menjadi sedikit tidak OK kerana tindakan mereka kini dimanipulasi oleh himar-himar di dalam UMNO yang mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh mereka serta UMNO itu sendiri. Sebab itu kita melihat saluran propaganda mereka digunakan setiap hari dan waktu untuk menghentam Hindraf.

Satu lagi rantaian kepada Hindraf ini ialah demonstrasi. Apabila gua mengatakan demonstrasi OK, semua yang ada di dalam pejabat ini akan berdiam diri. As-Sukut Alamat Ar-Redho kata mereka. Sebab mereka juga keluar berdemonstrasi dan kesemua mereka adalah pembangkang walaupun mereka tidak terlalu kiri. Mereka juga dan ramai yang lain faham bahawa demonstrasi adalah satu daripada entah berapa juta saluran demokrasi. Pilihanraya bukan satu-satunya saluran demokrasi. Bodoh.

Gua masih ingat lagi, sekitar penghujung tahun 1984, Atuk & Wan gua baru pulang dari London, pergi bertemu dengan anak lelaki mereka yang sudah hilang dari BolehLand selama 10 tahun. Gua dapat replika topi polis sebagai hadiah. Dan ia masih elok tersimpan sehingga ke hari ini. Mereka juga pulang dengan 2 album gambar yang sangat tebal. Ada terlalu banyak gambar. Tapi antara gambar yang begitu menarik perhatian gua ialah gambar sekumpulan anggota polis, termasuk yang berkuda, dan memakai topi sama seperti yang gua dapat sebagai hadiah. Mereka sedang mengawal sekumpulan manusia lelaki, wanita dan kanak-kanak yang berarak memegang sepanduk dan bendera. Kalau tidak silap gua ada 3 keping gambar, dari beberapa sudut yang memfokuskan perarakan itu. Imej itu tersimpan kemas dalam kepala hotak gua yang sejak 2 minggu lepas sudah 3 kali hampir meletup kerana migrain.

Gua tahu mereka sedang mengadakan tunjuk perasaan dan polis yang mengawal perarakan itu, yang memakai topi seperti hadiah yang gua dapat juga tahu itu satu demonstrasi. Satu tunjuk perasaan. Mereka mahu meluahkan sesuatu, menyatakan sesuatu atau membantah sesuatu secara terbuka. Mereka bergerak dengan begitu teratur. Ada polis berkuda dan ada polis yang berjalan kaki. Mereka mengambil satu lorong jalan pada ketika satu lorong lagi digunakan oleh kenderaan. Mereka tidak dilanggar kereta kerana ada anggota polis yang mengawal lalulintas. Mereka juga tidak perlu berlari ke sana ke mari menyelamatkan diri kerana polis yang memakai topi seperti hadiah yang gua dapat itu tidak memukul atau melontar gas pemedih mata ke arah mereka. Dan yang gua pasti, lalulintas di London juga berjalan lancar kerana polis tidak perlu membuang masa membuat sekatan jalanraya di segenap penjuru pintu masuk. Bodoh.

Kali pertama ke Istanbul, gua juga bertemu dengan sekumpulan manusia yang mengadakan demonstrasi. Mereka berkumpul di Taksim Square sekitar jam 4 petang untuk membantah tindakan kerajaan Turki yang mahu membenarkan satu ujian nuklear diadakan. Selepas hampir 2 jam bersorak, melaung dan bertepuk tangan, walaupun gua sangat tidak faham ketika itu, mereka bersurai. Tenang tanpa sebarang semburan air walaupun gua tahu ramai kalangan mereka yang berbau masam kecuali dua atau tiga orang perempuan cantik dengan semburan perfume murah.

Apakah masalahnya himar-himar di BolehLand ini terlalu takut dengan demonstrasi? Dan kenapa tidak boleh demonstrasi itu menjadi seperti satu yang menggembirakan. Gembira dan puas di dalam hati, bukan gembira kerana dapat lari menyelamatkan diri dari dipukul FRU. Himar-himar yang bercakap itu, gua tengok selalu ke luar negara. Rumah mereka ada televisyen satelit. Bukan yang lu bayar tiap-tiap bulan dengan pakej paling murah dan kemudian bising bila kena potong sebab bil tertunggak. Parabola. 500 saluran. Termasuk Playboy setiap Jumaat malam, dan saluran PolSat dengan filem-filem budget murah.

Takkan lu x pernah bertemu dengan demonstrasi yang aman, wahai himar-himar sekalian.? Lagi pun gua sudah bosan membaca perkataan Hindraf dan demonstrasi. Gua sangat rindukan perkataan Altuntuya, Kasitah Gadam, Video Linggam atau Parlimen Di Bubar di muka depan akhbar. Gua mahu baca itu. Bodoh.

Wednesday, November 28, 2007

Tidak Menaikkan Kadar Tol di Empat Lebuhraya Adalah Tindakan Tidak "Bertelur"

Lu percaya? Jangan cepat melonjak wahai rakyat jelata. Mereka yang tidak "bertelur" itu hanya menangguhkan sahaja, bukan menidakkan untuk selama-lamanya. Mereka yang tidak "bertelur" hanya takut undi berkurangan dalam pilihanraya yang semakin hampir. Bukan gua kata kalah. Sampai kiamat pun takkan kalah. Takde "telur". Gua tolak 2 menteri wanita dalam kabinet, yang lainnya "tidak bertelur". End.

Thursday, November 22, 2007

Pilihanraya di Jordan

Sedikit personal. Pilihanraya telah berakhir semalam. Islamic Action Front yang salah seorang pemimpinnya ialah Dr. Ruheil Ghraybah telah kehilangan separuh daripada kerusi Parlimen mereka. Mafraq pula menyaksikan seorang calon baru bertanding, Tayseer Shdeifat. Bagi yang lupa, Tayseer ialah seorang pemandu bus yang paling agresif dalam pemanduannya dan bus yang dipandunya dihidupkan menggunakan wayar dan bukan kunci. Tapi Tayseer kalah kepada Karim Dughmi, bekas menteri Kehakiman yang juga sepupu kepada Dr. Rakan Dughmi. Gua pun tak tahu apasal Tayseer boleh bertanding pilihanraya. Mungkin dia bosan memandu bas. Tapi dia menduduki tangga kedua pungutan undi.
Dr. Ruheil pula ialah pensyarah Mazahib wal Firaq (bagi yang lupa, ini subjek pasal mazhab dan pecahannya, duhh..) dan Adyan Muqaranah (Perbandingan Agama) yang sangatlah err..syadid. Kalau lu mau cerita lanjut, pegi baca suratkhabar sendiri. Punktlich.

Sunday, November 18, 2007

Siri Berdialog Dengan Anjing - I

Gua sedang berjalan, melalui satu lorong kecil, di tepi sebuah gedung runcit. Katanya dulu gedung ini milik seorang warga Taiwan, yang kemudiannya dibeli seorang warga BolehLand.

Gua sendiri sudah lupa dari manakah sumber cerita itu datang. Kemudian lagi, lewat ini gua dengar seorang menteri pula sudah memilikhartakan gedung ini. Buat bekalan anak isteri sudah pasti. Kelak mungkin tidak terpilih lagi. Simpanan hari tua, kata mereka.

“Lu mahu masuk berbelanja di dalam?” gua dikejutkan oleh satu suara.

Seekor anjing yang entah daripada jenis apa sedang berehat di tepi lorong itu. Berdepan pintu yang tertulis “Dilarang Masuk Tanpa Kebenaran”.

“Gua mahu berbelanja, untuk barang rumah, bagi sebulan yang akan datang”

“Memang tempat ini sangat tepat untuk lu. Boleh berbelanja dengan lebih murah di sini” anjing itu menyambung bicara.

“Gua tiada sebarang kongkongan, asal murah gua beli, itu pun kena rajin melihat iklan di suratkhabar”

Gua berhenti seketika sebelum melepasi pintu yang bertulis “Dilarang Masuk Tanpa Kebenaran”. Melihat jauh ke dalam mata anjing itu. Dia seperti mahu menyambung bicara. Mungkin hari ini tidak ramai yang melalui lorong itu. Dan anjing pula kemaruk untuk berkata-kata.

“Lu cukup duit satu sen?” soal anjing itu secara tiba-tiba.

“Mungkin ada. Baki berbelanja bulan lepas”

”Kenapa?” tanya gua semula.

”Duit satu sen sudah tidak digunakan lagi di kaunter kerajaan, sedikit masa lagi”

Gua seperti terpaku. Mengapa pula seekor anjing mahu bercakap tentang duit satu sen. Kepingan yang paling kecil, nilai dan saiz, jarang diambil peduli. Letaknya pula diatas almari atau kadangkala bersepah antara lari-lari tikus dan hamparan kaki.

”Macamana lu boleh tahu dan apa kaitannya dengan gua?”

”Bukan apa, kami menggunakan kaedah 5 sen yang paling hampir. Apabila lu bayar bil, sen akan dikira kepada 5 sen yang paling hampir...”

”Itu gua tahu, gua dah baca dalam suratkhabar pun. Gua dah dengar dalam berita pun” gua lantas mencelah kerana anjing ini seperti tidak tahu bahawa gua seorang manusia, yang berakal, boleh berfikir dan boleh menilai.

“Bukan begitu, sedikit masa lagi lu pun akan berbelanja macam itu di gedung ini. Apabila satu sen sudah tidak digunakan kerajaan, gedung seperti ini juga akan mengambil tindakan yang sama. Kami menurut langkah yang diambil kerajaan, kata mereka”

Aduhai, anjing itu memberitahu gua, seorang manusia, bagaikan gua ini juga dari kumpulannya.

“Lu kena tahu, semua ini dibuat untuk kepentingan rakyat dan negara juga” anjing itu kembali meneruskan kata-katanya selepas melihat gua hanya terdiam seperti kagum dengan maklumat yang dimiliki.

“Kerajaan terpaksa membelanjakan 4.12 sen untuk mengeluarkan sekeping syiling satu sen. Semua itu kos. Bayangkan ada berapa banyak syiling satu sen yang dikeluarkan? Kerajaan membuat langkah penjimatan. Semua itu akan dipulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk pembangunan, subsidi dan sebagainya. Bukankah rakyat seperti lu dahagakan pembangunan dan subsidi?”

Gua menghela nafas lalu bersuara.

”Apa lu fikir lu sedang bercakap dengan anjing ? Lu nak tipu gua pasal kos? Apa Bank Negara tu keluarkan syiling satu sen setiap hari? Setiap jam? Apa lu fikir syiling satu sen itu barangan, macam ubat gigi? Yang dinilai kos pengeluarannya sebelum diletakkan label harga?” gua bertanya, dengan niat tidak memberikan langsung ruang untuk si anjing membalas.

”Mereka hanya mahu membuat keuntungan. Mereka hanya mahu terus menyembelih rakyat seperti gua. Jika bil itu berbentuk bulanan, bukankah sepatutnya nilai itu dibawa ke hadapan? Ia pasti bertemu dengan sesuatu yang genap, atau 5 sen yang terdekat. Atau lebih mudah lagi, hapuskan saja nilai 1 sen itu, ambil semula syiling itu dari rakyat, leburkan kembali, dan ambil semula kos 4.12 sen bagi setiap keping itu. Mereka boleh membuat lebih banyak penjimatan.”

”Kenapa lu diam? Lu sudah takda modal untuk menipu gua lagi? Nanti gua adu pada gedung ini, suruh tembak lu yang menyemak di sini mengganggu pelanggannya” gua cuba menakutkan anjing itu sambil bersiap untuk bergerak.

Tiba-tiba pintu yang bertulis ”Dilarang Masuk Tanpa Kebenaran” itu terbuka dan si anjing sedikit mengelak. Dari dalam keluar seorang lelaki menghulur tangan kepada si anjing.

”Mari tuan, waktu makan sudah tiba” kata lelaki itu sebelum membuka pintu dengan lebih luas membawa si anjing masuk. Anjing itu menoleh pada gua.

”Gua lah sebenarnya pemilik gedung ini” katanya sambil tersengih dan berlalu masuk. Sambil ekornya sedikit bergoyang, tanda gembira.

Burger itu makanan...err...orang Melayu?

Beberapa hari lepas, gua sedang bersiap dihadapan hidangan ”Roasted Chicken with BBQ Sauce, Potato and Mix Salad, Mushroom Soup and Bun”, yang orang kampung gua panggil Western Set, apabila tiba-tiba datang seorang kawan seraya bercakap dalam bahasa Arab.

”Inilah dia bentuk penjajahan minda ke atas orang-orang Islam”

”Mereka terpengaruh dengan apa yang dibawa oleh Barat dan meninggalkan identiti sendiri”

Serta beberapa hujah-hujah lain yang gua sendiri sudah lupa kerana gua bersiap mengatur semula ayat untuk menjawab, dalam bahasa Arab.

”Bagaimana ketika Al Qaradawi diundang oleh Majlis Bandaraya London, 3 tahun yang lepas, ketika forum mengenai hijab, dan Ken Livingston menjamunya dengan fish n chips?”

”Apakah kerana gua orang Melayu dan gua sepatutnya makan nasi dengan sambal petai?”

”Bagaimana dengan seorang warga Islam Britain? Adakah dia mesti makan humous dan roti kerana dia seorang Islam?”

Akhirnya.

”Tidak wujud satu jenis makanan pun yang dinamakan makanan orang Islam. Bukankah sempadan makanan dalam Islam itu halal?”

”Gua makan apa sahaja yang halal, adakah itu juga tidak betul?”

Kesemuanya sudah gua alihbahasakan ke bahasa Melayu, bahasa orang Melayu, bahasa orang Timur dan bukan lagi bahasa perbahasan kami, bahasa Arab, yang juga turut dituturkan oleh George Wassouf, Emile Lahoud serta Boutruos-Boutrous Ghali. Kesemua mereka berbangsa Arab.

Kawan gua seorang pembangkang tegar. Berjawatan dalam PAS, dengar khabarnya. Namun cara dia berfikir ada ketikanya, gua tidak dapat membezakan sama ada dia mendaftar dengan PAS atau pun UMNO. Ini kerana UMNO juga gua tengok banyak memperjuangkan tentang Melayu, khususnya ketika Perhimpunan Agung. Supaya mereka juga dilihat sebagai pembela bangsa Melayu yang ulung, tegar dan sentiasa.

Jadi apabila dia mengutamakan identiti Melayu daripada agama Islam, maka bagaimana pula dengan teh? Berapa juta manusia atas muka bumi ini yang beragama Islam dan menjadi peminum teh yang konsisten. Kawan-kawan gua yang sangat dihormati, teh itu berasal dari China, riwayatnya mungkin 2737 B.C. Ketika China juga belum menerima Islam. Sehinggalah hari ini, teh menjadi satu budaya pula dikalangan bangsa Arab, yang Islam atau pun bukan Islam, di kalangan orang Turkey yang memanggilnya chai dan banyak lagi bangsa lain di Timur Tengah, Asia Tengah, juga di British bahkan juga di kampung Teras Jernang, Bangi.

Jadi apa masalahnya di sini? Hanya kerana si pencipta makanan itu orang Barat, walau makanan itu halal sekali pun, kita perlu menjauhinya? Berikan pula kepada gua apakah dia makanan orang Islam sebagai alternatifnya? Baca cerita Maximus mengenai kereta orang Islam untuk satu perspektif yang lain.

Makanan itu sudah global sifatnya. Kita hanya boleh melabelkan makanan mengikut bangsa atau negara, dan bukan lagi agama. Kerana gua dengar Bak Kut Teh pun sudah ada yang dapat sijil halal JAKIM.

Anti-Westernization? Jangan kita berbelanja di Tesco dan Carrefour lagi dan kalau memilih Mydin, cari sahaja mee segera keluaran orang Islam, kerana Maggi itu milik Nestle. Orang bukan Islam.

Kawan-kawan gua yang dihormati, gua akan makan segala makanan yang halal. Kecuali tersilap gua akan termakan yang tidak halal. Disengajakan, itu semasa zaman sebelum ketibaan Islam di Malaya. Kalau mahu bercerita mengenai Barat dan pengaruhnya, ia sudah melambak sehingga kita kena berfikir semula, apakah perjuanganku, agama atau bangsa.

Kadangkala gua tersenyum, apabila insan sebegini, memboikot McDonalds dan membeli burger Otai, yang berinspirasikan err...burger dari Barat juga.

Muqaddimah untuk Siri Berdialog Dengan Anjing

Gua sedang mengusahakan sesuatu. Merancang sesuatu. Idea yang muncul secara tiba-tiba, semasa sedang berusaha melelapkan mata. Ketika isteri tiada di sisi dan mengambil peranan sebagai ibu selama 4 hari, menidurkan Az-Zahra' dan Al-Batoul.
Gua akan menulis Siri Berdialog Dengan Anjing, satu demi satu sehingga ia lengkap menjadi sebuah buku, selagi ada anjing yang sudi berdialog dengan gua. Dialog yang akan berinspirasi daripada akhbar dan televisyen. Dialog yang ringkas, gaya perbualan seorang manusia dan binatang. Akal yang berbeza sudah pasti.
Mengapa anjing? Kerana gua pernah mendengar pada satu masa dan ketika, tidak lama dahulu seorang manusia memanggil seorang manusia lain sebagai anjing. Ia menyebabkan gua terpaksa bertenang sambil mengurut dada, berdoa agar gua tidak marah, berdoa agar gua tidak hilang kewarasan dan berdoa semoga gua tidak diserang sebarang penyakit yang boleh membawa kematian segera.
Jangan cerita dengan gua mengenai agama. Gua tahu dalam Al Hujarat ayat 11 Allah swt sudah menerangkan mengenai celaan dan penghinaan seperti ini. Gua sudah hafal dan tahu isi kandungan ayat itu sejak berusia 16 tahun lagi.
Anjing di sini hanya satu simbolik. Ia berisi dengan sedikit kemarahan, sedikit kebencian dan bakinya kebosanan dengan segala macam penipuan dan pembohongan. Ia hanya simbolik, kerana gua tahu, anjing juga turut disebut di dalam Al Quran sebagai teman untuk pemuda Al Kahfi bahkan dewasa ini anjing yang dilatih dengan baik, sememangnya mampu bertindak lebih genius daripada seorang manusia.

Thursday, November 15, 2007

3 itu adalah satu nombor magis

Pernah dengar lagu ni? Dalam video skateboard Girl & Chocolate team, berjudul Mouse, tahun 1997, kali pertama gua mendengar lagu ni, menyaksikan watak seekor tikus menaiki skuter rakannya yang mahu ke tempat kerja, di sebuah kedai burger. Tikus singgah di tengah jalan, dengan skateboardnya, tikus menghabiskan masa, di beberapa tempat, dihalau security guard, hampir dilanggar kereta dan menarik perhatian anak-anak kecil. Mengisi masa sebelum rakan skuternya habis bekerja.
3 is a magic number, yes it is it's a magic number.Somewhere in the ancient, mystic trinity, you get 3 as a magic number.
A man and a woman had a little baby, yes they did. They had 3 in the family, and that's a magic number.
Every triangle has 3 corners, every triangle has 3 sides, no more, no less.You don't have to guess.When it's 3 you can see, It's a magic number.
Bila membaca akhbar hari ini, gua teringat lagu yang sangat mudah ini. Rasanya bapak-bapak menteri juga suka mendengar dan percaya dengan teori angka magis ini. Laporan Haider sudah siap. J/kuasanya terdiri daripada 3 orang. Haider, Lam Thye dan Mahadev Shankar. Mereka diminta meneliti kesahihan LingamGate. 3 bulan yang lepas. Bila laporan itu siap, gua ingat BolehLand akan segera tahu, siapa yang berak tengah jalan? Adakah Anwar Ibrahim sudah bosan menjadi politikus dan mahu mengembangkan karier sebagai penggiat filem? Tidak, kamu tidak boleh tahu apakah kesudahan LingamGate, hari ini esok atau pun lusa.
Kabinet telah pula memberikan tonggengjawab kepada 3 tikus..opps maaf 3 bapak menteri yang lain untuk meneliti laporan itu. dan gua sangat berharap selepas ini, Pak Nazri, Pak Radzi dan Pak Rais tidak menyerahkan laporan mereka kepada 3 orang hakim, sultan atau 3 pemimpin UMNO pula untuk diteliti. nanti selepas 3 tahun pulak gua baru tahu kesudahan video yang kelam-kelam suram itu. 3 watak utama dalam video itu, encik pelakon utama, encik hakim yang dilawan bercakap, dan encik Mahafiraun, dalam tempoh 3 tahun lagi mungkin ada kalangan mereka yang sudah tidur di bawah tanah. 3 kaki, kalau x silap gua.
satu lagi nasihat mudah untuk 3 bapak menteri, gua ada 3 syor yang tidak disampaikan kepada j/kuasa haider sebelum mereka meneliti kesahihan video itu. pertama, panggil encik pelakon utama, tanya betul ke gambar lu? kedua, tanya encik hakim, itu dia call sama lu ke? ketiga, panggil tuan direktor Anwar "Kurosawa" Ibrahim, tanya dia pulak, lu takde DVD version ke video nie, rakyat dah pening tengok yang x clear.
Berbalik kepada video "Mouse", tikus tu kena marah dengan kawan dia yang keje di kedai burger. Sebab mamat tu dah habis shift, kena tunggu tikus tu yang tak sudah2 nak show dia punya trick skateboarding kat tepi jalan. Sampai kena tampar kepala. Gua harap tikus itu aje yang kena tampar kepala, bukan 3 haider atau pun 3 menteri. Sapa yang tampar, itu gua pun x tahu lagi. Video sangat kelam.

Wednesday, November 14, 2007

Jordan, Raja Hussein dan Secebis Nota Fantasi

Lama tidak bernostalgia tentang Jordan. Tempat jatuh main skateboard lagi dikenang, inikan pulak tempat bermain macam-macam permainan.

Hari ini, Jordan menyambut ulangtahun kelahiran King Hussein a.k.a Malik Hussein. Sememangnya kalendar sudah ditandakan, hari lahir Malik Hussein akan dijadikan satu tarikh rasmi dalam kalendar negara. Begitu juga dengan kematiannnya, pada 7th February 1999, maka setiap tahun 2 hari akan dikhususkan untuk Malik Hussein, 14th November dan juga 7th February.

Gua masih ingat dengan hari kematiannya, lebih daripada ingatan gua kepada mana-mana peristiwa bersejarah di BolehLand. Sehari selepas hari lahir gua yang ke-22, Malik Hussein meninggal dunia setelah menderita selama hampir 1 setengah tahun, akibat kanser.

Hari itu, hujan turun dengan sederhana, musim sejuk, awal February. Gua lihat televisyen sudah memperdengarkan bacaan Al Quran. Gua tidak begitu terperanjat, kerana malam sebelumnya gua telah ke Amman dan melalui jalan ke lapangan terbang. Gua dapat melihat ramai yang berkumpul di depan hospital Malik Hussein dirawat. Ramai yang mengatakan, doktor sudah agak putus harapan untuk menyelamatkan raja itu. Jadi kematiannya pagi itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Hujan renyai-renyai, 3 pasangan pengantin Melayu mengadakan kenduri, Arab yang marah dengan majlis keramaian itu kerana tidak menghormati kematian raja mereka, barisan rakyat di sepanjang jalan di Amman, ratapan rakyat jelata dan tangisan Raiyah yang boleh tahan cantiknya, semua itu akan terus gua ingat.

Satu kerugian kerana teknologi kamera digital sangat asing ketika itu. Gua pernah melihat dari dekat, Malik Hussein menaiki kereta dan duduk di atas bumbung, kakinya di dalam melalui ruang sunroof. Kereta bergerak sangat perlahan di sepanjang jalan utama di Mafraq. Rakyat dengan agresif menghampiri kereta untuk melontar nota-nota kecil yang penuh dengan pelbagai permintaan, dan harapan. Serta bersalaman sambil ditepis oleh para pengawal yang turut berlari mengiringi kereta.

Bagaimana jika gua turut sama menulis sedikit nota ketika itu, sedikit harapan, dan Hussein terus hidup hingga ke hari ini? Tuanku, berikan Raiyah itu kepadaku! Punktlich.

Arwah Abah Gua Pesan Takde Satu Sen Tak Cukup Sejuta

1 Sen.
Malam sebelum BERSIH, bapak mentua gua sedang memberikan komen dan ulasan panas di ruang tamu rumah gua. Antara jam 2000 hingga 2030. Gua yang sedang menyediakan makan malam, hanya mengamalkan teknik senaman silibus darjah satu, tarik nafas, hembus, tarik nafas hembus. Bagi mengelakkan tekanan darah yang sangat tinggi. Tanpa belas kasihan dia membelasah BERSIH,Pas,Anwar dan segala orang yang nak berhimpun, tanpa mengetahui menantu kesayangannya juga bakal ke sana.
Sebelum berkahwin, mak gua dah pesan, “lu dah takde abah, sekarang pak mentua lu sorang saja abah lu ada. Jangan lu sakitkan hati dia. Orang tua kalau terasa payah.” dan gua akan ingat pesan itu sampai bila-bila kerana setiap kali gua mengadu dengan mak gua tentang betapa ”UMNOnya” bapak mentua gua, maka ayat yang sama mak gua akan ulang. Takpe bapa mertuaku, gua tidak akan sesekali membalas, walau sekeras mana ulasan dan kritikan itu, walau ia dilakukan di ruang tamu gua sekali pun. Gua tahu gua dah takde abah.

2 Sen.
Gua tengok yang hadir masa perhimpunan BERSIH sangat bersemangat. Ia berjalan dengan lancar dan strategi yang sangat tersusun walaupun gua hanya dapat melihat kesudahannya. Melihat mereka yang sepengangkutan dengan gua di dalam LRT, gua tahu, 80% mereka yang hadir adalah penyokong PAS. Mereka terlalu bersemangat. Cuma gua rasa ia agak terlewat. Juga mendengar ucapan Haji Hadi semasa pelancaran BERSIH di Chinese Assembly Hall, gua tahu PAS sedang melakukan pusingan U. Gua difahamkan, PAS tidak begitu berminat dengan demontsrasi jalanan semasa era Reformasi. Bukan kesemua pimpinan mereka yang turun padang ketika itu.
Sedangkan jika PAS boleh mengerahkan seluruh ahlinya untuk turun ke jalanraya pada ketika itu, sama seperti yang mereka lakukan semasa BERSIH, gua sangat yakin Firaun sekarang ini terpaksa dirawat di Arab Saudi dan bukannya di IJN. Rakyat pada ketika itu sangat marahkan Firaun dan bersimpati dengan Anwar. Peduli dengan politik individu, yang penting perubahan mesti dibuat. 1998 ialah waktu yang sangat sesuai. Cuma kali ini, PAS sangat tersusun dan bersemangat, tetapi biasalah, orang Malaysia sudah hampir lupa. Kesemuanya boleh menjadi, tetapi ia mungkin mengambil masa. Bersabarlah. Dan tahniah.

3 Sen.
Malam tadi gua menonton Shafie Afdal membuat kenyataan akhbar mengenai duit 1 sen yang bakal dihapuskan ”nilainya” di kaunter mulai April depan. Terlalu panjang untuk gua terangkan pada Az-Zahra’ bila dia bertanya kenapa gua menyebut ”The Big Liar”. Senang cerita gua kasitahu, ”this guy is a bad guy”. Semoga dia ingat dan akan sebut benda yang sama bila menonton berita bersama atuk abahnya nanti.
1 sen akan digenapkan kepada 5 sen yang paling hampir. Jadi apakah nilainya 1 sen itu lagi? Bukankah mudah jika kita hapuskan sahaja nilai itu? Kenapa perlu digenapkan? Bagaimana kalau gua punya bil RM80.08, setiap bulan selama 12 bulan? Gua akan dengan mudahnya memberikan kepada perompak-perompak wang rakyat 24 sen setahun, percuma. Itu baru satu bil, bagaimana jika 10 bil? Sebab gua juga perlu membayar bil elektrik dan air serta telefon rumah mak gua di kampung? Berapa sen sudah gua berikan secara mudah?
”Tidak mengapa kami juga akan menurunkan kepada 5 sen terdekat di mana kami yang akan memberikan diskaun kepada anda. ” Lu akan tengok berapa sen yang mereka sanggup kerugian? Mereka itu kapitalis, perompak wang rakyat, mahukah mereka kerugian. Sudah tentu tidak. Jadi leher siapa yang akan disembelih di sini?

Gua & Pemuda PAS Rompin

Pagi 10 November itu, gua rasa matahari sangat ceria. Gua rasa ia satu petanda yang sangat baik. Tiba-tiba wife gua cakap, Az-Zahra’ badannya panas. Terpaksa diberi ubat demam dan dahinya ditampal Koolfever.

1000
Kami bersiap untuk keluar ke klinik. Gua dah siap berpakaian yang gua rasakan memang sesuai sekali untuk ke perhimpunan petang itu. Mudah untuk berlari-lari anak atau pun cuba meniru aksi Rabuan Pit di Sukan Asia 1982. Vans Old Skool pun sudah gua keluarkan dari pertapaannya. Siap di”bersih”kan.

1200
Masih belum selesai lagi di Bandar Permaisuri. Ramai sangat yang sakit hujung2 minggu ni. Sesudah rawatan dan dapat ubat, gua gerak pula ke Tesco Extra. Ada lagi barang yang wife gua kata belum beli lagi untuk kursus dia. Di Tesco, sudah 6 SMS gua terima dari mereka yang sudah pun berkumpul di masjid Jamek. Scheiss.

1330
Gua baru nak start kereta nak celah dari Tesco. Terpaksa singgah pulak di Awan Besar, mana sempat nak masak makan tengahari. Bungkus pula nasi campur. Balik rumah.Makan pulak.

1430
Gua baru siap parking kereta di Bukit Jalil. Beli tiket LRT yang terang2 berkompromi dengan UMNO petang itu, untuk menggagalkan impian gua mem”bersih”kan Dataran Merdeka. Gua terpaksa menunggu lebih kurang 45 minit untuk LRT sampai dan perjalanan ke Sogo pula memakan masa hampir sejam. Lu boleh bayangkan jam berapa gua baru sampai? Maka terpaksa lah gua berkawan dengan kumpulan Pemuda PAS dari Rompin yang sedang lepak2 kat Sogo. Diorang kata mujur gua join diorang, boleh jugak jadi tukang ambik gambar. Scheiss.

Friday, November 09, 2007

Ada Apa Dengan Bini Menteri?

Komen seorang kawan di blog seorang kawan telah mencetuskan idea untuk gua menulis. Memang gua sangat ketandusan idea untuk menulis, kebelakangan ini. Bimbang jika apa yang gua tulis itu sudah lama dibual orang. Tapi lu kena ingat, ada berapa juta blog hari ini, maksud gua termasuk yang di Papua New Guinea dan juga Iceland. Mahu atau tidak, kita seringkali mengucapkan perkara yang sudah pernah disebut orang, ditulis, dilukis atau dijerit orang. Di tempat lain walau mungkin bukan di tanahair sendiri.

Ada apa dengan bini menteri? Maksud gua di sini, semenjak dua menjak nie makin menonjol-nonjol pulak si bini menteri. Lagi pulak masa KL dipenuhi putera puteri pemuda wanita dan orang tua UMNO. Hari-hari gua buka suratkhabar, gua tengok TV dan sebagainya, gua akan nampak wanita-wanita bergelar ini. Semua mahu kelihatan vogue, walaupun gua tak tahu apa maksudnya vogue itu. Semua mahu kelihatan anggun, jelita dan menonjol di depan media.

Gua tidak hidup masa zaman PM yang pertama hingga yang ke-3. Apa yang gua tahu PM BolehLand ialah Mahafiraun dan juga PakLah. Kedua-duanya punyai isteri yang menonjol.First Lady lah kononnya. Sehingga sampai satu masa, wanita ini menjadi lebih sudu daripada kuah. Gua bukan menafikan hak mereka, tapi cara mereka menonjol itu membuatkan gua jelik. Kalau tak percaya, lu tolak punggung Najib sampai dia jadik PM, mesti BolehLand akan diperintah seorang wanita.

Gua pun tak tahu bila budaya ini bermula. Apa yang gua tahu, mereka yang bergelar ini semakin hari semakin menonjolkan bini. Dulu tidaklah sangat. Yang gua tahu bini PM dan juga bini MP Jelebu. Tapi sekarang nie, para isteri yang “besar” daripada suami itu semakin “besar” pulak kepalanya.
Muka mereka semakin mudah dilihat, ditonton, setiap hari dan ketika. Kalau tak percaya buka suratkhabar hari ini dan kira. Kadangkala gua tertanya, apa peranan mereka semua ini. Lupakan ”dibelakang kejayaan seorang lelaki ada seorang wanita” itu adalah cerita lain.

Gua rasa ini seperti satu trend. Baru sangat. Dulu kita ada Nancy Reagan, Barbara Bush, Cherrie Blair dan Hillary Clinton. Cuma First Lady sahaja yang menonjol. Ada peranan dalam masyarakat. Bersama suami ke mana sahaja. Tapi bukan isteri Menteri Luar Bandar atau isteri Timb. PM. Itu dah sampai ke tahap menyemak. Sudah lah suami-suami kamu haprak, kamu cuba untuk menghaprakkan lagi keadaan. Dengan menonjol dada kamu yang disuntik, rambut kamu yang tebal melebihi 5 inci serta pakaian kamu yang sendat di samping tubuh yang tidak menarik. Ini pentas politik bukan iklan jamu Nyonya Menir.

Dulu, sebelum kemunculan Queen Noor of Jordan, para pemimpin Arab memang jarang menonjolkan para isteri mereka. Malah ada yang sehingga ke hari ini tidak pernah dilihar isteri mereka. Terutama dari Teluk. Namun selepas kemunculan Noor, Suzan Mubarak, ia diikuti pula oleh Rania, Asma Assad dan juga Lalla Salma. Cukup, dengan wanita pertama. Itu pun cuma Rania yang agak menonjol. Yang lain jangan buat sibuk.

Kehadiran kamu akan membuatkan orang benci. Bukan sekadar dengan muka yang hodoh, tapi orang jelik dengan perangai dan tingkah laku kamu. Seperti yang gua kata tadi, ada masanya lebih sudu dari kuah. Cuma menyesakkan halaman akhbar. Jangan tambahkan kebodohan watak suami kamu di khalayak. Gua benci.

Friday, November 02, 2007

Apakah Yang Lebih Bersih?


Tiada yang lebih bersih, kecuali bersih sahaja. Jangan percaya dengan iklan sabun yang bertanya apakah yang lebih putih daripada putih? Mana ada lagi selepas putih? Ia tetap putih. Lebih putih mungkin. Begitu juga bersih. Apakah yang lebih bersih? Ia masih tetap bersih.


Semasa pulang bercuti pada September 1998, ketika suhu bandaraya Kuala Lumpur begitu hangat, gua menaiki sebuah teksi, melalui Jalan TAR. Sangat perlahan. Gua ada temujanji dengan seorang kawan. Tapi masa tu, gua takda telefon bimbit. Kena berjanji dulu dari rumah dan kemudian pandai-pandailah nak mengotakan janji. Kerana gua rasa sudah terlalu lambat dan pakcik teksi tu pulak asyik bercerita tentang reformasi, gua bayar tambang dan keluar.


Nah! gua berada di tengah lautan manusia, yang entah mana kepala dan mana ekornya. Di depan SOGO. Bergerak sehingga ke dataran. Gua rasa macam sangat bertuah hari itu, dapat mengkhianati janji dengan kawan gua, yang pastinya ketika itu sudah menyumpah gua dengan sewenang-wenangnya. Gua bangga dapat menjadi sebahagian daripada rakyat yang bersuara ketika itu. Satu ketika dahulu, hampir 10 tahun.


Hari ini, peluang datang lagi. Bukan selalu. Ketepikan segala propaganda di TV. Bukan budaya kita, my ass. UMNO dulu juga pun guna demonstrasi juga. Orang dulu-dulu pun turun ke jalanraya juga. Jangan lupa. Gunakan sekali lagi, peluang yang datang bukan selalu. Gunakan sebaiknya. Untuk kita dan generasi yang akan datang. Insya Allah, jumpa di sana.

Wednesday, October 31, 2007

Gua akan delete e mail yang tidak berkualiti!

Sekarang ni setiap hari mailbox gua akan menerima macam-macam rencana yang membuatkan gua semakin benci untuk membaca. Kesemuanya berkisar tentang angka sawan dan pembazirannya. Tidak patut kerajaan membazir, eksperimen bodoh, angka sawan jambu, flight participant, mati ganti nyawa dan macam-macam lagi. Gua jadi semakin malas, apabila yang menulis pun dah naik pening mengeja dengan tepat, nama angka sawan, bapa angka sawan, adik angka sawan dan kaum kerabatnya yang sekalian. Kadangkala gua pun dah sewel memikirkan siapa yang jadik angka sawan.

Sebenarnya gua ingat membuat sedikit pembetulan di sini. Angka sawan itu usahlah dipersalahkan lagi. Dia tidak bersalah. Apa kaitannya dia dengan pembaziran atau pun sebarang eksperimen bodoh itu semua? Dia hanya merebut peluang dari kalangan 24 juta rakyat Malaysia, untuk menjadi angka sawan, termasuk gua sendiri. Gua pun mendaftar untuk program itu dahulu dan gua juga dipanggil, sebab gua memang layak, cuma gigi gua bertampal. Mana angka sawan itu tahu, pada hari dia mendaftar dulu, termasuk gua sendiri, yang program itu menelan belanja RM95 juta, atau kami (sekiranya gua terpilih hari tu) terpaksa membuat beberapa eksperimen yang sangat mudah di angkasa. Kami (sekiranya gua terpilih hari tu) hanya mahu ke angkasa lepas. Mahu menjadi angka sawan, melihat dari angkasa sama ada bumi itu bulat atau pun tidak, memakai kostum aneh, terapung di kawasan tiada gravity dan sebagainya. Mana kami (sekiranya gua terpilih hari tu) tahu yang Afghanistan dan Vietnam juga sudah mempunyai angka sawan mereka sendiri, atau bila pulang ke bumi salah seorang ahli keluarga kami akan meninggal dunia.

Jangan jadi sawan, kalau anda tidak boleh menjadi angka sawan sekali pun. Memang projek itu membazir. Ia boleh membina rumah murah, sekolah, makmal sains dan macam-macam lagi yang boleh memberi lebih banyak manfaat. Gua tahu itu semua. Tapi gua (sekiranya gua terpilih hari tu) hanya mahu ke angkasa lepas. Kalau lu mahu tunggu BolehLand mempunyai kapal angkasa sendiri ia mungkin memakan masa puluhan atau ratusan tahun lagi. Bila peluang dibuka, ia seolah-olah satu pertandingan. Bayangkan, daripada jutaan rakyat Malaysia yang memohon (andaian tanpa melibatkan Malek Noor, Jeffrey Ong atau pun Raja Nazrin Shah), dia terpilih menjadi angka sawan. Mestilah dia bangga. Mestilah dia tersenyum. Bukan senang beb! Lagi pun semasa pendaftaran tidak pula disebut yang kami (sekiranya gua terpilih hari tu) terpaksa membuat aksi-aksi aneh di angkasa. Cuma yang kami (sekiranya gua terpilih hari tu) tahu gelaran Dato’ sudah pasti dalam tangan diikuti pula dengan kontrak membekalkan perkhidmatan limosin di airport (kalau lu pandai berenang lah). Itu aje.

Jadi, kalau lu mahu menulis tentang angka sawan, tolong kritik program itu, jangan kiritik angka sawan itu sendiri. Tolong kritik duit yang dilaburkan, jangan kritik eksperimen yang dibuat. Eksperimen itu datang kemudian. Percayalah cakap gua, mereka hanya memikirkan eksperimen itu kemudian, selepas wujudnya program, atau lebih tepat lagi selepas angka sawan disenarai pendek untuk ke angkasa. Jangan kritik angka sawan itu jambu, dia tidak buat-buat jambu, kritik aje kostumnya, kalau boleh. Jangan kritik nama ahli keluarganya yang unik, itu tidak salah pun, kritik aje ejaan angkasa1 yang menggabungkan bahasa Melayu dan Inggeris. Jangan sebut adik dia mati sebab ganti nyawa, bahalol itu semua bukan kerja manusia. Lagi satu, jangan forward pada gua e mail hasil tulisan makhluk di Tranungkite, MalaysiaToday atau yang sekapal dengannya, diorang hanya pandai kritik, tapi kurang buat. Punktlich!

Friday, October 26, 2007

Kawan Kawan Gua Sudah Bertemu Dengan Lailatul Qadr, Tolong Jangan Cemburu!

“Selamat Hari Raya, Tok Usop!” gua salam dan cium tangan orang tua itu.

Sejak berkahwin dengan orang Johor gua menjadi seorang insan yang sangat menghormati orang tua. Salam mesti cium tangan, tunduk.

Gua tengok anak gua dah attack buaian di rumah orang tua ini, bapa saudara kepada mak mentua gua. Rumah orang Melaka, memang cantik dan bersih.

Wife gua ajak pergi belakang rumah Tok Usop, ada rumah adik perempuan Tok Usop. Nama alter-egonya Tok Aji Yam, gua 100% yakin nama surat beranak dia Mariam. Takkan ayah dia dulu bubuh nama Ayam atau Bayam pulak.

“Selamat Hari Raya, Tok !” gua salam dan cium tangan orang tua itu.

Sekali lagi adegan lakonan seorang anak muda yang sopan pada hari raya. Menantu kepada suami isteri, pesara pengetua sekolah agama a.k.a ustaz and ustazah. Mesti sopan dan tertib. Tiada unsur kejahatan, kiri, Marxist, pornografi, Che Guevara, skateboard atau pun lagu-lagu mencarut Rage Against The Machine. Gua cuba humming lagu Raihan, tapi gua x ingat pulak.

Tok Aji Yam bangun dari kerusinya dan bertempik sedikit.

“Lailatuuulll, ngko buat lagi air sirap, nie anak Mak Ojah dengan suami dia datang nieee!”

Tanpa disuruh, hanya kerana melihat gua tercengang, wife gua tanya Tok Aji Yam.

“Lailatul nie nama penuh dia apa Tok Aji Yam? Lupalah plak”

”Lailatul Qadr, maknya kata dia lahir malam Lailatul Qadr”

Gua tak tahu sama ada gua perlu menangis atau pun gua perlu melonjak kegembiraan di ruang tamu rumah Tok Aji Yam itu.

Lailatul Qadr menghidangkan air sirap untuk gua. Jangan cemburu.

Thursday, October 25, 2007

COSMONOUT, ASTRONOUT DAN COCONOUT - Hishamuddin Rais

Saya masih di Tokyo. Hari ini 23hb Oktober 2007, akhbar Japan Times telah melaporkan satu berita di muka 4 – First Malaysian in space back home with a bump – pulang kepala bengkak. Ini mungkin kerana semasa Soyuz mendarat berlaku sedikit kesilapan teknikal. Dalam berita yang sama dinyatakan juga bagaimana Malaysia membayar 23 juta dolar ‘duit tambang’ untuk menaiki Soyuz.
Juga dilaporkan kembali – ya beda bedoo - bagaimana coconout opps… angkasawan Malaysia dapat menumpang Soyuz kerana Najib Razak yang tidak ada bersangkutan apa-apa dengan Altantuya atau Ziana Zain telah bersetuju membeli 18 buah jet pejuang Sukhoi pada tahun 2003 dahulu dengan harga 900 juta dolar. ( Jangan tuduh saya tidak patriotik – ini laporan dari akhbar Jepun).
Apa yang hendak saya tulis di sini bukan tentang terbunuhnya gadis dari Mongol atau kenapa 6 orang pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan diberhentikan kerja. Ini kesah lama, kesah yang telah saya baca dari Laman Mahazalim – laman fitnah dan tohmah yang sudah lama gulung tikar.
Apa yang ingin saya timbulkan di sini ialah satu persoalan yang semakin sarat mencari jawapan: Apakah betul manusia telah sampai ke bulan? Apakah kita semua telah dikelentong oleh NASA?
(Saya menggunakan perkataan kelentong. Maaf kerana menggunakan perkataan ini. Ada pakar bahasa telah menghantar pesanan ringkas kepada saya dan menerangkan asal usul perkataan kelentong ialah dari dua perkataan - Keling dan tong. Ini kerana awal dahulu ada orang Keling yang membeli botol dan tin kosong sebagai punca mata pencarian. Saya tidak tahu bagaimana dua perkataan ini dikahwinkan dan diberi makna yang baru. Seharusnya hamba Allah ini dinobatkan sebagai contoh insan kamil yang menjadi pemula konsep kitar semula.)
Laporan dan pungutan suara di Amerika Syarikat akhir-akhir ini telah menunjukkan hampir 20% rakyat Amerika tidak percaya yang manusia telah sampai ke bulan. Angka-angka peratus ini semakin bertambah kerana dengan munculnya teknologi baru, bukan sahaja rakyat Amerika tetapi kita juga dapat menyelidiki satu demi satu bingkai-bingkai filem, gambar dan imej-imej dari tim Apollo yang dikatakan telah menjejak kaki ke bulan.
Untuk memahami kes kelentong NASA ini maka kita wajib kembali melihat latar belakang di zaman kegilaan naik ke bulan. Sesudah perang dunia ke dua tamat Amerika Syarikat telah menculik puluhan saintis Jerman dan dibawa pulang ke Amerika untuk memulakan kajian ilmu roket. Ini kerana para saintis Jerman telah memiliki ilmu pengetahuan roket ketika membuat senjata roket untuk menyerang dan menawan Eropah di zaman Hitler. Pada ketika ini juga para saintis Russia telah memulakan ilmu kajian roket.
Pada 4hb Oktober 1957 Republik Soviet Sosialis (USSR) telah berjaya melancarkan roket Sputnik ke angkasa lepas. Amerika menjadi gempar kerana mereka kelihatan jauh ketinggalan dalam ilmu pelancaran roket ke angkasa lepas. Ini diikuti pula dengan satu lagi kejayaan USSR meroketkan Yuri Gagarin pada 12hb April 1961. Yuri Gagarin adalah manusia pertama – insan sosialis - naik ke angkasa lepas.
Ketika Sputnik dan Yuri Gagari di angkasa lepas Perang Dingin sedang berlaku. Pertembungan Amerika Syarikat dan USSR cukup sengit. Perang Dingin ialah perang di mana dua sistem ekonomi – kapitalis dan sosialis – sedang bersaing hebat untuk membuktikan kekuatan masing-masing dan mencari pengaruh.
Sebagai jawapan, kekasih Marilyn Monreo, Presiden Kennedy telah mengeluarkan satu arahan kepada NASA dalam ucapannya kepada kedua-dua parti ahli-ahli Kongres pada 25hb May 1961. Kekasih Marilyn Monreo ini telah mengarahkan NASA untuk menghantar angkasawan Amerika ke bulan dan pulang ke dunia dalam masa satu dekad. Belanjawan sebanyak 40 bilion dolar telah diperuntukkan kepada projek – Moon Landing.
Pada 16 Julai 1969 Apollo 11 telah dilancarkan untuk menghantar 3 orang angkasawan Amerika ke bulan. Saya masih ingat lagi, empat hari kemudian pada petang 20 Julai 1969 saya telah ‘mencuri’ masuk ke rumah Chief Clerk Malay College Kuala Kangsar untuk menonton TV hitam putih agar dapat melihat Neil Armstrong, Michael Collins dan Edward Aldrin Jr. menjejakkan kaki ke bulan. Saya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat detik bersejarah ini lari dari pandangan mata dan ingatan saya.
Pada petang itu saya dan mungkin juga seluruh warga dunia cukup kagum melihat teknologi Amerika. Saya tidak memiliki apa-apa syak wasangka terdapat projek Apollo. Saya juga belum lagi memahami apa itu Perang Dingin dan apa itu propaganda dan perang saraf.
Ini berlaku pada tahun 1969, hari ini pada tahun 2007, saya agak waswas dan semakin kurang yakin tentang apa yang saya lihat petang itu. Saya masih ingat lagi gambar-gambar kabur hitam putih pada ketika Neil Armstrong menjejakkan kakinya ke bulan. Hari ini dari apa yang telah saya baca dan ulang tonton ‘ footage’ bersejarah ini sengaja di kaburkan oleh NASA kerana semua ini berlaku bukan di bulan tapi dalam studio di Area 51.
Area 51 adalah sebuah kawasan sulit di kawasan tandus Nevada Amerika di mana segala bentuk ‘kerja-kerja sulit penyelidikan’ tentera Amerika sedang dijalankan. Ini kawasan rahsia dan larangan. Sesiapa yang cuba menerbus masuk atau mengintip akan mati katak tanpa soal siasat.
Hari ini timbul satu persoalan dalam kepala saya kenapa USSR yang pertama ke angkasa lepas tetapi TIDAK berniat menghantar cosmonout mereka ke bulan? Dalam satu klip temu bual dengan Boris Valentinovich Volinov bekas ketua cosmonout USSR, yang saya temui dalam uTube, saya diberitahu bahawa untuk sampai ke bulan roket-reket perlu melintasi apa yang dipanggil Van Allen Belt.
Setelah roket meninggalkan bumi sejauh 700 atau 10,000 kilometer maka roket ini akan memasuki wilayah besi berani Van Allen Belt yang dipenuhi dengan radioaktif. Jauh bulan dari dunia ialah 250,000 batu atau 385,000 kilometer. Apollo 11 setelah 4 hari bergerak pasti telah melintasi Van Allen Belt. Persoalan timbul hingga ke hari ini belum ditemui lagi alat kebal/kalis yang dapat mendinding bukan sahaja para angkasawan tetapi roket itu sendiri dari di cemari oleh bahan radioaktif. Kerana itu menurut Boris Valentonovich USSR tidak berani menghantar manusia ke bulan.
Hari jika kita mengoogle tentang Apollo 11 ini maka kita akan dapat melihat video/gambar/imej tentang sejarah manusia naik ke bulan. Apa yang memeranjatkan saya ialah ada klip filem yang menunjukkan bagaimana bendera Amerika yang dicacakkan di atas bulan kelihatan berkibar-kibar. Bendera tidak mungkin berkibar kerana di bulan tiada udara. Lalu persoalan timbul - kenapa bendera berkibar-kibar? Apakah Apollo 11 itu dilakukan dalam studio di Area 51?
Banyak lagi perkara-perkara aneh yang menghakiskan keyakinan saya. Anak roket yang turun ke bulan itu seharusnya akan melahirkan lubang/crater yang agak besar kerana kuasa pembakaran enjin ketika mendarat turun dari atas ke bawah. Tidak pula dapat dilihat gumpalan tanah, batu batan atau debu-debu yang terkumpul membukit di sekeliling anak roket ini. Ini bertambah pelik jika semua debu telah bertaburan jauh kerana tekanan jana kuasa enjin, kenapa pula banyak jejak jejak dan tapak kasut angkasawan ini kelihatan dalam gambar-gambar yang dihantar ke bumi?
Tentang gambar-gambar ini lagi pelik dan mempelikkan. Menurut Jan Lundberg yang menjadi Pengarah syarikat kamera Hasselblad untuk Space Project NASA 1966-1975, dia sendiri hairan bagaimana gambar-gambar yang lahir dari kamera ini kelihatan cantik dan dapat dibingkaikan seperti gambar iklan walhal kamera yang direkanya pada ketika itu tidak ada view finder dan hanya tersangkut di atas dada para angkasawan. Gambar-gambar hanya diambil secara rambang. Bayangkan betapa susahnya untuk mengambil gambar kerana jari-jari para angkasawan ini cukup besar dibungkus oleh sarung tangan.
Kelentong NASA ini menjadi lebih lawak lagi apabila AREA 51 telah dirakam curi oleh satelit USSR. Ada satu gambar gaung di Area 51 yang betul-betul sama bentuk dan rupanya dengan gambar gaung yang telah dirakamkan oleh para angkasawan Apollo di bulan.
Kita tidak perlu belajar di sekolah filem Universiti of Westminster untuk memahami bagaimana banyak pencahayaan filem dan gambar-gambar dari Angkasawan Apollo ini bukan hanya dari satu sumber – matahari. Gambar-gambar ini telah mendapat cahaya dari pelbagai sumber seperti kita membuat filem. Ini membuktikan naik ke bulan itu telah dirakamkan dalam studio.
Bill Kaysing yang pernah menjadi ketua pengarah bahagian penerbitan/penganalisis syarikat Rocketdyne pembuat roket Saturn V yang menaikkan angkasawan ke bulan tidak pernah percaya dari awal lagi bahawa manusia telah sampai ke bulan dengan Apollo 11. Menurut Kaysing selama 7 hari Apollo telah mengelilingi dunia dan pada di hari ke lapan mereka telah turun kembali ke bumi untuk disambut hebat.
Menurut Kaysing, pada ketika itu Amerika tidak memiliki teknologi untuk menghantar manusia naik ke bulan dan pulang dengan selamat. Satu perkara yang ditunjukkan oleh Kaysing ialah gambar anak roket yang telah berlabuh di bulan, ketika malam.Latar belakangnya ialah alam yang gelap gelita tanpa satu pun kelipan bintang. Bintang yang seharunya bertaburan seperti kita melihat langit di waktu malam.
Semua gambar-gambar yang dikaji selidiki ini adalah gambar-gambar resmi kerajaan Amerika dan gambar-gambar dalam laman-laman resmi NASA sendiri. Justeru tidak timbul kes sama ada ini pita rakaman Lingam atau pita rakaman Fairuz.
Tulisan saya bukan untuk membuktikan bahawa coconout opps.... angkasawan kita tidak naik ke angkasa lepas. Memang Soyuz naik ke angkasa lepas. Tetapi apabila coconout ...opps... angkasawan kita dinaikkan kerana telah ada agenda tersuruk, sama seperti agenda Perang Dingin NASA yang berjaya mengelentong rakyat dunia dengan Apollo 11 naik ke bulan.
Rakyat Malaysia TIDAK diberitahu (nasib baik saya baca akhbar Jepun) bahawa rakyat Malaysia telah membayar tiket untuk naik Soyuz ke angkasa. Untuk tujuan apa? Ini samalah seperti naik Proton Saga ke Kutub Utara atau pergi mendaki gunung apa namanya....saya dah lupa. Semuanya adalah kelentong besar untuk agenda politik.
Semuanya kelentong ini TIDAK ada sangkut paut dengan keilmuan sains jauh lagi teknologi. Teknologi kepala bana apa ? Kita hanya membeli tiket untuk naik Soyuz. Ini samalah macam naik Bas Mini dan kemudian dalam bas ini kita buat panggilan telefon ke rumah. Bas buatan Jepun. Telefon bimbit buatan Sweden. Kutu berahak penyelidikan apa? Tidak percaya apa yang saya tulis sila saman akhbar Jepun.
Duit tiket 25 juta dolar dan 900 juta dolar itu beli jet pejuang ini mungkin termasuk atau tidak termasuk duit upah kangkang opps... upah si penterjemah Altantuya, hal ini saya tidak arif. Tetapi saya sedar jika duit ini tidak digunakan untuk membazir membeli jet pejuang pasti boleh digunakan untuk membangunkan bilik-bilik makmal yang lengkap dan canggih untuk sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.
Neil Amstong telah berkelentong pada 20 Julai 1969 dengan kata-kata ‘ satu jejak insan adalah satu besar loncatan untuk umat manusia’. Cukup indah bunyinya. Bagaimana pula dengan kata-kata punjanga ini - 457 juta ringgit duit komisen Sukhoi adalah loncatan besar untuk mendekatkan Najib kepada anak kunci simpanan duit Bank Negara’. END

Thursday, October 11, 2007

سلامت هاري راي عيدالفطري

كل عام وأنتم بألف ألف خير
سلامت هاري راي عيدالفطري
كالو أدا ساله دان سيلاف سلاما كيتا بركنالن دعالم سايبر إين موهون أمفون دان معاف
هابيس راي كيتا سمبوع سمولا برسوره

Selamat Hari Raya Aidilfitri lah senang cakap. Kalau x pandai baca jugak yang lain-lain tu, lu print out aje, nanti pagi raya lu suruh tok imam tu tolong bacakan. Jelebu, here I come!

40 tahun yang lepas



Tiada kesempatan. Gua memang tidak lupa tarikh ini cuma tiada kesempatan. 40 tahun yang lepas, 8th October, seorang lelaki telah dibunuh di belantara Bolivia. Perjalanan hidup yang sangat romantis. Perjuangan yang sangat romantis. Revolusi yang sangat romantis. Serta kejayaan dan kematian, yang bagi gua sangat romantis.


Ketika gua berusia sekitar 10-11 tahun, gua terjumpa gambar-gambar mengenai demonstrasi pelajar pada 1974 dan tiba-tiba gua jatuh hati dengan satu gambar. Cinta pandang pertama. Dari celahan para penunjuk perasaan, imej itu sangat menambat hati gua. Entah berapa tahun selepas itu, ketika di sekolah menengah, dalam sebuah perpustakaan yang penuh dengan buku-buku agama, gua secara kebetulan bertemu dengan imej ini semula. Kali ini beserta info yang terus membuatkan gua ingin mengenalinya dengan lebih rapat, lebih erat dan lebih romantis.


Hari ini, gua sudah menghabiskan bacaan The Guerrilla Warfare edisi 1986 yang gua pinjam dari perpustakaan University of Jordan, Reminiscenes of Cuban Revolutionary War, juga dari perpustakaan yang sama, memiliki Che's Guerrilla War tulisan Regis Debray dan mungkin gua juga adalah satu-satunya individu yang memiliki The Bolivian Diary edisi bahasa Arab di Malaysia pada hari ini. Malah kesemua buku-buku itu juga gua masukkan sebagai rujukan dan ditulis dalam nota kaki tulisan gua untuk projek graduasi dulu yang bertajuk "Falsafah Marx dan perbandingan dengan Islam dari sudut akidah, ekonomi dan sosial", dalam bahasa Arab semestinya.


2 minggu lepas, Mario Teran, individu yang menembak mati Che, 40 tahun lepas, atas arahan CIA semestinya, telah diberikan rawatan oleh kerajaan Cuba tanpa kos. Siapa kata Marxist jahat?


Hari ini, imej Che terus segar, terus kekal menjadi imej romantis yang dibawa oleh para penunjuk perasaan di seluruh dunia, pada t-shirt anak-anak muda, pada dinding rumah gua, pada peti sejuk gua dan kekal menjadi imej paling popular. Malah dalam satu demonstrasi anjuran PAS, gua dengan tanpa segannya membawa imej Che, yang menyebabkan gua dipandang sangat serong oleh Ustaz Ahmad Awang pada hari itu.



Che sudah lama mati, tapi imej Che terus kekal. Yang lebih penting perjuangan dan semangat revolusi itu terus romantis dan bersemai dalam jiwa semua bangsa yang mahu mencari kebebasan dan kedamaian. Hasta La Victoria Siempre!

Tuesday, October 09, 2007

Berapa hari lagi mau raya?

I.
Pagi nie gua tengok matahari lain macam. Terang benderang tapi 'cool'.Hantar wife gua pegi sekolah, gua tengok anak-anak murid dia jadik bersopan aje. Kalau tak sure dah berkejar 'berghambat' sebelum loceng bunyi. Cuaca pun baik aje. Ini mesti ada something malam tadi nie.
II.
Pernah dengar orang cakap kerja itu satu ibadah? Hehe. Pernah dengar tentang mereka yang beribadat pada Lailatul Qadr itu macam dapat pahala ibadat seribu bulan? Beruntunglah mat & minah kilang yang malam tadi shift malam ye.
III.
Mak mentua gua datang. Malam tadi kitorang sahur kambing masak merah. Gila hebat!

Wednesday, October 03, 2007

Bapa Kepada 2 Anak Yang Mahu Berhari Raya Walaupun Mereka Tidak Berpuasa


Sabtu lepas gua tak keje. Mak gua kata bila kita nak keluar beli baju raya nie? Okaylah, anak gua punya baju raya pun belum beli. Kita siap keluar pegi shopping.

Member gua kata Sogo buat sale. Ah! Sogo nie memang x pernahnya gua dengar tidak buat sale. Siap kita keluar. Wife gua kata pun okay jugak Sogo, boleh cari handbag mak sekali. Yang sebenarnya dia pun nak beli handbag. Gua dah boleh agak pun.

Naik kereta. Trafik bergerak lancar. Tiba-tiba sampai kat KL kereta dah banyak. Gua tengok signboard yang elektronik tu kata ”Jalan TAR dan Jalan Raja Laut Sesak”. Aduhai, gua malas betul nak berkompromi dengan kesesakan nie. Kita pusing. Masuk Brickfield, jalan terus pergi Mid Valley.

Celaka betul, dari jauh lagi gua dah nampak kereta bersusun buat tawaf kat Mid Valley. Tak boleh jadi. Gua x mahu jadi bodoh memandu dalam kesesakan hanya kerana baju-baju raya. Kita pusing. Masuk Old Klang Road, ambik simpang pegi Bukit Jalil.

Gua park kereta kat Bukit Jalil. Kita naik LRT. Terus sampai Sogo. Aircond LRT pun lagi kuat. Kaki gua pun tak sakit menekan pedal minyak.

Tapi aduhai, bila gua sampai kat Sogo, gua tengok orang lagi ramai daripada kereta-kereta yang menyesakkan perjalanan gua tadi. Manusia dah bergerak tidak mengikut lorong. Ada makcik yang selamba dangdut bersila tidur tepi escalator. Ada ibu yang hilang anak. Info Center jangan cakaplah. Dah siap awal2 text budak hilang nak baca. Cuma tukar lelaki atau perempuan aje. Atau baju. Atau umur. Bangsa konfirm anak Melayu.

Gua cakap dengan mak n wife gua. Angkat handbag tepi lif nie satu sorang. Kita blah. Masa nie gua dah mula menyumpah semua kapitalis, budayawan, karyawan, pemuzik, golongan buruh dan sebagainya yang menjadikan hari raya satu kemestian untuk serba serbi baru. Gua mahu aturkan semua mereka dalam satu barisan dan ditembak. Juga kepada pemilik Sogo. Kalau dah plan nak jual murah sepanjang tahun, buatlah bangunan besar sikit. Tak pun sewa Stadium Merdeka ke.

Bapa kepada 2 anak Yang Mahu Berhari Raya Walaupun Mereka Tidak Berpuasa. Nanti kang anak gua bengang plak takde baju raya. Takpe, raya lambat lagi, kita tengok malam raya nanti, ada orang pegi shopping kat Sogo lagi tak? Hehe!

Tuesday, October 02, 2007

Gua & Seluar Jeans

Pada satu pagi di hari Sabtu, entah berapa bulan yang lepas, wife gua sedang bersiap nak ke sekolah. Ada sekolah ganti. Tapi bukan mengajar pun, sekolah buat gotong royong katanya. Ready untuk ganti cuti raya.

Gua tengok dia pakai tracksuit a.k.a seluar sukan. Gua tanya apasal x pakai jeans aje, senang nak bergotong royong? Dia kata jeans memang x masuk dalam etika pakaian guru.! Cis! Inilah antara punca agaknya kenapa gua x berapa sanggup nak keje gomen.

Apa sangatlah dosa seluar jeans nie sampai di pandang serong ? sampai x masuk dalam etika pakaian? Sedangkan gua rasa kalau lu beli sehelai 550 relaxed fit dan pakai dengan kemeja cotton putih lengan panjang, lu akan nampak lagi bergaya daripada cikgu yang pakai seluar tempah di kedai jahit Sing Chong yang dipadankan dengan kemeja John Master. Typical sangat lah.

Gua masih ingat lagi, masa gua diumumkan mendapat pekerjaan ini, oleh orang yang interview gua 6 tahun yang lepas, mamat tu terus kata, gua x mahu tengok lu datang kerja Isnin nanti dengan rambut panjang nie, pakai gelang tu dengan seluar jeans lu. Kena pakai kemas. Citt! Apa ke halnya pulak kena macam tu? Gua cakap dalam hati aje lah.

So bila nak sign offer letter, di depan senior manager gua terus tanya, apa kerja kat sini x boleh rambut panjang n pakai seluar jeans ke? Gua tengok ramai aje yang macam tu lalu lalang? Dia kata suka hati kau lah nak pakai apa pun, nak rambut panjang mana pun, ini bukan pejabat tanah dan galian Sepang! Gua pun suka hati. Inilah antara punca agaknya kenapa gua x berapa sanggup nak keje gomen.

Berbalik kepada cerita seluar jeans, gua rasa macam satu penghinaan oleh masyarakat kepada seluar jeans apabila ia ditolak untuk menjadi sebahagian etika pakaian. Ia sangat kejam. Bukan gua nak membela seluar jeans sangat tapi gua rasa orang dah lama sangat memandang serong dengan seluar jeans. Semua yang negatif aje ada pada seluar jeans. Budak hisap dadah, mat rock petik gitar tepi longkang, Bob si penjual burger, Mat Rempit, artis dan macam-macam lagi.

Tidak pernah melihat benda positif untuk disenaraikan. Bill Gates pakai seluar jeans, Amy Search derma 10k untuk setiap rumah anak yatim (yang entah berapa biji rumah) pun pakai seluar jeans, Hugo Chavez pun pakai seluar jeans, malahan ada jutaan lagi orang-orang baik dan berjaya di luar sana menjadi pemakai seluar jeans.

Gua tak nafikan, jeans amat sesuai dipakai di negara yang beriklim sejuk, tapi gua belum pernah dengar lagi ada yang mati kepanasan di Malaysia nie sebab pakai seluar jeans. Persepsi kepada seluar jeans itu sendiri yang lebih penting. Ketepikan soal cuaca, atau budaya. Itu cerita lain.

Lu ingat lagi masa sekolah menengah? Seluar sekolah x boleh buat style jeans. Kalau lu buat jugak alamat rabak lah seluar lu kena gunting. Gua biasa kena dah. Lagi pulak kalau lu buat style seluar jeans Search untuk album Fenomena, nak padankan dengan kasut Aliph yang hi-cut. Memang balik sekolah pinjam kain pelekat surau lah.

Bukan tukar kaler seluar pun kan? Masih jugak warna hijau tu. Poket aje yang lain. Apa nak kisah? Lainlah macam Mat Rock seluar ketat, nak berjalan pun payah. Itu masalah lain. Ini hanya disebabkan poket seluar lu macam style seluar jeans, lu telah melanggar displin. Masuk dalam displin sekolah tu beb, pelajar dilarang memakai seluar berfesyen seluar jeans!

Gua rasa curse seluar jeans nie dah wujud sejak lepas merdeka kot? Atau dari era Woodstock. Dari sekolah dan sampailah ke hari ini. Pejabat dan masyarakat. Cuba lu solat kat surau, pakai seluar jeans, agak-agak ada orang nak jadi makmum lu tak?Ada tapi payah sikit. Dia sanggup pilih mamat pakai seluar slack yang baca Fatihah macam budak J-Qaf tahun 2. Maaf ye bukan semua. Nak jadi cerita aje.

Tapi itulah masalahnya. Kadangkala yang pakai seluar slack tu lagi selekeh gua tengok, tapi mereka menang sebab pakaian mereka sebahagian daripada etika. Cuba lu pegi interview kerja gomen, pakai seluar jeans. Lu bawak lah sijil pertapaan dari gunung berapi mana sekali pun. Mungkin lu boleh dapat, tapi lu kena basuh dulu. Atau mungkin lu kena blah dulu tukar seluar atau mungkin lu kena halau terus. Itu belum lagi sentuh pasal rambut panjang. Lagi lah rumit. Agaknya inilah antara punca kenapa gua x berapa sanggup nak keje gomen.

Masa di Jordan dulu, ada seorang hamba Allah nie, sekarang dah jadi bekas ADUN pun di Terengganu, bagi tazkirah lepas solat zohor, dalam masjid kat universiti, cerita pasal seluar jeans, Yahudi lah, Barat lah, Orang putih lah (baru gua ingat apa curse seluar jeans nie?), ada seorang member gua yang memang mulut x pernah beli insurans, seorang pemakai seluar jeans dan sekarang telah berjaya sebagai seorang pensyarah, bangun lalu berkata ”hek elleh yang awak tu drive Mercedes tu, orang Islam ke yang buat kereta tu?” Sejak tu gua dah x dengar mamat tu bagi tazkirah lagi kalau ada audience yang boleh mendatangkan sebarang bencana kepadanya.

Keadaannya lebih kurang begitu lah. Ada kumpulan pelajar yang pakai seluar jeans dan ada kelompok yang ”anti-seluar jeans”. Gila hape bila musim salji turun pun lu nak pakai seluar slack? Bila hari raya, yang selalunya dalam musim sejuk, mereka ini sanggup berbaju Melayu bersamping nak bergambar. Senang nanti nak hantar dalam Salam Lebaran di Utusan dan Berita Harian. Mat Belia punya kerja. Cuba lu tengok paper sekarang.

Itu semua sebab momokan dari kecil. Seluar jeans adalah negatif. Sangat negatif. Semua yang buruk rosak dan jahat ada pada seluar jeans. Orang yang pakai seluar jeans tak boleh jadi imam, contoh. Masalahnya bukan sekadar mereka yang pakai seluar jeans Levi’s aje, (kalau nak marahkan seluar jeans sebab Levi Strauss seorang Yahudi) bebudak lembut yang pakai seluar jeans GA Blue pun kena label dalam kumpulan yang sama.

Itu belum tiba musim awek-awek Arab pakai jeans hipster lagi. Menangis lah lu. Jeans terus jadi pakaian ahli neraka. Ini bukan main-main gua memang pernah terdengar tentang frasa ini. Dia main petik aje sebut ikut suka lidah. Janji hati puas. Dapat tambahkan lagi momokan tentang seluar jeans.

Dan sampai ke hari ini. Apakah gua seorang sahaja yang merasakan semua ini? Atau ramai yang tidak perasan. Sebab ramai yang terdidik sejak kecil. Mari pergi beli baju raya. Seluar abah tempahkan di Sing Chong ye? Tapi ini bukan abah gua sebab dia pun pakai seluar jeans jugak. Abah orang lain. Abah orang yang melakar kod etika pakaian jabatan-jabatan kerajaan hari nie.

Selamat menempuh 10 malam yang akhir, walaupun solat dengan berseluar jeans dan t-shirt. Tuhan itu tengok amalan lu dan dia bukan tengok berapa nombor siri seluar jeans lu. Ciao.




Wednesday, September 26, 2007

Dari Mana Hendak Ke Mana?

Teorinya sangat mudah. Ada dua titik. Satu titik A dan satu lagi titik B. Lu berada di titik A dan mahu ke titik B. Lu dah nampak. Jelas sekali. Huruf B sangat besar dan jelas. Tapi apabila lu berjalan, bergerak menuju ke titik B itu, ia semakin lama semakin jauh.
Sistemnya sudah menyebut. Titik B itu sudah ditanam dengan cerucuk 5 juta kaki di dalam tanah. Ia tidak akan bergerak. Tapi apabila semakin lu bergerak ia juga kelihatan bergerak.
Dalam hidup ini kita pasti akan bertemu dengan dua titik itu. Dah bertemu pun, dengan titik A tapi belum dapat memegang titik B. Inilah Blues Orang Jelebu. Membicarakan mengenai titik yang nampak tapi sukar digapai.
Seorang ayah berada di titik A dengan anak-anaknya. Anak perempuan yang comel. Mahu ke titik B. Dalam perjalanan anaknya dilarikan serigala ganas. Hilang dan kemudian ditemui dengan keadaan yang tidak memungkinkan si ayah boleh membawanya ke titik B. Namakan apa sahaja, nirvana, syurga dunia, kebahagian, kekayaan, iman, melancong ke luar negara, buku yang laris jualan atau menjadi juara lumba motorsikal haram. Semua itu titik B yang mahu dicapai, dihampiri sekurangnya.
Mahu berubah daripada seorang hamba menjadi tuan? Hamba itu melihat tuannya sebagai titik B tapi bukan mudah untuk melarikan diri daripada gelaran hamba. Dan bukan mudah juga untuk bergelar tuan.
Watak lelaki kampung biasa. Bertani. Mengumpul duit sepanjang hayat. Untuk ke titik B. Mengerjakan haji. Mekah lah sebab dia Islam bukan Duruze. Dia tahu kewujudan Mekah. Semakin hampir macam semakin jauh. Belanja naik. Kapal terbang guna minyak dan harga minyak naik. Kena tipu dengan sindiket Gores dan Menang. Habis duit yang dikumpul nak ke Mekah. Itu belum anak merengek minta pinjam duit kereta dah nak kena tarik. Makin kurang. Makin jauh pulak titik B itu. Airmata meleleh melihat jiran sebelah buat kenduri nak pergi Mekah. Bukan haji tapi umrah. Bulan Ramadhan. Mahal tu.
Apa sebenarnya jalan mudah untuk ke titik itu? Terlalu banyak benda yang tidak kita sangka yang akan wujud di tengah jalan. Dalam perjalanan dari titik A ke titik B.Susah. Balik ke pangkal jalan? Itu petua kalau sesat di tengah jalan. Ini kita tidak sesat, malahan titik itu memang kelihatan dengan jelas. Jalannya juga terang. Cuma sukar.
Selamat Berbuka!

Friday, September 21, 2007

Iklan Sabun Cap Kapak

Momment bitte! Est ist eine Werbung hier.
Jose Mourinho is no longer with the Blues. Hehe. The Special One. Special One my ass. Go home boy and be a Special Branch.
All you need to be a good football manager is a special name your old man named you when you were born.
For example Chapman, its a good name for a football manager. Put it as your middle name of course.
Goodbye Chelski fan, throw your shirt because you're history.
I'm pretty sure, they're history.

Monday, September 17, 2007

Gua ke toyol itu?

Pagi tadi masa nak keluar pegi pasar gua tengok dalam wallet ada duit seratus dua keping, duit merah sehelai dan duit hijau sehelai. Duit biru dengan syiling gua tak kira. mungkin 7 atau 8 ringgit kot.
Bila gua nak isi minyak motor petang ni pulak gua tengok ada duit 50 sehelai dengan duit hijau serta beberapa keping duit singgit. Takkan rumah gua dah ada toyol. Nak kata cicir mustahil sangat sebab poket gua okey, wallet gua x koyak.
Tiba-tiba gua teringat, tadi kat pasar nak beli ayam 2 ekor gua kena pau RM26. Beli ikan jenahak sekor pun gua kena pau RM44. setakat lada merah 10 ketul dan limau kasturi 5-6 biji makcik tu pau gua RM4.30.
Lepas tu Tengahari tadi anak gua ajak pegi Giant beli Koolfever, kena pau lagi RM15. Petang sebelum isi minyak motor ni gua pegi beli murtabak dengan air soya pun dah kena pau RM10.
Apa yang gua simpan dalam wallet nie? wang kertas ke air? Laju semacam aje.

Thursday, September 13, 2007

Ramadhan Kareem

Ramadhan Kareem. Kulla A’min wa Antum bi Alfi Alfi Khair.

Gua rasa macam tak bagus sangat nak mengutuk bila tibanya Ramadhan. Gua mahu menjadi hamba Allah yang taat, tapi masalahnya gua masih lagi seorang rakyat marhaen yang hanya tahu mengkritik. Walaupun pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Malam tadi gua dengan bangganya memakai sepasang baju Melayu untuk ke masjid dengan mak gua. Naik kereta. Jalan jammed di sekitar Kinrara. Lebih teruk berbanding hari Jumaat. Sebab orang perempuan pun boleh ke masjid. Lagi pun ramai yang taksub dengan kelebihan malam pertama solat terawih, tanpa perlu merujuk dari sumber manakah ia diperolehi.

Seperti biasa, lelaki tidak bermazhab macam gua hanya akan solat 8 rakaat sahaja. Masa nak keluar ramai-ramai tu, Tuan Imam yang dilantik dan dibayar elaunnya oleh JAIS telah berkata “Jangan gopoh-gopoh nak keluar kita luruskan sof dan teruskan untuk 20 rakaat”

Oh gua terlupa pada minggu lepas, Syeikhul Islam al Hadhari Tuan Haji Khir Toyo telah mengeluarkan arahan solat terawih di semua masjid dan surau di Selangor mestilah 20 rakaat, tanpa tazkirah. Gua tak tengok sangat pasal tazkirah sebab ia nanti akan dikaitkan pula dengan pembangkang yang cuba menyebar fitnah dan macam-macam lagi walaupun tazkirah hanya membawa tajuk “Membazir itu Amalan Syaitan”. Gua nak tengok solat terawih.

Mak gua yang merupakan seorang penganut Syafie ortodoks walaupun telah kerap gua cuba sesatkan, mahu bersolat 20 rakaat. Maka gua terpaksa menunggu sehingga selesai, jam 1036 malam. Gua buat 8 rakaat habis sekitar 0930 malam. Banyak sungguh masa kualiti yang terbuang. Esoknya ramai orang nak pergi kerja. Tuan Imam yang dilantik dan dibayar elaunnya oleh JAIS itu pula amatlah perlahan sekali bacaannya. Sudahlah perlahan, baca Al Fatihah pun tak betul. Tahniah terlebih dahulu untuk JAIS. Jika seorang imam muda, baik bacaannya, maka pantas sekali solat itu berlangsung dengan teratur. Mak mentua gua di Muar, solat terawih 20 rakaat di masjid yang terletak di seberang Sungai Muar, jaraknya lebih 15km dari rumah, telah selesai dan kembali ke rumah sekitar 0945 malam.

Tuan Imam yang dilantik dan dibayar elaunnya oleh JAIS ini memerlukan tambahan sejam lagi untuk menghabiskan jumlah rakaat yang sama. Belum termasuk wirid-wirid yang tidak bersumber lagi. Tahniah sekali lagi untuk JAIS.

Gua tahu, bulan Ramadhan hanya setahun sekali. Bulan nak beribadat. Tetapi apa yang cuba dibuat sekarang hanyalah menyekat minda orang Islam dari berfikir di luar kotak yang bernama mazhab Syafie dan menghabiskan masa orang Islam di belakang seorang imam yang perlahan dan tidak betul bacaannya.

Esok ramai orang nak ke pejabat. Jika ia berterusan, bulan Ramadhan dilihat sebagai terlalu singkat. Pejabat, balik rumah berbuka, berkejar ke masjid, habiskan masa dibelakang imam yang perlahan dan tidak betul bacaannnya, balik rumah badan sudah letih, tidur awal sedikit sebab nanti nak bangun sahur. Itu sahaja. Bila masanya lagi nak bersama anak-anak? Bersama isteri? Maksud gua di sini berjimak a.k.a bersetubuh. Esok siang puasa beb! Atau pokoknya disini masa yang berkualiti itu. Serius.

Semua itu tidak pernah difikirkan oleh Syeikhul Islam al Hadhari Tuan Haji Khir Toyo ketika bercakap minggu lepas. Bukan apa, umat Islam di Malaysia ini bermazhab Syafie, majoritinya. Mereka akan menerimanya secara total. Bila keadaan sedemikian berlaku, ia akan lebih menyempitkan sedangkan banyak kemaslahatan lain yang perlu di ambil kira.

Blog gua tidak akan menjadi blog Asslamualaikum. Gua hanya mahu melengkapkan perangai seorang rakyat marhaen yang hanya tahu mengkritik. Tambahan pula, gua memang bosan menunggu mak gua menyelesaikan 20 rakaat solat terawih di belakang imam yang perlahan dan tidak betul bacaannya. Tahniah Encik JAIS.

Monday, September 10, 2007

Untukmu Malaysia


Hadiah untuk kemerdekaan negara yang ke-50. Kemerdekaan Semenanjung Tanah Melayu yang ke-50. Hadiah dari kami parti yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan, terimalah....seorang Perdana Menteri unik yang boleh tidur sambil berdiri!
Gua copy gambar nie dari Black yang copy pula dari Malaysia Today. Sanad sebelum itu gua x hafal. Enjoi.

Friday, September 07, 2007

Gua Seorang Rakyat Marhaen Yang Hanya Tahu Kritik

Seumur hidup gua, belanjawan atau pun yang kini dikenali sebagai bajet, atau namakan apa sahaja, tidak pernah memberikan sebarang rangsangan mahu pun menyentuh kalbu gua. Tidak pernah. Sejak kecil belanjawan itu bagi gua hanyalah satu rancangan membosankan sebab setiap kali belanjawan dibentangkan, pelbagai rancangan menarik seperti Maero Attack, Oshin, Ultraman, Chips, BJ and The Bear dan yang sewaktu dengannya terpaksa dibatalkan. Gua benci dengan pembentangan belanjawan.

Apa yang gua ingat, setiap kali belanjawan dibentangkan, Mamak Bendahara a.k.a Perdana Menteri akan membaca tidak henti-henti, macam tak tahu penat. Kadangkala gua dengar sampai tersasul. Dalam akhbar pula, pada hari belanjawan dibentangkan, mesti ada gambar Memanda Perdana Menteri memasukkan buku yang bakal dibaca itu ke dalam beg. Esoknya pula mesti ada gambar beliau sedang memegang buku yang sama, kali ini menuju ke Parlimen pula. Itu klise.

Apa yang gua ingat juga, selepas belanjawan dibentangkan, esoknya mak gua akan suruh gua gunting suratkhabar. Bukan ambil gambar Mamak Bendahara tetapi gunting senarai harga baru rokok dan tembakau. Kemudian tampal di kaunter kedai runcit mak gua. Kasi tinggi sikit supaya semua orang nampak. Kertas yang gua tampal itu akan terus usang di situ sampailah belanjawan yang akan datang.

Apa yang gua tahu, hanya dua perkara sahaja yang orang ramai ambil peduli setiap kali belanjawan dibentangkan. Pertama, orang kerja gomen menantikan bonus atau kenaikan gaji. Kedua, berapa banyak pula harga rokok akan naik. Itu adalah perspektif bagi orang-orang Kampung Chenor, Jelebu Negeri Sembilan.

Oleh sebab itu, untuk petang ini juga, apa yang dibebelkan, yang ditersasulkan, yang diterbelitkan lidahnya kerana mengantuk, penat dan haus, apa yang dicarutkan yang baru aje berakhir, tidak langsung mendapat tempat di hati gua. Seorang rakyat marhaen yang hanya tahu mengkritik dan menghina tapi tak pandai menghargai. Itu SMS seorang kawan kepada gua malam 31 Ogos lepas. Betul memang hanya itu sahaja yang gua tahu.

Oleh sebab itu, petang ini juga segala angka-angka yang dicarutkan tadi tidak membawa makna kepada gua, seorang rakyat marhaen yang hanya tahu mengkritik. Sekejap angka itu singgah di kepala gua dan ia terus hilang. Sabah dan Sarawak masing-masing dapat 4 billion untuk pembangunan. Gua rasa macam dah pernah dengar tentang itu, 10 tahun lepas. Oh tidak, tiap tiap tahun sejak gua pandai tengok tv mungkin. Tapi 2 negeri itu masih juga tidak membangun. Penipu.

Sebagai seorang marhaen yang hanya tahu mengkritik, angka tadi juga tidak membawa sebarang kesan kepada hidup gua, hidup Makcik Nah di Kampung Chenor, hidup Ali Nayan dan keluarganya di Baling atau pun Mek Som dan suaminya yang baru aje beberapa bulan lepas diserang buaya ketika mengambil wuduk di Sungai Kelantan. Cakaplah apa sahaja angka, bon untuk warga emas, meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar, pembangunan sekolah, hospital, bajet mesra rakyat, penuh kejutan dan macam-macam lagi ia hanya kata-kata kosong.

Kalau babi yang diternak di Alor Gajah itu pandai bercakap dan membaca, gua boleh suruh babi-babi itu sahaja membentangkan bajet. Sebab ia hanya angka. Nombor. Gua, Makcik Nah, Mek Som dan Ali Nayan tidak melihat dan tidak akan melihat duit-duit tersebut. Tahun depan nombor-nombor yang hampir sama akan disebut semula. Bangga dengan yuran sekolah yang dihapuskan termasuk yuran peperiksaan? Oi! Negara Cuba yang hanya menjual tebu, cerut dan pelancongan itu sudah lama memberikan pendidikan percuma untuk rakyatnya. Bahkan menaja pendidikan dalam bidang perubatan untuk rakyat asing. Sejak dulu lagi. Sejak 1959 lagi. Sampai sekarang. Lu nak bagi buku teks percuma pun tak boleh. Aduhai lu nak cakap gua ni muka subsidi. Semua nak percuma?

Mari sini gua cakap. Semua itu perkhidmatan. Pendidikan, kesihatan dan pengangkutan adalah kemudahan yang wajib disediakan kerajaan kepada rakyatnya, bukan diswastakan kepada anak menantu ipar duai. Wajib. Buku teks hanya memerlukan RM90 juta untuk membolehkan semua budak-budak sekolah menikmatinya secara percuma. Lu belanja untuk bunga api pada malam 31 Ogos sebanyak RM50 juta. Bulan kemerdekaan dari 15 Ogos hingga 15 September menelan belanja RM753.6 juta. Itu duit beli bendera, topi, t-shirt dan sebagainya. Ini penjahat dari KekkWa yang cakap bukan gua saja bubuh. Pegi check dengan mereka, ofisnya di Bangunan TH Perdana sebelah Maju Junction.

Jadi apa yang boleh dibanggakan? Angka yang besar kemudian ada “beruk” menepuk meja Parlimen? Bergembira, Pegi mampuslah wahai rakyat-rakyat marhaen yang hanya tahu mengkritik. Mereka itu bergembira menepuk meja sebab mereka tahu poket mereka akan terus tebal dan tebal. Generasi mereka tidak akan miskin. Pembangunan hanya satu penipuan kerajaan kepada rakyat. Kenapa setiap kali bercakap tentang pembangunan dan kemajuan Malaysia, kita disajikan dengan gambar KLCC, KL Tower dan LRT Putra? Kenapa tidak paparkan kepada rakyat Istana Negara yang sudah melebihi kos RM400 juta itu dan tunjukkan pula gambar rumah Mek Som yang suaminya diserang buaya ketika mahu mengambil wuduk di Sungai Kelantan? Gua hanya rakyat marhaen yang tahu mengkritik. Dan sekarang Najib pula sedang bercakap di TV3. Penipu!

Sisi Terang Seorang Lelaki Tidak Bermazhab

Gua tak suka mengecewakan orang. Kalau kita boleh melihat keadaan hati yang kecewa tu, mesti kita tak mahu jadik manusia dah, sebab setiap manusia itu mesti pernah kecewa. Hati itu disiat-siat bagai kita membelah hati ayam kepada potongan yang kecil sebelum digaul garam kunyit dan kemudian digoreng. Aduh pedihnya.
Lagi pun cabaran untuk gua buat benda nie dalam blog besar nilainya. Gua dengar cerita, ganjaran yang bakal diberikan ialah jersey Man United paling baru, original bukan beli kat pasar malam tapi beli kat East Stand Megastore kt Old Trafford. Itu yang buat gua bersemangat. Man United punya pasal, suruh tulis pasal kebaikan UMNO pun gua sanggup. Yang tak paham pegi puasa bulan Syaaban dulu. Here we go.

5 benda dalam bag (bag sandang gua yg sudah lebih 10 kali tampal/jahit)
· Wallet gua dan purse bini gua
· Pampers 3 keping dan Pampers Nite 1 keping
· Bag botol susu
· Baju Zahra’ dan Batoul seorang sepasang.
· Telekung bini gua dan bekas cermin mata gua.

5 benda dalam dompet
· Duit RM174.63 dan sehelai Benjamin yang Arab bagi gua tips July lepas tapi gua sayang nak tukar.
· MyKad dan lesen memandu
· ATM kad dan kad kredit sekeping
· Kad Bonuslink dan Toys r Us
· Gambar gua dengan bini gua dalam salji (I love Jordan)

5 benda favourite dalam bilik istimewa (soalan apakah ini?)
· Katil IKEA
· Tilam empuk IKEA (gua macam nak tido plak)
· Bantal2 IKEA
· Comforter dan quilt cover IKEA (ada orang IKEA nak ambil gua jadi model tak?)
· Pendingin Hawa Panasonic yang membuatkan gua seperti di syurga.

5 perkara yang ingin dilakukan
· Mendapatkan rumah idaman gua
· Membina ramp skateboard kat belakang/tepi rumah tu.
· Sambung semula master gua yang tersadai berkarat di UM tu.
· Bawa family gua ke semua tempat yang gua pegi masa single dulu dan ambik semula gambar exactly on the same location n position i.e Jordan, Egypt, Europe, Mecca and so on.
· Beli sebidang tanah di Mafraq, Jordan dan bina sebuah rumah. Gua nak mati kat sana.

5 perkara yang sedang dilakukan
· Sedang cuba nak siapkan satu projek translation untuk member gua kat TNB (macam dah berkulat)
· Sedang buat satu projek translation yang sangat lumayan upahnya sekaligus menyebabkan projek ngan TNB yang “tolong-tolong kawan” itu tertangguh muahahaha
· Baru lepas hafal jawapan2 phone interview sebab esok ada interview (untuk kali pertama dalam masa 5 tahun)
· Sedang memasuki bulan kedua tidak makan nasi dan tidak minum Coke serta kawan-kawannya.
· Sedang baca 2 buku, Bad Timing tulisan Kate le Vann (untuk dalam toilet) dan ulangtayang kali ke-7 mungkin “Tenggelamnya Kapal Van der Wijck” oleh Dr Hamka (untuk sebelum tidur).

5 orang yang gua mahu tag? Gua memang ada senarai 5 orang itu tapi gua tahu ia tidak mungkin berlaku jadi gua mahu mengakhiri permainan “Smart Tag” itu di sini supaya lepas ini kita akan kembali menulis perkara yang lebih keras dan lebih kasar, lebih Marxist dan lebih Islam. Lebih UMNO dan lebih Jeanne Abdullah. Anyway, tagging people is fun and relaxed.
5 orang itu ialah Karl Heinrich Marx, Ernesto Guevara Lynch de la Serna, Dr Yusuf Qaradawi, Sir Alex Ferguson dan Mawi. Amacam?

Monday, September 03, 2007

Malam Itu Gua Memandu Pulang ke Jelebu

Ramai yang suka ramai yang seronok.
Tangan dihala ke langit Mussolini dan Hitler pasti ketawa dalam kuburnya.
Dulu kau hina aku akhirnya kini kau bersetuju

Ramai yang suka dan seronok pada malam itu
Mari kawan kawan adik kakak abang ayah dan emak
Kita keluar memandu pusing kota hilangkan lelah sekian lama bekerja
Mari kita pandu jentera buatan Malaysia ini keluar dari pondok yang sudah macam kuburan sempit panas dan menyesakkan
Kita mahu lihat langit yang bercahaya tujuh warna pelangi yang pernah ku hafal dalam pelajaran Sains yang dulu itu berbahasa Melayu

Ayuh adik kakak abang emak ayah dan sanak saudara
Keluar kita segera dari kampung dan segenap pelusuk negara kita mahu bergembira
Penuhkan tangki jentera dengan emas hitam yang menjadi kebanggaan negara
Bukan semua yang mampu wahai saudaraku
Hanya kita dan segelintir sahaja yang bertuah memijak emas hitam di tepian pantai yang akhirnya kita susun menjadi bangunan berkembar tertinggi di dunia.
Bukan saudaraku ayah dan ibu ia yang tertinggi di alam maya kerana kita punyai emas hitam punca segala kehidupan

Mari kawan kawan kita tinggalkan Al Quran
Mari kawan kawan kita lupakan sejenak segala pesanan segala ingatan dan segala amaran
Mari kawan kawan kita pijak kita ludah dan kita kencing generasi segala bukti kemurkaan Tuhan pada bangsa yang dulunya bongkak dengan kekayaan dengan kemegahan dan dengan segala kekuatan

Kita kaya kita berkemampuan dan kita bukan lagi budak belasahan
Kita sudah merdeka kawan kawanku sekalian
Kita sudah merdeka wahai datuk nenek ayah ibu abang kakak adik-adik dan anak-anakku sekalian
Mereka kata inilah nikmatnya kita bebas dari penjajahan oleh manusia yang bukan Tuhan oleh manusia yang punya kekuatan dan sejarah kegemilangan tapi akhirnya mereka tunduk kepada kita
Tunduk kepada kita yang dulunya budak belasahan
Kita yang dulunya menjadi tempat untuk menggali sedalam dalamnya bumi dan menanam nun jauh di lapisan ”Inner Core” agar bangsa ini tidak lagi tahu
Mereka sebenarnya sudah lama menanam peluru
Mereka menanam peluru ketakutan peluru kepatuhan dan taat setia pada seorang Tuan yang bukan Tuhan

Mari kawan kawan kita bermegahan dengan segala warna pelangi itu yang kita letupkan kita bakar kita fantasikan akukah itu yang wujud di awangan terbang bagai helang yang diciptakan Tuhan meneroka segenap alam melihat dan memerhati anak-anak ayam kecil yang bergelimpangan menanti masa menjadi habuan

Mari kawan kawan malam ini kita lupakan segala kesusahan segala kemiskinan dan ketidakupayaan
Mari kita lupakan marhaen yang merempat bergelandangan yang berjalan dengan kaki hanya tinggal satu kurniaan Tuhan memohon dan meminta bantuan perubatan
Bantuan kesihatan
Bantuan pembedahan untuk kembali berjalan walau sekurangnya tidak berangan untuk terbang seperti helang

Mari kawan kawan malam ini kita lupakan segala kebuluran segala siput babi yang menjadi makanan segala pucuk meliar di hutan yang terpaksa menjadi santapan
Bukan santapan hidangan Istana Negara yang baru yang kini harganya melonjak di pasaran menjadi rebutan dan habuan para pengampu penjilat dan tukang cuci dubur kerajaan
Ia santapan anak anak kecil yang ibunya mati dibaham Pak Belang dan ayahnya mengambil upah mencuci jamban orang
Merumput di laman orang
Menebar jala di paya orang
Menyusun atap rumbia
Di rumah orang
Rumah orang lain

Mari kawan kawan kita lihat cahaya yang terang
Kita lihat alur alur dubur si cantik manis yang sedang menunggang
Kita lihat bersama dada yang munggil yang bersentuhan
Berasakkan bergomolan saling tekan menekan
Malam ini kita lupakan segala kesucian kita lupakan segala peraturan kita pijak dan kita kencing segala larangan

Aduh malam ini tubuh tubuh munggil itu mahu ditekan
Nenek dan datuk mahukan kebebasan kelonggaran dan keluarbiasaan
Pakcik dan makcik sudah lama keluar dari sifat kekampungan
Biarlah dadaku ditekan atau pakcik itu berkata ”seronok juga zakarku bergeselan”
Malam ini aku mahu pijak segala kebiasaan
Ini adalah malamnya yang mana aku hanya mahu dua nikmat yang patut dikekalkan
Biar tanganku bebas menerawang angkasa dan suaraku gemersik bak katak memanggil hujan
Malam ini inginku laungkan ”merdeka merdeka dan merdeka”
Mussolini dan Hitler pasti ketawa dalam kuburnya
Dulu kau hina aku kini kau semakin bersetuju

Mari kawan kawan kita bersihkan segala kotoran
Kita bersihkan segala sisa buangan kencing najis dan mani yang berteraburan
Kita kutip segala percikan api tujuh warna pelangi kertas kertasnya yang bersepahan
Kita susun kembali untuk pertunjukan tahun depan
Kita kumpulkan untuk buktikan di depan Tuhan yang kita tidak melakukan pembaziran
Kerana tiada siapa yang kebuluran atau kemiskinan

Wednesday, August 29, 2007

Cerita Tentang Hari Kebangsaan dan Seorang Warga Emas Yang Patriotik

Gua tidak mahu ketinggalan. Ketika semua orang bercerita tentang 31 Ogos, gua juga mahu merepek tentangnya. Gua pernah menulis dalam blog ini pada tarikh yang hampir sama tahun lepas. Tetapi ia adalah tulisan buku nota gua semasa di Jordan pada tahun 1998 yang gua salin semula. Cuma gua tukarkan tarikhnya. Kali ini gua inginkan sesuatu yang segar. Sayur semalam gua akan buang. Gua mahu sayur segar, terus dari ladang.

Ahad lepas gua pulang sekejap ke Jelebu. Sampai di tengah pekan yang sesak kerana ada pasar tani, gua ternampak sekumpulan warga emas, lelaki dan wanita, memakai baju kuning dan memegang bendera. Mereka berkumpul di tengah-tengah simpang, menanti kereta yang lalu, tahan dan lekatkan bendera kecil. Merdeka! Kata mereka sebelum kereta-kereta itu berlalu.

Gua memang terpaksa lalu dihadapan mereka. Mesti. Sebab tiada jalan lain untuk pulang ke rumah. Jalan pula sesak kerana pasar tani. Lelaki warga emas itu menahan kereta gua sambil mengibarkan bendera di tangan kirinya dan memegang tuala Good Morning di tangan kanannya. Dia semakin hampir dan gua menurunkan tingkap. Tangannya yang memegang tuala Good Morning sudah semakin bersedia untuk menggosok kereta gua dan tangan kirinya mahu segera melekatkan bendera kecil itu.

”Takpe pakcik (walaupun dia sebenarnya member Atuk gua), tak payah lekat ya” gua kata dengan penuh hormat sopan santun Melayu baru bermazhab Islam Hadhari.

”Uiihh, kito nak sambut merdekaaa ni jaang” balasnya sambil mengibar-ngibar bendera.

”Nak merdeka kono lah lokek ’an bendegho” sambungnya pantas dan bergerak semakin hampir untuk menyelesaikan misinya.

Gua terpaksa pantas bertindak dan terfikir ayat kebiasaan seorang kawan dari neraka.

”Merdeka itu di sini (jari telunjuk kanan pada kepala kanan) dan di sini (halakan pula pada dada) pakcik (walaupun dia sebenarnya memang member Atuk gua)” balas gua dengan penuh hormat sopan santun Melayu baru bermazhab Islam Hadhari.

Gua tutup tingkap dan bergerak sedikit ke depan. Gua lihat melalui cermin dia masih berdiri di situ. Tangan kanannya yang memegang tuala Good Morning sudah turun ke bawah tapi tangan kirinya masih memegang bendera kecil cuma ia sudah sampai ke paras bawah sedikit dari bahu. Gua mahu menantikan saat bendera itu jatuh. Perlahan. Sedikit. Dan sedikit. Hampir 10 saat. Gua sudah hampir melepasi kawasan pasar tani. Pakcik itu (walaupun gua pasti dia sebenarnya member Atuk gua), masih memandang ke arah kereta gua dan akhirnya berpaling dengan kedua-dua tangannya sudah ke bawah. Kanan memegang tuala Good Morning dan tangan kiri memegang bendera. Seperti mengeluh. Dan terus melihat ke arah kereta lain yang datang. Gua pula mahu terus pulang. Imejnya terus gua padam daripada cermin dan melihat ke depan.

Tak mengapa, sekurang-kurangnya gua sudah berterus terang. Gua tidak berlakon apatah lagi menipu. Kononnya gua warga paling patriotik. Mengibar bendera sempena sambutan Hari Kebangsaan. Gua harap dia tidak berkecil hati. Gua harap dia tidak berasa marah. Kerana itulah kenyataannya. Gua memang tidak pernah mengibarkan bendera setiap kali tibanya Hari Kebangsaan. Sejak lebih 20 tahun. Maaf ya pakcik (walaupun gua pasti dan kenal dia ni sebenarnya member Atuk gua dan lebih kurang usianya), kalau nak marah pun, marah aje pada budak neraka, dia yang mengajar gua ayat sebegitu. Hehe.

Friday, August 24, 2007

Satu Hari di Kampung Chenor

Dulu masa gua kecik-kecik mak gua buka kedai runcit dan kedai minum. Abah gua pulak ada kedai ayam kat pasar. Mak dan abah gua hanyalah kumpulan peniaga kecil. Kedai mak gua di kampung Chenor, Jelebu itu menjadi satu nadi kehidupan untuk orang kampung gua, kampung sebelah kanan & kiri serta kampung-kampung yang berjiran dengan kampung sebelah kanan & kiri. Sampai takat itu aje sebab lepas tu dah nak sampai pekan pun. Mungkin ada orang kampung lain yang tak pernah menempuh kedai mak gua. Sebab kampung diorang pun ada kedai jugak.

Abah gua pulak, jual ayam kat pasar. Dia adalah satu-satunya peniaga ayam yang baca Basmalah masa nak sembelih ayam. Abah gua terpaksa bersaing dengan 4 apek yang lain yang turut jual ayam kat pasar tu. Saingan abah gua ialah Ah Chong gerai no 4 sebab dia ada ambik upah budak Indonesia bersihkan ayam. Jadi orang ramai ingat budak tu yang sembelih, kira halal lah untuk buat kenduri arwah aje.

Kalau abah gua hanya jual ayam sahaja, mak gua plak jual macam2 benda termasuk ayam. Cuma mak gua dah masak ayam tu. Kedai runcit mak gua ada jual macam-macam barang. Lu sebut aje,kurang-kurang mesti ada satu. Jadik stok. Selipar Tat Sing pun mak gua jual sebab kedai dia dekat dengan masjid. Bila hari Jumaat kadang-kadang ada orang hilang selipar atau kasut, budak asrama datang solat, diorang belasah. Pegi kedai mak gua ambik selipar Tat Sing nanti petang datang bayar. Tidak pun pagi esok lepas jual getah. Mak gua tak pernah kenakan cukai mahupun faedah lewat bayar.

Abah gua dapat satu kontrak bekalkan ayam ke sekolah-sekolah. Asrama sekolah banyak nak pakai ayam, terutama hari Jumaat sebab nak masak nasi minyak dengan ayam masak merah. Tapi bukan setiap hari jugak. Hari Jumaat makan tengahari. Isnin atau Selasa makan petang. Bolehlah kalau 4 biji sekolah. Tak termasuk kantin-kantin lagi. Restaurant kurang masa tu. Mana ada kedai tomyam sangat. Orang Siam pun baru mencipta pes tomyam masa tu. Belum bawa masuk Malaysia lagi. Selain itu, harapkan orang beli hari-hari aje. Line pekan kecik nie,tahun 80an, ayam nie kira mewah jugak beb. Bukan boleh makan hari-hari. Gua aje yang makan ayam hari-hari, sebab abah gua jual ayam. Kira jualan ayam dia setiap hari tu, okay-okay jugak lah.

Cuma mak gua dia kencang sikit lah. Kedai runcit dan kedai minum. 4 pagi mak gua dah bangun dengan abah gua masak nasi lemak dan goreng kuih. Masak air panas satu periuk besar. Susun meja dan lap. Susun kerusi. Kurang2 jam 5 setengah dah ada orang datang minum. Biasanya Cina, sebab diorang menoreh getah awal dalam jam 3 pagi. 5 setengah dah siap boleh minum lepas tu kang jam 7 lepas hantar anak sekolah boleh pergi kebun plak. Orang Islam kena pegi masjid dulu. Takkan nak solat dalam kebun getah plak, pakaian tak suci. Lagi pun Islam itu sederhana. Kerja secara sederhana sudah lah.

Kedai mak gua akan penuh sampai pukul 10 atau 11 pagi. Masa tu mak gua akan curi-curi masak lauk pulak untuk makan tengahari. Ada budak Indonesia datang dari Kajang setiap hari diorang pemborong buah. Diorang nie mesti singgah makan tengahari kat kedai mak gua punya. Sambil tu mak gua akan cuci pinggan mangkuk atau buatkan air. Kalau ada budak datang nak beli kicap atau pun Kak Zila yang rumahnya sebelah kedai gua datang nak beli Sanita, mak gua kena layan kejap. Kena bungkus suratkhabar lagi Sanita tu, gua pun tak tahu apasal. Sebahagian dari barang seludup kot masa tu. Semua one man show. Mak gua tak pernah ambik pekerja tempatan atau pun asing. Semua buat seorang diri dan kedai akan tutup sekitar 9 malam. Last customer ialah arwah Lebai Yusuf yang mesti beli Benson 14’ lepas balik dari masjid. Buat bekal tengok tv, katanya. Atau pun budak-budak datang beli ubat nyamuk.

Abah gua pun buat kerja sendiri jugak takde orang bantu. Cuma lepas 2 tahun kalau x silap gua, dia ada ambik sorang mamat gagap, tolong dia di pasar. Kerja bersih ayam aje.abah gua x bagi dia sembelih. Kang orang kompius plak dia baca Basmalah lama sangat. Bila meniaga sikit maju, permintaan meningkat,khidmat budak gagap ini memang diperlukan. Dan selepas tu abah gua sediakan khidmat delivery plak. Mamat gagap nie kena bawa motor plak.Bila dah semakin maju sikit abah gua dah lantik mamat gagap nie jadi deputy dia. Ambik plak sorang kutu lain kerja serta seorang pakcik tukang sembelih. Pakai kopiah lagi pakcik tu. Konfirm dia pandai baca Basmalah. Bagus taktik abah gua. Jual kopiah pakcik tu dulu sebelum jual ayam. Tapi lama-lama Ah Chong pun pandai gak, dia gaji seorang budak Melayu yang ada janggut sikit, jadik tukang sembelih. Mampuslah, agama sudah jadik modal sejak dulu lagi. Nak buat cemana?

Tapi semua yang gua cerita itu sudah jadi sejarah. Lepas nenek gua sakit,mak gua terpaksa tutup kedai. Abah gua terpaksa ambik bisnes nenek gua. Kontrak memasak kat asrama dan kantin. Ini pun bisnes peniaga kecil juga walaupun untungnya lebih besar dari meniaga ayam dan kedai runcit. Pekerja pun ramai. Masa nie abah gua dah pandai ambik budak Indonesia. Permit2 nie x pernah dengar pun masa tu. Lepas nenek gua meninggal pun mak gua join sekali sehinggalah abah gua meninggal. Gua pulak tidak berminat dengan line-line kapitalis ni, maka kesemuanya menjadi sejarah.

Bukan apa, gua saja menulis secara sentimental. Sebab hari nie gua geram, jalan depan rumah gua jadik sesak. Hanya satu sebab. Giant Bandar Kinrara dah bukak. Kawasan perumahan yang kecik macam ini pun boleh bikin Giant. Paling besar dalam Malaysia katanya. Semua ada kat dalam tu. Bank n pejabat pos pun ada. Klinik India dekat rumah gua pun dah tutup. Pergi pindah dalam Giant. Bangang. Gua pegi kedai runcit mamak pun sunyi aje hari nie. Orang pun kurang dia cakap. Semua pergi berebut beli air kotak Ribena 10 sen satu. Bawa anak bini jalan-jalan dalam Giant. Cuti sekolah. Troli Giant pun baru-baru lagi. Boleh main langgar-langgar. Alignment okay lagi. Dulu ikan bilis habis sanggup x masak sambal nasi lemak. Tunggu esok pagi Man Sayur datang dengan motor roda tiga dia. Sekarang nak beli roti High 5 pun pegi beli di Giant. Bangang.

Dulu pegi kedai mamak nak beli garam habis, bawak duit seringgit aje. Memang beli garam harga 20 sen. Kalau tambahan benda lain luar keperluan ialah gula-gula Hacks. Sekarang, kena pegi Giant bawak duit RM100 paling kurang. Beli itu ini, nampak macam-macam, yang takde dalam list pun boleh belasah. Ambik engkau RM167.96. Rilek, gua ada kad kredit, toreh aje. Bangang. Bayar faedah lagi. Barang semua dah bersusun cantik. Selera pun nampak cantik. Belasah aje lah labu. Pegi kedai mamak pun buat apa.Pekerja semua jantan. Baik pegi Giant, cashier dia lawa, walaupun baru last week belajar mengira.bangang.

Itu yang buat gua terfikir. Macamana jika masa mak dan abah gua berniaga dulu, Giant ada bukak kat Jelebu? Mesti abah gua akan mengetuai gerakan radikal para peniaga kecil untuk membakar Giant. Tapi sekarang, dengan mudah aje Giant menyepak terajang dan meludah para peniaga kecil. Lantak korang lah, gua jual sawi sekilo 0.99 sen sebab pembekal hantar satu lori sawi. Lu orang beli kat pasar borong sikit-sikit sapa suruh. Pergi mati dengan peniaga kecil. Ini adalah era kami. Peluru dan bom jangka sudah ditanam dalam minda pengguna. Mereka pasti akan ke Giant, Tesco, Carrefour atau pun Mydin (gua peduli hapa Mydin bumiputera). Lu nak hidup wahai peniaga kecil, tutup kedai, pergi carik kawasan kampung. Bangang.