Wa rasa lagu Raihan pun ada jugak bab 5 perkara ni. Salah satu daripadanya, yang gua terasa macam nak berkongsi ialah waktu lapang sebelum waktu sibuk.
Pergghh! Dah ada yang berdetik dalam hati, ini mesti azam awal Muharram gua untuk tulis benda-benda yang lebih berfaedah. Lepas nie blog gua akan duduk sebaris dengan blog Ustaz Zaharuddin. Dan juga Yusuf Qardhawi.
Bukan apa, dalam tempoh dua minggu nie, gua rasa sibuk yang teramat sangat. Macam-macam benda yang datang, yang sengaja gua undang dan ada pulak yang memang buat muka tak malu datang tanpa dijemput.
Dalam tempoh itu jugak, ketika orang lain ada banyak cuti, gua macam malu-malu untuk mengisi borang cuti. Cuma harapkan belas ihsan cuti umum daripada KERAjaan Barisan Nasional.
Sebelum ini, gua hanya sibuk dan buat-buat sibuk pada hari Khamis dan Jumaat sahaja, tapi dalam tempoh dua minggu ini, gua memang serius punya sibuk. Setiap hari dan setiap jam.
Kalau sebelum ini gua rasa kerja gua adalah yang paling relax atas planet bumi, tapi tempoh 2 minggu itu buat gua kembali terfikir, memang tak boleh relax lah kalau ada kerja banyak. Dan macam manalah agaknya kerja orang lain yang lagi sibuk.
Dulu gua boleh download movie banyak-banyak kat rumah dan layan kat opis, tempoh dua minggu ini aje gua ada 4 movie yang belum sempat ditonton. Tapi movie mesti kena download jugak sebelum tidur.
Oleh kerana itulah juga gua terfikir dan terdetik untuk menghargai masa yang lapang yang sudah tidak lagi gua miliki ketika ini, pada waktu gua sangat sibuk. Kecuali sekarang ini setelah semua kerja-kerja selesai.
Agaknya macam mana kehidupan Samy Vellu ketika menjadi Menteri Kerja Raya dulu? Firaun ketika menjadi Perdana Menteri? Atau pun Mat Sentul ketika zaman semua filem-filem Melayu menggunakannya sebagai pelakon utama?
Kadang-kadang, ketika keluar malam di Kuala Lumpur, lu perlu tengok siapa yang memandu di sebelah lu, berhenti di lampu isyarat. Gua masih ingat imej seorang makcik bertudung memandu BMW di sebelah gua. Berhenti berhampiran Menara Celcom menuju ke Keramat. Masih berbaju kurung kerana hari itu hari Jumaat. Dengan muka yang letih gaya memang baru pulang dari pejabat. Jam 1045 malam.
Aduhai! Menjadi hamba wang dan masa.
Selamat menyambut tahun baru Hijri dan tahun baru Masihi. Jangan pergi tengok bunga api, nanti sendiri rugi. Orang ramai ambil peluang, nanti tak sedar handphone hilang. Anak dara jangan keluar malam, nanti Mat Rempit 'hentam' menangis tak boleh diam.
Jumpa lagi di tahun hadapan.